Aku takde mood

0160 – 11 Januari 2008
Aku takde mood

Semalam.
Entah mengapa aku tiada mood.
Buat tu tak kena, buat ni tak kena.

Selalunya waktu petang aku akan tidur petang.
Rehatkan diri.
Tapi entah kenapa semalam, tiada mood untuk tidur.
Dan aku berjaga.

Keluar.
Menaiki basikal kesayangan.

(aria tak jeles ke???)
Cadangnya ingin mengambil udara segar dari berkepuk dalam bilik.
Merayau-rayau.

Berkayuh jauh sedikit.
Sampai di jalan utama, aku terpaksa berpatah balik.
Permandangan yang menyakitkan hati!
Terus aku tiada mood berkayuh jauh-jauh.

Di belakang UMP ni ada cadangan untuk menyiapkan satu kompleks Halal Hub untuk negeri Pahang rasanya.
Dan segala pembinaannya dimulakan dari jalan utama yang sering kami gunakan hingga ke kawasan lapang di belakang perumahan kami.

Tapi bengongnya!
Jalan berdebu gila!
Bila basah, akan jadilah ’tanah merah’ UMP.
Kereta, motor, basikal, baik tak yah basuh.
Pergi kelas akan kotor balik!

Bila melalui jalan tu, masing masing menggunakan kelajuan minima.
Takut habuk berterbangan ke kenderaan sendiri, dan orang lain.
Tapi mana yang tak bertimbangrasa, laju jugak dipecut kereta.
Sehingga habuk berterbangan kepada yang menaiki basikal dan motorsikal.
Mana yang baik macam aku, terus ubah mode pemanduan kepada pemanduan cara membawa van keranda!
Slow slow.

Aku hilang mood terusnya.
Hanya menaiki basikal di sekitar kawasan rumah.
Tengok orang main bola di merata-rata tempat.
Aku pula, tiada mood bermain bola.

Malam itu, aku ada meeting yang terakhir untuk Expoconvo’07.
Satu meeting untuk memberikan isi-isi post mortem untuk bantai staff UMP yang tak bertimbang rasa sepanjang Expoconvo’07.

Sebenarnya matlamat post mortem tu bukannya macam tu.
Tapi aku memang nak menibai staff sahaja.
Segala isi yang kuberikan semua melibatkan staff.
Lantaklah, esoknya post mortem pun bukannya aku masuk!
Aku hanya memberikan isi.

Expoconvo’08.
Banyak yang perlu diberikan perhatian.
Perlu diperbaiki.
Terutamanya bagi staff yang suka menggunakan kuasa dengan menindas student.

Kalau kita mintak, semua tak dapat.
Alih-alih dia mintak, dapat je, walau tak relevan.

Arghhh! Malas la bincang pasal staff ni
Takde mood aku!

Malam tu kawan-kawan aku pelik.
Aku diam dari biasa.
Masing-masing keliru camna nak mulakan perbualan dengan aku.
Dah aku katakan, kalau aku diam, semua blur!

Nak wat camna aku takde mood.
Atas sebab yang aku pun tak ketahui.
Mungkin aku tahu, tapi aku malas fikir.
Yang penting aku takde mood.

Selepas tu, diorang ajak aku keluar.
Minum-minum.
Rehat-rehat.
Aku dalam takde mood pon keluar la.
Ikut je diorang.

Bila sampai, hanya teh tarik yang ku pesan.
Nak makan, tak lapar.
Then, kitorang hanya diam sahaja.
Sebab aku tak mulakan bicara.
Diorang pun tak tahu nak start cakap pasal apa.

Sebab selalunya aku yang akan mulakan dengan usik mengusik.
Diorang akan balas balik dengan nak defend diri bila aku usik.
Dan selalunya, ia akan berlarutan sampai semua takde idea nak cakap apa.

Tapi malam semalam berbeza!
Semua diam.
Aku diam.
Diorang diam.
Aku tenung diorang.
Diorang tenung aku.

”Arghhh tak best la Kamal macam ni!”
”Jom balik!”

Kami pun balik.
Aku masih tiada mood,
Dalam kereta diorang cuba mengacah lagi.
Aku masih tiada mood.

Last-last semua terdiam.
Tak tahu nak cakap apa.
Masing-masing takde mood pulak.

Masa ni.
Tiba-tiba aku sedar.
Sinar terang nampak di mata aku.
Aku nampak hakikatnya.
Apa yang sebenarnya berlaku

Aku sebenarnya salah seorang Heroes rupanya!
Ability aku – boleh pengaruh orang takde mood bila aku takde mood!
Haaa! Nantikan kemunculan aku dalam Heroes musim ke-18!
Mesti korang tahu apa yang berlaku nanti!
Kiranya entry ni sinopsis untuk siri akan datang la!
Baik tak aku bagi tahu korang semua ni??
Nanti korang boleh la blagak kat kawan-kawan korang kan!
Hahahahaha

Tapi, kuasa aku masih tak kuat lagi.
Sebab semalam, meja sebelah kitorang selamba je bergelak ketawa.
Kitorang je yang takde mood sebab kuasa aku dah pengaruh diorang!
Maybe kuasa aku dalam range satu meter je kowt!

Dah2, panjang lak taip ni.
Buang masa je.
Aku nak g berlatih kuasa aku ni!

Sebab aku Heroes!

Huhuhuhuhu

p/s – Happy Belated Birtday to Dora – kawan sitizoners… satu hari je beza ngan siti ek! Happy Birthday to Hajah Datin Seri Siti Nurhaliza juga!

p/s – segala cerita adalah rekaan semata-mata. Tidak berkaitan dengan alien, en bulan, biri2, teddy, ikan emas, lembu, mat bangla, biskut maree, hati-hati, tarikh 8hb, atau yang sewaktu dengannya! Huhuhu

p/s – satu lagi ability aku, aku ada ability untuk buat orang komen... mesti korang nak komen entry ni kan??? Kan??? Erk??? Tak nak??? Alamak, kena berlatih kuasa aku lagi neh! Nak g berlatih la! Bye bye!


:::YTBACK!!!:::

23 comments:

FAIZUL said...

warghh..kamal ader power sey..
tetiba jerk nak coment nih...hahahha!!

aria ayumi said...

wahaha~ ade ke tanya kite jeles ke tak die naek beskal. heh. tak jeles lgsg tahu tak :p laen lah klw kamal naek beskal sambil gendong biri2 kite. yang tu mmg jeles tahap gaban. ngehhh :p

eleh. nak jadik heroes kunun. takde maknanya. setakat uat org takde mood tu, kite pun leh uat. btw, nape takde mood nih? banyak sgt pilihan kene uat ke.. huhu :p

dan akulah perempuan separa muda itu. said...

tipu...tipu semata mata....
heroes konon.. hahaha...
heroes jiwang ada laaaa.....

p/s esok kalo free datang join sukarelawan g pekan...

teddybearhijo senget~ said...

tanak komen~ ngeh~~~

xce abeh, pacik!!!

teriblenya shayer...
papepon, just scroll skali imbas, lastpart tu wat kite tesenyum...

hee...
wendu mau senyum2, xmemasal da gelak sensowang...
uuu...

ahmadkamal said...

ARIA n EE
aku dapat rasakan kuasa aku bertambah la!! kalo tak, masakan korang komen pada minit dan saat yang sama! ke blogger buat hal??? ahhh, tak kira, kuasa aku memang bertambah!!! hahaha

NOTAKEMATIAN
heroes jiwang pon heroes gak kan... haha, tak pasal2 dah ngaku orang ni heroes.... lalala...
esok tak free la... kul 2 g putrajaya untuk realundergraduate tu... tido upm/ukm...
g lah wakilkan ek...
tak bwk deathnote g pekan ke??? huhuhu

TEDDYBEARHIJO
lama tak nampak? busy ke? slalunya dia yang komen2... hahaha...
takpe2... nak senyum2 datang la sini slalu... tapi tgk masa la, tah2 tiba2 mood blog ni tukar sedeh melarat lak! huhu

Rina said...

salam..

haha.. wah, aria ngan tru komen ms sama.. hebat tuh!! hehe.. kuat lak ek, 'power' kamal sampai merentas negeri.. hehehehe..

alamak, ble pulak ak komen ni? argh, jari xle brenti taip..

uhh, tulun!!

...

...

...

roger, n out!



muahaha.. pape pun, thanks k for the advice.. really appreciate it.

dan akulah perempuan separa muda itu. said...

heroes jiwang tidak termasuk dalam kategori heroes...
dan jiwang semestinya bukanlah suatu kuasa... huhu...

p/s gi putrajaya pergi konferen ya, bukan shopping kat alamanda...
nguah nguah nguah...

aria ayumi said...

wahaha~ br pasan the time was exactly the same! adehh. sama lagik. mmg sgt kebetulan. saat pun sama. duhh. tak tahan nak gelak :p

Joey said...

wakakakakakakaka......


erm......wakakakakaka

ala...lupa pulak apa benda aku nak komen....

ko hengat ko sorang jer ader pawer ala pawer rangers..hahahaha

oh ya...aku baru nampak ko cakap dalam tempat pelalatan aku ....ko ada tag aku...pe benda yang ko tag aku ni...

explainnnnnn sikit...

ahmadkamal said...

IRINA
hahaha... kuat tak kuasa beta... sampai kena komen!!! best best!
lek la, masa aku down ko pon slalu nsihat pe... take care eh!

NOTAKEMATIAN
abis dah kita dipanggil heroes juge... so heroes je lah gamaknya!
erk?? alamanda pown tak penah pergi tau! huhuhu

ARIA
aku dah kata... tu sbb kuasa aku... hahaha... (lepas ni kuasa beta akan bertambah dengan mengupdate blog ini tanpa disedari pulak!) huhuhu

JOEY
apa plak kuasa ko??? aku heroes la, bukan power rangers! huhuh
ala, ko ni... dah bertahun dah tag tu.. untuk 2007 lagi pown... lambat la ko ni!

Noushy Syah said...

Salam ak_0143
Thanks for dropping by @ my blog and your generous comment.Hope that wont be the first and the last:)

Appreciated for d'linked as well.

Emm, reading your entry, reminds me of Zura @ Kriesz blog! There's some similarity in the language and your style of writing!! Hope you don't get me wrong yea..I'm sure it must be a coincidence...:)

It's not strange to have a 6th sense...but a down/happy mood is infectious!!Thus..hehehhe, it's not your super power:p

ahmadkamal said...

NOUSHY SYAH
huhu... thank you back 4 da entry... i linked ur blog to ensure that i will not forget to drop by....

actually, kak zura is the one who really infectous! huhu... dulu cara menulis lain... dan bila baca balik, pening je, sebab terlampau panjang dan berbelit... so i just thought to try kak zura's style of writing! jangan dia mintak royalti sudah!

btw, super power or not, i still believe i have one! huhuhu =)

Joey said...

yolah....ko kan dah gegeh sekarang ni...

manalah aku sempat mengetahui ape kebenda tag ko tuh...

aku belum ader super power nak reverse orang punya blog..wakakaka


lainla orang tuh..hehehe

Noushy Syah said...

ak_0143

Yeah rite! You just have to trust your instinct..you are what you think!! Go for it dude..:)

p/s ahaaa..so she's infectious and you're infected, I guess better cabut or else I might be infected but I doubt it coz I have 'diplomatic' immunity!! tehehhehe...

Have a gr8 w/end, keep smiling.

Mr Final said...

wahahaha.. bengong mu.. pnat2 aku bace... ko tetibe nak jadi watak heroes lak.. adeh.. weih.. ade citer heroes season 2.. tak.. nak! (n kalo boley... sampai ke yg ter latest skali laa.. huuu)

@LiENZ said...

Perasaan yang paling teruk manusia suke nak rasa ialah perasaan PERASAN! Ha, selain dari kuasa2 yang telah dinyatakan dengan jelas tadi, maka disimpul belitkan di sini yang AK penuh ngan rasa PERASAN die!

lind said...

dasat btol dia neh.. boleh pengaruhi org lain dalam mood hehehe

zura lias said...

tetibe akak ade instinct kt sinie mau tuntut royalti..hahahhahahh...akak pun heroes gak..ade power..bile org sebut2 name akak...ade kuasa bionic bgtau..hikss...

ahmadkamal said...

NOUSHY SYAH
i guess i'm not immune to her... tgk, dia dah dtg mintak royalti! huhuhu..."trust wut u think" i guess is applicable now... although it's clearly a crap! huhuhu

FINALSOLUTION
lor... ko baca serious ke weh! hehehe... aku kan jenis sengal melarat yang terlampau! alih2 ko terkena! pasal s2 heroes tu kawan aku ada, aku pown tak tgk abis lagio... dgrnya ep11 dah final... so nanti aku dapat aku roger

@LIENZ
ala... napa bold PERASAN? nak kena guna word tu pulak ke??? ok... see this...
"ada orang tu kan, PERASAN je dia alien... sedangkan manusia hendaknya!!!"
hahaha, lek alien... jangan serang ngn UFO!!!

LINDOSH
baru je ngintai blog dia tadi.. thanks 4 stopping by here! hehe, ability mengarut je... salam perkenalan!

KAK ZURA
nak kena bayar gak ke royalti??? tapi akak tak wat copyright control... so tak leh mintak... lalala... ok kak! nanti saya link kan kepada blog akak bahawa akak juga heroes... tapi akak kuar lambat sket... season 284... ok??? huhuhu

:: cheezzy cheese :: said...

haaa bgus laa.. awk xde mood, kak yanz plak tgh borink giler ni..

tp rasenya tahap mood awk ni parah dah.. hahaha *cha aliff bottttt...

arsaili said...

biasala ..ada hari hari yg malap...cam against us jer...tu yg rasa bosan

@LiENZ said...

HuaHua...

Nak jadi @LiENZ gak cakap je la beb..tak payah nak sorok2.Nak UFO pun banyak stok ni..haha..

zura lias said...

season 284???xpe..org kata, hero yg kuar lambat slalunye yg palin kuat dan palin diingati..*mcm citer ultraman..kan slalu kuar time raksasa dh rosakkan manyak bangunan pastu dh kelip2 lampu kt dada baru nk tunjuk power..*...:D..