0056 – 21 Disember 2006
Exam Results
Huhu. Got my exam result today. Rupanya dah lama kuar. Juat aku salah klik je dekat laman web kuktem tu.
Tatau kenapa susah betul nak tengok laman web tu. Kurang maintenance ke. Orang ict tak buat keje? Lepas install mozilla baru laju sikit.
Saja je menempekkan result aku. Aku malas nak jawab lagi bila orang Tanya. Sebab yang slalu aku jawab adalah “oklah, aku puas hati, still atas 3…”
So lets check it out!
Hehe, rupanya dah 3 sem dekat sana. Mulanya tak suka kuktem and cos aku, tapi lepas berapa lama aku mula menyukainya. Tak kenal maka tak cinta kan.
Neway, here is the story behind the result…
BKB2112 BIOCHEMISTRY B+ 3.33 PASS 2
Biochem. Aku bajek a- atau a. tapi dapat b+ je. Considering carry mark pun tak tinggi kira ok la. Just puas hati. Selamat baik ngan lecturer!
BKB2122 MICROBIOLOGY A 4 PASS 2
Microb la yang telah menaikkan saham aku sem ni! Muahaha. Baru diorang tahu kamal ni tak la bodoh sangat. Ye la asyik aku tensen je aku tak dapat highest, sekali dapa highest dalam test, bangga gila. Siap dapat hadiah lagi!
Well, dapat a pun sbb aku punya carry mark tinggi la gak. So ni mmg aku aim a. Tambahan pula aku baik ngan lecturer ni, n dia sibuk nak wat preparation wedding dia seminggu lepas kitorang test! Agaknya tanda test masa honeymoon kowt! Ampun miss nina! Ops puan nina!
Huhu!
BKB2731 BIOPROCESS ENGINEERING LAB A 4 PASS 1
Ni pun satu yang membanggakan. Ini membuktikan tak sia2 aku edit lab report tiap minggu kul 3 pagi. Sebab aku memang suka mengedit!
And plus, 2 orang je a! Sorang lagi tu pun kwan rapat aku. Bangga gila! Huhu
BKC 2821 COMPUTER AIDED DESIGN LAB KY PASS 1
Ni subjek hampeh. Penat je habiskan masa 3 jam kat lab tiap minggu. Ada ke patut KY je (KY tu kira ya la, satu lagi KT maksud tidak). Kira takde ponter pun. Sama macam analytical lab sem lepas!
Penat je. Tapi ok la a. Kalau tak…
BKC2133 FLUID MECHANICS B- 2.67 PASS 3
Huh, finally! Ni lah subjek yang aku suspend gila. Ni yang paling last kuar. Aku bajek c je. Tapi kalau dah b- ok la.
Carry mark tak tinggi pun. Aku tak tahu aku ok buat masa final ataupun prof banyak tolong?
Tah la… tapi ok la. Puas hati. Tak macam Mechanic sem lepas, dapat c-! (nak repeat paper ni!)
BKC2323 THERMODYNAMICS B- 2.67 PASS 3
Ni aku kecewa lor! Nampak sangat aku tak buat bagus masa final.
Carry mark tinggi 45/60. kiranya masa final aku dapat 17/40 je.
Aku semangat gila studi subjek ni. Tapi tak dapat tinggi. Lebih menyakitkan ada yang dapat full mark masa final (ish budak tu lagi, takde orang lain ke?)
Takpe, jeles tu bagus kan?
Lepas ni thermo utk chemical lak. Diorang kata lagi susah, sampai pat nak repeat. Tgk la. Nak usaha baik-baik.
UHL2112 ENGLISH FOR BUSINESS COMMUNICATION A 4 PASS 2
English. Ok la a. Yang paling susah task masa tu mock job interview ler. Selamat group kitorang antara yang terbaik.
Enjoy sir ajar.
UHR2012 ISLAMIC INSTITUTIONS A 4 PASS 2
Ni satu lagi subjek yang bagus diadakan. At least dapat gak ingatan2 dalam kelas, sekarang kan hidup makin kucar kacir!
Task yang paling erm… apa ek, yang paling tensen ialah kene g mahkamah syariah kuantan tu. Bukan sahaja masalah grup aku yang hampeh pengurusannya, tambah lagi ada sesuatu berlaku lak tu masa g wat projek. Ish2.
UQS2071 KRIKET B- 2.67 PASS 1
Ni yang paling aku banyak nak cakap. Hampeh je. Ingat tak dulu aku pernah tulis kelas ni memang hampeh.
Ala yang pasal mula-mula sesi kriket, lepastu sesi perkenal diri, ni aku boleh tahan lagi. Lepas tu sesi mengenali Malaysia dan sejarah-sejarah di dalamnya pula! Hampeh tul. Bosan je semua budak2.
Dia bagi aku b- je? Bukannya dia kenal aku sangat pun. Tah macam mana dia buat evaluation tah. Tensen je. Kawan2 aku banyak dapat a untuk koko, sbb ini yang boleh bantu naikkan pointer, tapi aku drop!
Maybe ada hikmahnya. Tak pe la.. takkan nak repeat koko lak? Tak rock la! Huhu
Neway apa pun. Below are subjects that I will take in the coming sem. Nampak tough. Jadual waktu pun macam nak membunuh aku!
So kalau aku tak banyak update blog tu, paham2 je lah. Memang tension nanti. Semester baru memang selalu ada semangat baru, nak baiki mana yang tak patut dan mesti ada sesuatu yang berlaku la!BKF2731 - BASIC ENGINEERING LAB
BKF2413 - CHEMICAL ENGINEERING
THERMODYNAMICS
BKF2422 - HEAT TRANSFER
UHM2012 - ISLAMIC AND ASIAN
CIVILISATIONS 2
UHF1011 - MANDARIN FOR BEGINNERS
BKF2432 - MASS
TRANSFER
BKF2343 - MATERIAL & ENERGY BALANCE
BKU2032 - PROBABILITY
& STATISTICS
UHS1011 - SOFT SKILLS 1
Ada subjek yang dengar macam best. Ada yang macam tough. Yeye nak blaja mandarin sem depan! Kenapa takde jepun ek? Boleh ngorat awek jepun yang kawai!~
Neway, aku tempek result kat atas tu bukan nak bangga2 ok. Memang bangga pun, walau aku tak tinggi macam kawan2 yang lain, tapi aku bangga atas usaha aku. Aku memang banyak berusaha sem lepas.
Apapun sem yang mendatang aku kene hati2. Banyak subjek pre-equisite tu. Kalau kantoi sem depan lagi satu sem tak leh amik subjek yang lain. Takkan nak duk kuktem sampai tua!
Tapi utk mechanic yang hampeh sem depan tu aku nak repeat masa short sem nanti. So maybe aku tak cuti la masa 3 bulan nanti.
Apapun tu semua utk masa depan kan. So, tak kisah la…
Salam Ramadhan
8 years ago
6 comments:
mntap gel.sumenyer pass.and i need to knw what is KY?
yg aku tawu ky jelly jer.haha.
cet! ky jelly tu amenda... tu guna utk benda lain! hampeh!
ky tu aku lupa lak stands tuk ape... 'kebolehan ya' kowt... kalau tak pass kt 'kebolehan tidak'
jgn luch2 boleh tak... huhu
Congrats.. good grades .. kalau boleh improve lagi kasi A+ semua terus score Dean List, dapat Magna cum Laude and jadi Valedictorian bagus jugak..
err.. ambil course apa ni.. takut benor tengok subjects..
you make me reminded of my own transcript.. teringat zaman u dulu.. hik..
thanks bro...
amik degree chemical (biotechnology) engineering...
btw, who r u? sori la tak cam nick...
Wah, Kamal!! Hebat2.. Tahniah ye..
Ahaks..
Dah 4 hari x online, sbb balik kampung.. Skarang ni melepaskan gian.. =)
Result aku masih blum dapat cek lagi.. Rupa2nya dah alih tarikh ke 26hb pulak.. Tension2..
Anyway, good luck for your coming semester, ye..
mantap.. kool gle.. byk nye makhluk bername A dalam result hang..
tahniah!!! huhu
Post a Comment