Bisikan

0294
30 Oktober 2008

Bagi aku, lagu adalah emosi yang dimelodikan.

Aku pernah katakan dulu, yang aku akan meminati lagu jika lirik dan situasinya kena pada aku
Juga lagu yang boleh membuat aku merasa apa yang dilagukan
Dapat menangkap emosi yang dilontarkan
Dapat menyelami ke yang terdalam!

Untuk aku suka lagu, aku lebih tengok pada lirik.
Namun tak bermakna takde lagu yang betul-betul sedap.
Cuma kalau liriknya aku dapat rasa, sehampeh mana pon lagu itu, ia akan menjadi siulan di bibir aku berhari-hari.















Aku open kepada semua jenis lagu.
Pop, Rock, even traditional.
Syaratnya, aku dapat merasa.
Dan aku dapat menerawang bersama penceritaan lagu itu ke dunia lain.

Penyanyi hanya narrator lagu.
Tapi penyanyilah yang memberikan jiwa kepada lagu.

*****
Tadi, aku pasangkan winamp playlist aku secara random.
Jadi keluarlah segala macam bentuk lagu dari lebih 3000++ lagu simpanan aku.
Sambil mendengar, aku buat kerja, melayari internet dan macam-macam lagi.

Yang aku perasan tadi, antara peralihan lagu, ada yang aku sedari, dan ada yang aku tak sedar.
Yang aku tak sedari hanya berlalu begitu sahaja.
Yang aku sedari banyak.

Dan satu persamaannya.

Bisikan.

Mungkin kita lebih senang tertarik dengan lagu yang mula2nya slow, dan kemudian as the song goes by, ia makin menaik dan akhirnya ia memberikan impak terhebat bagi kita yang mendengar.

Aku juga begitu. Aku sukakan bisikan pada permulaan lagu.

Bisikan itu pure.
Suara penyanyi yang natural.
Rasa innocent.
Tanpa ada eksesori2 nada tambahan yang tinggi dan menyakitkan jiwa raga.















Dua lagu yang aku perasan secara random tadi, yang mulanya buatkan aku terhenti seketika.
  • Amy Mastura – Laguku Untukmu (sepanjang lagu, seakan bisikan sahaja)
  • Siti Nurhaliza – Bukan Cinta Biasa (mula2 je, masuk tengah Siti dah mula men tarik2)

Dan aku menaip di dalam playlist aku, mencari lagu2 yang mempunyai kata ‘bisik’ di dalam tajuk lagunya.

Ironinya, antara 3000++ playlist aku, tiga2 lagu adalah nyanyian Siti Nurhaliza.
Dan tiga2nya takde langsung part suara yang berbisik.
Hanya ada suara biasa dan tinggi.
  • Bisikan Hati
  • Bisikan Asmara
  • Hati Berbisik

Bila fikirkan balik, maybe betul juga mende ni.
Kalau tak, takkan Sheila On 7 dulu hits kat Malaysia dengan lagu Sephia.
Lagu tuh kan mula2 slow, pastu rancak, n last skali berikan impak yang best.

Suara berbisik – aku suka suara Melly Goeslow.
Suara dia memang gemersik.

Dan untuk yang lelaki pula, aku senang menangkap suara vokalis kumpulan Kerispatih.
Tah apa tah nama dia.
Tapi permulaan untuk lagu Tapi Bukan Aku, Sebentuk Hati Buat Kekasih dan Bila Rasaku Ini Rasamu menangkap aku.

Mungkin ini agaknya strategi pembuat lagu Indonesia.
Mereka menggunakan elemen bisikan.
Lagu Bukan Cinta Biasa pon ciptaan Indonesia kan.
(Dewiq tuh rupanya perempuan! Baru tau…)

Point aku untuk entri ini adalah:

Aku suka suara itu yang berbisik…
Walau hanya bisikan, impaknya menusuk yang terdalam…
Tak perlu nada yang tinggi menyesakkan nafas, cuma bisikan sudah mampu membuat aku merasa apa yang dirasa…
Bisikan lebih menggambarkan apa yang dilaluinya, apa yang dirasanya…

Mungkin yang ku cari adalah
Kejujuran dalam menyampaikan

Kejujuran dalam menzahirkan

Jika menjerit dengan nada yang tinggi pun tujuannya tak dinampak buat apa?
Lebih baik berbisik dari meneriak…

Jadi, untuk mendapat perhatian aku selepas ini, berbisiklah.
Jangan meneriak!

Contoh:

“Kamal, bila mau update???!!!”

Kan lebih baik begini:

*dekat di telinga*
*hembus sedikit nafas*
“Sayang… bila mau update???”

Aku pasti tertawan!!!


Hahahaha


p.s - ada yang menegur through skype, cakap playlist yang mainkan jiwang sahaja. bukan seorang, tetapi dua orang! dah pasang secara random, lagu yang keluar, itu yang aku dengar....
grrrr


:::YTBACK!!!:::

11 comments:

IamYonna said...

tang update tu,
tak patut suara berbisik sebenarnya! :) hahaha

harus la berteriak sakan supaya kau masih dengar yang kami semua perlukan update ko :p

kerispatih mmg best :)
bisik atau teriak pon best hoho..

lagu amy mastura yang slow kebanyakannya ala2 bisik. :D

oh dan melly goeslow xyh ckp la.
mmg berbisik dan gemersik habess mcm kerisik :p haha

hana said...

OMG! sekali lagi!!!! ur latest entri.....!!! adehhh!!! lagu siti pulak tu. heh. - nada sedikit menjerit tapi membisik. :p

Joey said...

finally here.....motif tutup pintu rumah?

yelah...sedar lah aku siapa diri ini...


erk...lagu-lagu yang ada memang membuai emosi...

thing is, I always put songs that reflect my mood for the moment at my page....

sekarang ni...err.....aaaa.....malas nak cakap lagu apa kat sana.....ahahaha

Kurt Kuden said...

berbisik .. mariah carey?

aisyah dlm lagu raya, 'Pulanglah' part awal2 tu die berbisik kan?

hmm kalau lagu slow yg aku rs antara sedap,

jeslina hashim-ku intai cinta dalam rahsia

:: Cikgu Wiween :: said...

dik kamal sayang *bisik*,
sejak bile menjadik pengkritik bebas lagu-lagu & irama nih?

Kamal, cpat apdet lagik!!!!!!!!!!!! *jeritan kecundang*

lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! :p

Princess Liyana said...

tuanku...bila mau update;p smbil buat suara ala2 berbisik..hihi

lariiiiiiii;p

teruskan perjuangan. chayo2!

ahmadkamal said...

YONNA
perlukan update aku???
wah!
tapi berbisiklah...
kuikuikui
kerispatih ada yang aku ske, ada yang biasa je...
tapi skunk obses dengan bila rasaku ini rasamu...
amy mastura lagu2 lama je... skunk ni dia dah len sket...
kerisik dan gemersik laen ye cik kak!
ni tau masak ke tak ni???
*sambel cuba sembunyikan fakta yang aku tatau kerisik guna tuk apa!*

HANA
woi! woi!
perbuatan anda itu telah memercikkan air liur di merata2 tempat!
kan sopan kalo terus berbisik saja!
huhu

JOEY
salah ko gak la... sblom aku pvt dulu, ada dalam 2minggu aku gtau awal2 suh bagi emel.. ko tak bagi, thus, aku tutup je la...
n, what a lame method to persuade me to go to ur blog!!! hahaha

KURT KUDEN
haa.. mariah carey...
tapi aku tak relate sangat ngn lagu dia...
bukan mother tongue kowt...
huhu
aishah tuh, haa ye la..
tuh yang buat kita tertarik nak dgr kan...
n ko dah buat aku dgr blik jeslina malam td!

WIWEEN
bawu nak sound kat anda, jangan berbisik!
kerana anda nampak menakutkan bila berbisik...
rupa2nya dia tak dapat menahan, dan mengakhirkan komen dengan jeritan...
mmg la cikgu sengal!

PRINCESS
ala... asal bisik2 lari???
meh la dekat sket...
kita bercengkarama bawah bulan purnama!
hahahhaha

azie said...

aku paling suka lagu hati berbisik,walaupun aku tak minat siti.erm, mebi sebab lagu tu jadi theme song utk satu drama yg aku sgt suka tgk,ehehehe

Joey said...

tolongla...tolongla...pegila blog aku...wakakakaka


ajakla peminat ko datang

promosikan la 'rumah' aku...


kan senang....aku memang sengal and tak tau malu...pedulik apa....chepat gi promote...hahahahahaha


owh ya..apa benda yang tak di block dari tempat ko?


macam2 macam jerla......

:: Cikgu Wiween :: said...

bukan sengal! lemau laa! kahkahkah

ahmadkamal said...

AZIE
hati berbisik eh?
berbisikkah hati ko???
aku tak berapa minat lagu tuh
aku lagi suka cuba untuk mengerti...

JOEY
takde maknanya...
aku pon bukan ramai sngt di sini..
sjk pvt hari tuh ramai dah hilang...
kat sini?
dia block macam2...

WIWEEN
musykil ni?
anda sengalkah?
anda lemaukah?
anda cikgukah?
hahahaha