3 Hati...

0158 – 05 Januari 2008

Pre-entry

Banyak yang berlaku dalam masa yang singkat di yang terdalam diriku. Banyak yang ingin diceritakan, gelodak rasa, gelora perasaan yang ada dalam hati.

Aku hanya ingin meluah!

Saat aku merasakan semuanya, aku amat berharap sekali ada alatan yang boleh secara langsung menggambarkan apa yang aku rasa, dan seterusnya mengupdate blog ini. Namun ianya tiada, mahu tak mahu, aku terpaksa juga meneruskan dengan cara konvensional – taipan, yang mungkin akan mencapai matlamatnya, atau tidak.

Sebelum itu, ini entry yang mungkin lain dari yang biasa. Mungkin panjang, mungkin pendek. Aku hanya menurut kata hati.

3 hati. Kisah kekeliruanku memilih.

Di awal tahun baru ini, entah kenapa, aku rasakan aku sudah bersedia berdampingan.

Mungkin kerana environment sekitarku yang melihatkan orang berpacaran, sedikit sebanyak aku ingin juga merasainya.

Namun dalam pada masa yang sama, aku ingin melakukannya cara aku.

Banyak kisah yang telah didengar mengenai ’dunia’ ini, dan aku banyak mengambil nota untuk kegunaan diri sendiri di masa akan datang.

Tapi di tahun baru ini, rasa itu makin membesar, dan mengujakan.

Tambahan pula ada 3 hati yang kini bagaikan sengaja membuat aku keliru memilih antaranya.

Hati pertama.

Muda dua tahun dariku.
Pernah bersama melakukan program.
Aku selesa dengannya.
Mungkin juga dia selesa denganku.
Nothing much actually, the relationship is nothing but professional.
Tapi aku tak nafikan, bila dah rapat, mungkin segala rasa boleh timbul.

Satu ketika.
Out of the blue.
Dia yang menyatakan minatnya padaku.
Aku terdiam, terkaku.
Bagi aku, ekstrem giler!

Maybe i dont like the idea of women approaching men.

Aku katakan padanya, kita berkawan dulu sebetulnya.
Kenal hati budi.
Kalau ada, ada lah.
Aku katakan juga padanya.
Jangan terlalu berharap.
Kerana aku tak tahu apa hati aku rasa ketika itu.

Aku tak mahu sengaja menciptakan cinta padanya, sedangkan aku sendiri belum pasti.
Aku tak mahu menjadi ’pemancing ikan’ yang tak bertanggungjawab.
Mungkin juga aku perlukan masa untuk berfikir.

Kerana selama ini, aku melihatnya hanya sebagai kawan.
Aku perlukan perspektif baru melihatnya sebagai pendamping.
Selesakah aku?
Kekalkah nanti?

Persoalan ini ku biarkan ke tepi dulu.
Namun dalam sebulan cuti semester baru ini, aku kerap memikirkannya.

Perlukah aku mengikut lagu Cinta?

”aku junjung petuamu, cintai dia yang mencintaiku” ?

Atau aku perlu menurut kata hati,

Bila sudah ada depan mata, rasa bagai sudah dalam gengaman.
Minda separuh sedarku, terus mencipta khayalan demi khayalan.
Kerana bagi aku, dia sudah ada.

Hati kedua

Selalu ada dalam tahun-tahun ku di sini.
Kawan asalnya.
Tapi aku tak dapat menolak rasa yang ada.

Lewat dua semester sebelum ini, aku tersedar realiti perhubungan kami.
Kami tak pernah bergaduh.
Kami tak pernah bertengkar.
Yang ada hanyalah usik mengusik.
Yang ada hanyalah rasa gembira bila di sampingnya.
Ku sedari, kami tak pernah bermasam muka.

Gembira sahaja.
Tiada sengketa.

Sampai di saat itu, tiba-tiba lagu Didicazli – Dambaan Cinta bergema di cuping telingaku, dan di lubuk hatiku.

”kini baru ku sedari,
selama ini kau ku sayangi,
andai bukan itu hakikatnya,
mengapa rindu yang ku rasa?”

Dua minggu juga lagu ini menjadi favourite ku.

Semester baru yang bertandang ini.
Dia masih ada di sini.
Saban malam, dia yang menceriakan malam aku.
Di laman maya, kami bersembang.
Dia yang selalu menegur.

Hati aku dapat rasakan sesuatu.
Hati boleh mengenal bila mengetahui yang di sana sedang meminati.
Hati boleh tahu.

Hati ketiga.

Mula rapat di dalam programku yang baru ini.
Senior, setahun tua dari ku.
A long shot maybe.

Cos she is so gorgeous.
Dan menepati citarasa ramai orang.

Ramai orang pernah cuba, tapi rasanya tiada lagi yang berjaya,
Mungkin kerana cabarannya, aku bagaikan rela ingin mencuba.
Pernah cuba merapati,
Dia melayani.
Mungkin juga dia memang begitu, melayani setiap orang begitu.

Di sinilah, mata memainkan peranan.
Bila yang cantik melayan, yang terbayang semua indah je.
Walau mungkin pada waktu itu, layanannya hanya biasa-biasa sahaja.
Namun hati ku bergetar.

As i said, a long shot.
Aku tak tahu bagaimana ingin memula, tapi aku rasakan ianya terlalu jauh untuk dicapai.

Pada masa yang sama pula, aku memujuk hati, mana tahu ini yang dicari?
Aku semakin keliru.

Gelora

Tiba saat.
Bersiar dengan teman.
Menanjak awal pagi.

Sekitar 3 pagi kami masih melepak di luar UMP.
Makan, atas ’payungan’ seorang staff yang baik dengan kami.
Nasi goreng cendawan bersama Nescafe.

Berbual, bercerita.
Usik mengusik.
A form of friendship.
Senang sekali rasanya.

Sesudah semuanya.
Masa untuk kembali ke UMP.
Si staff hanya melambaikan tangan kepada guard yang menanti.
Kami lepas masuk hanya kerana sticker kereta si staff yang berwarna hijau.
Best plak rasanya.

Malam err... awal pagi itu.
Tidur di bilik staff ini.
Menemaninya.
Aku bersama 2 rakan berhimpit atas satu katil.
Berhawa dingin.
Selesa sekali.

Lampu dimatikan.
Mungkin kerana sudah selesa antara satu sama lain, kami berbual tentang pelbagai perkara.
Sampai satu topik.

Hati.
Cinta.

Entah dari mana, seorang kawan memulakan cerita,

”tahu tak, si ’hati pertama’ tengah cuba rapat dengan aku. Masa cuti tu, dia mula mesej2 aku”

Aku terkedu. ‘Hati pertama’ aku?

”err.. ye ke??”

”ha’a, ko nak baca ke mesej nya? Aku pun pelik la ngan minah ni. Dia yang approach. Aku takut lak”

“hurm… tah la”

“lagi satu, aku nampak dia ni social sikit la. Aku tak suke sikit. Entahlah, tapi sebab dia dah mesej macam tu, aku pun rasa best la”

Aku meneliti mesej2 nya.
Duh!
Sungguh romantik sekali.
Siap berabang-abang.
Waktunya adalah di waktu aku diapproach oleh nya.
Eee, nak kena budak ni.

Aku kumpul kekuatan.

”erm... aku bukan nak kata buruk la pasal budak ni tau. Tapi kan, ko ingat tak masa program kita dulu tu, yang ko nampak kitorang bersama tu...”

”ha’a, napa? Aku ingat...”

”masa tu, minah ni approach aku. Suh jadi balak dia.”

“serius?”

“yerla. Aku pun tatau nak cakap apa. Aku tak jawab lagi pun”

”erk... hampeh betul minah ni”

”kalo ko tak caya ko tengok pulak mesej2 ni”

Aku bukak hendset aku. Memang silap besar la. Handset aku boleh menyimpan hampir 1000 mesej!

Dia melihat. Buka satu persatu.

Terkedu sebentar.

”hampeh minah ni! Aku dah bajek gak dia pasang 2 3 ni. Memang nak kene!”

”eh, selamat gak ko bagitahu aku, bagus2. walau rasa sedih sikit la ni”

”ko sedih lak ke? Alah, silap pulak bagi tahu ko”

”tak de la. Kita kena realistik. Sebab dia cakap macam tu, aku rasa macam dah ada la. So rasa kehilangan sikit je”


Memang aku rasa sikit kehilangan.
Sebab rasa itu dah ada dan dah mula dipupuk. Macam lagu Letto – Memiliki Kehilangan la.

“rasa kehilangan hanya akan ada,
jika kau merasa pernah memiliknya”


Kantoi bodoh je minah ni, hampeh! Ingat lelaki takde ’pillow talk’ ke?

Post-entry

Sejak dari saat itu, aku mula berfikir.
Tiba-tiba pandanganku terang.
Dalam kekaburan memilih, bagaikan ada suatu kuasa menunjukkan aku jalannya.

Peristiwa yang berlaku ini, ada hikmahnya.
Menjelaskan pandangan aku.

Aku tidak boleh tidur selebihnya.
Sedangkan 2 kawan aku lagi, berdengkur bagai nak rak!
Aku salahkan nescafe bodoh itu.

Aku keluar dari bilik itu.
Capai handset.
Pasang muzik.

Lagu Siti Nurhaliza – Cintamu bergema.

Aku membuai perasaan.

Dan hingga kini, lagu itu kian menggigit telinga.
Inikah yang ku cari?
Aku seakan yakin untuk memulakannya kini.

Tapi aku masih tidak mahu terburu.
Aku masih lagi perlu untuk bertanya hati.
Tapi, aku sudah rasa yakin dalam hati.
Cuma aku ingin betul betul pasti.

Aku tidak mahu menjadi ’pemancing yang tidak bertanggungjawab’

Di yang terdalam semuanya, tertranskrip.
Rasa keliru mulanya.
Disusuli bengang kerana dipermainkan.
Hingga kini, aku semakin jelas.

Mungkin ini bahagia yang ku cari....


p/s – saat aku menaip semua ini, ’hati kedua’ mula membuzz aku! Bagai tahu2 aku bercerita tentangnya!


:::YTBACK!!!:::

16 comments:

Mr Final said...

wahhh~... tgh jiwang karat rupenyer... giler laaaaaaa patut cam emo semacam jek sejak balik UMP nih.. huhuhu...

Hilman Nordin said...

oh.. ingatkan nak tiru Hearts in Two td.. rpe2nye..

hm... ikutlah. pengalaman aku tu pn ko jadikn nota ko ke?

hehehe..

Rina said...

Salam..

Iskh3, tak sangka lak "hati pertama" wat camtu.. nasib pulak korg ber'pillow talk' n terkeluar lak psl cite ni.. kalau x??

Pape pun, harap2 ko dpt memilih yg terbaik. take ur time, lgpun soal hati bukan le buat main2..

=)

till then, take care!

@LiENZ said...

Ada 3 hati pompuan, 1 hati laki.

Hmmmmmmmm,seronok baca entry ni.Susah gak jd AK0143. Tapi cam ketara je minat kat minah ke 3 yang cun tu?

Ha?serik bila denagr hati pertama mengena? Sambut cabaran bercinta. Jangan takut!

dan akulah perempuan separa muda itu. said...

jiwang... jiwang...
sentimentalnya... huhu
=)

ahmadkamal said...

FINAL SOLUTION
emo? aku emo ke? bila lak? ko jumpa aku pown tak penah! gedik! huhuhu... jiwang karat ek? well, tunggu la kalo ko lak kena! huhu

HILMAN
urm... pengalaman ko? tah la, maybe a il bit, tak igt sgt lagi pown pasal pengalaman ko... just ingat pasal biskut maree je... huhu

IRINA
manusia memang tak leh disangka... bermacam pesen! apapun, still in consideration, tapi tengah kuat ni, instinct kepada sapa... tunggu je la... kalau ada,ada lah... hurm, thanks ek!

@LIENZ
'hati pertama' tak menjadikan beta serik... tapi ia menjadikan beta 'nampak'... bagus juga dia buat begitu, meleraikan segala kabus yang menyelubungi pandangan... cewah!

NOTAKEMATIAN
nak wat cmna... tiba2 datang mood jiwang... turutkan je la... huhu
mesti klaka kalo jumpa kak notakematian kat luar ni... eeiii malu!

dan akulah perempuan separa muda itu. said...

hahahaha...
tak ada apa laa tu....
it's normal feeling for young people...

Joey said...

kamal...

it's been long since i've come here..

entahlah..i feel i'm not bersemangat anymore

i can't put myself together for the time being..

sorry sebab tak dapat nak menceriakan diri sendiri...

because there's no use to it ...for now ...

FAIZUL said...

mak ooi..sekali datang 3 orang bidadari ....mantapnya kooo!! wahahaaha....tp baik pilih bebiak arr...yo la..nak wat bini kata org...

btw...berhantu lagi lagu didi cazli tu kan..wahahahaha...ak dengar hari2 tuuh..hahahaha!!!

dah la wei..ak nak g kelass arr...cam nak balik bilik jerk nih..

ahmadkamal said...

NOTAKEMATIAN
memang la normal... tgh normal lah ni kak oii.. huhu... rasanya dah 118 kali terserempak ngan kak notakematian ni.. dia wat derk je... sombong la... huhuhu

JOEY
nothing much to say... if you feel that way, n u keep holding on it, u will always be that way... kita je yang boleh ubah segalanya pasal diri kita... gud luck dude!

TRUANTA
ha'a... tiba2 terasa diri 'howt' la plak... hahaha... btw, hantu didicazli dah kurang... ada lagu-lagu lain yang terngiang2... huhuhu

aria ayumi said...

adehh. hati pertama itew mcm despredo pun ade. approach laki? dua org satu ms plak tu. seb baek terkantoi awal2. huhu. klw tak, alamat jadik madu lah kowang berdua... huhu

btw, klw kamal nakkan ssorg utk dijadikan teman... biarlah die yg blh setia ngan kite... blh jaga hati kite... blh buat kite selesa ngan die... mebi tak susah nak carik ssorg tu... yg susahnya kite nak jaga hubungan tu biar kekal lama... tu msk bab lain lah plk. klw kamal dh masuk 'dunia' tu, br diya explain lagik. *kui3.kunun mcm dh expert* :p

jgn tak tahu.. skang nih pempuan mmg ade yg lebih 'kejam' dr laki... men kayu lebih pd 3 pun ade.

ahmadkamal said...

DIYA
memang tau ada wanita zaman sekarang yang kejam... but to see in the real life, depan mata, macam tak sangka pon ada... yang penting, Tuhan nak tunjukkan kat Kamal macam tulah orangnya dan syukur sangat semuanya terjadi sebelum apa-apa bermula...
sekarang ni kalau terserempak pun, just buat biasa je... tatau la dia prasan ke tidak perubahannya... bagi Kamal ia adalah sejarah!

zura lias said...

kawan akak cakap kt akak, bg dia, kalo pompuan yg approach dulu, nampak mcm pompuan tu senang2 nk approach org..die xde rase malu2..len le kalo die rase die mmg dh xleh dpt kamal dh..n die terpakse approach..hehe..tu pendpt kwn akak..

pendpt akak..hati tak boleh dipaksa..kita sendiri yg tau mana pilihan hati kita..jgn jg pemancing x bertanggungjwb ek..:D

ahmadkamal said...

KAK ZURA
huhu... thanks 4 sharing ur & ur fren's thought...
tu lah... tak paksa... harap tak lah berubah hati ni... harap taklah gatal memancing yang baru... huhu
"hi kak zura... leh ngorat?"
PAP!
(pukul diri sendiri)
eh... tak bleh2... nanti kak zura jadi ikan yang robek mulut... hahaha

DeWi said...

Hu~ aku baru jek bc entry ni.. hu~ tarikh terakhir komen 11 JAN? warghhhhh.... tarikh keramat tu...
"kisah x bisa memilihmu"... hU~

relek2 suda. masih pjg lagi perjalanan neeee..

ahmadkamal said...

DEWI
11 jan?? ye aku tau kisah tu... sabar ek!
*sambel wat muka yang tau kononnya*
err kisah ko ngn riz kan???
hahahaha