0053 – 12 Disember 2006
Unexpected and the lessons...
Something unexpected has happened to me today. Seriously, it is definitely unexpected. And it has lifted up my mood to the sky!
Got this message in Friendster. A friend. Or must I call her a-msg-friend. She has been someone who repeatedly, without failed message me everyday, back in KMNS. A stalker maybe.
Huh? Motif kamal ada stalker?
Yes. Tak boleh ke?
Actually, she was someone who has lightened my days during matrixes with her messages, though at time anynomously. Aku tak tahu muka dia macam mana, dan aku tak tahu mana dia dapat nombor aku.
Kami kerap bersms setiap hari. Dia tahu aku di mana, tapi aku tak kenal dia. Aku hanya melayan. Orang nak kenal, apa salah kan. Aku kan baik.
Jap. Sebelum aku meneruskan, aku nak ingatkan sesuatu. Entri ini mungkin agak meloyakan untuk dibaca, sebab dekat sini aku nak angkat bakul setingginya. Jadi kalau tak nak loya-loya, baik berhenti baca di sini. Aku tak bertanggungjawab kalau apa-apa rasa loya wujud selepas pembacaan entri ini. Anda telah diingatkan! Sekian terma kasih.
Kena ingatkan dulu. Sebab aku nak cerita perkara yang betul dan jujur. Aku sebolehnya tak nak angkat bakul, tapi kalau dah relaiti nak buat macam mana kan? Hehe
The story…
Ok moving on.
Aku dapat mesej dari dia ni. Should I call her A. A ni kontek aku balik setelah hampir setahun setengah tak jumpa. Lepas matriks memang tak kontek dia dah.
Dia dah berubah. Dah ada balak dah. Padan je pasangan keduanya. Aku mesej dia balik bagi nick ym aku. Dan kami mula berbual.
Dan mulalah sesi pembongkaran rahsia satu demi satu yang secara tak langsungnya menerbitkan 2 perasaan dalam aku ketika ini – terlalu gembira dan terlalu bersalah.
Ok aku cerita satu persatu ek.
Ym dimulakan dengan sesi catch up life masing2. Macam biasa, Tanya cos ape, dekat mana sekarang.
Dia cakap dia sekarang di uitm shah alam
Aku pun cakap la aku pernah ke sana untuk masum. Untuk tengok kawan aku bertanding taekwon-do. Nak harap aku masuk? Lambat lagi la…
A ni cakap la, kenapa tak bagitahu, kalu tak boleh lepak sama-sama.
Aku senature aku. Pemalu. Aku memang pemalu kalau tak rapat dengan seseorang tu. Kalau dah rapay memang tanduk kat kepala ni runcing je keluar…
Aku bagilah macam-macam alas an. Cakap pergi ke sana last minute n so on.
A ni jawab balik, ala kerek gila tak nak hang out sama-sama.
Hang out sama2?
Did I mention that this girl is a hot total babe? Dia memang cun gila. In fact, masa mula2 aku jumpa dia, aku tak cakap apa-apa pun. Well, more details later…
Aku dengan pemalunya mengatakan aku takut bf dia marah. Aku memang menghormati pasangan2 couple ni. Aku tak nak jadi sesuatu di tengah.
Then the conversation move on, on how we know each other at the first place. I asked her, we did she get my number?
And here starts the story, yang aku sendiri tak percaya, dan aku harap ianya berlaku kat aku. Ianya dah berlaku rupanya tapi aku tak sedar. Serius, aku terkejut!
Aku sering mencari-cari cinta. Seringkali ragui aku ni ok ke dekat mata orang. Seringkali ragui kemampuan diri. Sehinggalah cerita dia ini membuka mata aku.A: act...
A: aku kenal ko camnie...
A: mase ko f2.. (Kuliah fizikal aku…)
A: ko duk kat depan aku..
A: time tue aku dgn kawan2 aku tgh buat lawak n gelak2..
A: then ko pusing belakang mcm nak tau... pastuh ko senyum tergelak..
A: aku nampak... then dlm hati aku..(comel pulak die nie bile senyum)
Di sini mulanya? In fact, aku tak ingat pun aku pusing belakang masa tu. Kalau siapa yang kenal aku, korang mesti tahu, itu adalah aku yang busybody! huhu
A: pastuh lame lepas tue aku dah xnampak...
A: aku igt ko dah pindah
A: bile aku realize ko dah xde...
A: aku mule ckp dkt kawan2 aku...
A: aku tny semua member2 aku..
A: tp yg kelakarnye.. aku xtau name ko..
A: so susah la nak carik...
Sebenarnya, lepas seminggu aku pindah ke kuliah hayat. So ‘kehilangan’ aku tu ke kuliah hayat la…
A: one day aku jalan nak pegi lab.. tetibe aku ternampak ko...
A: happy sakan la sbb ko still wujud kat kmns tp ko masuk hayat
A: then aku find out ko klas mane...
A: aku igt kat mane ade posibility yg bley terserempak ngan ko
Ada orang suka aku tak pindah? Huhu. Bila dia beritahu benda ni, aku dapat rasakan keseronokan tiba-tiba dalam hati aku…
A: tetibe aku dapat tau yg ko h6p2... pastuh english teacher ko same dgn aku
A: aku selalu pegang die nye notes or folder...
A: so.. one day.. die suruh aku catit name n do some stuff...
A: bile aku nak carik name budak kelas aku.. ternampak la senarai kelas ko...
A: pastuh ade jadual waktu...
A: aku salin jadual waktu ko...(sbb tue aku slalu tau ko berada kat mane)
Bila dia cerita ni, aku tak percaya, sampai macam tu sekali dia nak tahu aku kat mana. Sampai sanggup salin jadual kelas aku, supaya tahu aku dekat mana! Keseronokan kedua lahir dalam hati aku…
A: memandangkan aku byk pengaruh...
A: so byk la kawan2 aku yg tolong aktiviti aku nie...
A: dieorg sentiasa mengawasi ko...
A: ramai giler beb...
A: yeap...
A: ko pegi mane.. buat ape...
A: semua kawan aku report kat aku...
A: basically aku tau everything
Dekat sini keseronokan ketiga muncul... Aku diawasi di KMNS? Patutlah aku selalu perasan ada orang pandang-pandang.
Then, perbualan diteruskan dengan macam mana dia dapat no aku semua.
Secara generalnya, dia berusaha nak dapatkan no aku. Sambil tu dia kirim salam kat aku melalui kawan-kawan aku (taktik katanya supaya wat aku tertanya sapa A ni..)
Aku masa tu tak ambil kisah. Masa matriks adalah masa aku studi nerd gila, sebab aku baru sahaja tertekan tak dapat ke luar negara. So, masa tu aku hanya bayangkan dia ni adalah perempuan-perempuan yang biasa mesej2 sebab bosan. Dan seriously aku rasakan dia perempuan yang biasa-biasa saja, tak lah lawa mana pun.
So aku layan je la.
Then, aku dapat tahu rupanya dia dapat nombor aku dari orang yang dia tak kenal.
Actually, masa tu aku tengah berbincang dengan seorang ajk ni. Kami bertukar nombor telefon untuk memudahkan kerja.
Yang si A pulak ada kawan yang kenal ajk ni. Dia mintak kawan dia mintakkan nombor aku. So dari situ dia dapat nombor aku. Sampai macam tu sekali!
Sekali lagi keseronokan hadir dalam hati aku.
Kami mula bersms. Aku melayan. Aku kan baik, suka tak suka, aku balas sahaja. Lagipun tak rugi melayan.
Dan secara tak sengaja banyak yang kami bualkan. Dia memang telah menyerikan hari-hari aku di sana.
Akan tetapi, kerana cita2, aku terus melayan melalui sms sahaja. Aku tak nak berjumpa. Aku tak mencari siapa dia, walau dia dah bagi bermacam-macam detail pasal dia. Nama, kuliah, dan macam-macam lagi.
Sampaikan bila aku lalu di sisi dia, dia akan miss call, tapi lepas tu buat tak tahu. Aku call balik no itu, tapi dia silentkan handset. So aku tak tahu la siapa dia.
A: bile aku dah dapat tau no ko... start la aku kacau ko...
A: saje buat misscall...
A: setiap kali aku misscall... sebenarnye aku berada dekat sgt dgn ko...
A: kenkadang tue sebelah jek
A: tp aku silent phone
A: so.. bile ko call aku... aku xangkat
A: kelakar tgk ko mcm mencari2 n nak tau sape...
A: seronok sgt
A: jahat kan aku?? (mungkin sbb aku minat kat ko dlm diam)
A: setiap kali ko msg aku...
A: aku excited bangat sehh...
A: roomate aku tergelak tgk gelagat aku...
Lepas tu dia kata dia selalu jeles tengok aku jalan dengan budak perempuan kelas aku.
Kat sini, aku dapat rasakan betapa dia minat gila kat aku masa tu. Tapi aku yang buat tak layan. Sebab aku rasa tak penting masa tu.
Sampai la satu masa dia jumpa aku. Dekat koop. Masa tu sungguh aku tak sangka. Dia perkenalkan diri. Aku tergamam.
Dia cun gila siot!. Lepas itu aku tak tahu nak kata apa. Mulut aku kejang. Aku tak cakap hi pun. Aku terus blah.
Dia cakap, masa tu dia je tahu betapa malunya. Dia tegur aku tapi aku buat tak layan. Sebenarnya memang aku tak sangka, dan memang aku tergamam.
Mula dari hari tu, dia dah kurang minat kat aku.
Aku pulak mula macam orang sewel cari maklumat pasal dia. Dari kawan-kawan aku.
Aku dapat tahu, dia anak datuk, kira taraf hidup dia lagi tinggi dari aku. Dia budak fizikal, satu kuliah aku yang dulu. Ramai orang minat dia, tapi dia buat tak layan, sebab masa tu dia sibuk mesej dengan aku! Even kawan kuliah aku pun minat dia.
Masa tu aku tiba2 rasa aku tak layak untuk dia. Dia terlalu cantik dan tak setaraf dengan aku
Slowly, aku hentikan mesej-mesej semua. Namun aku masih berharap. Tapi aku tak bertindak.
Di hari terakhir, aku berikan dia sekeping kad. Buatan sendiri, last minute yang tak cantik pun. Sebagai tanda kenangan…
The point is, kalau lah…
… kalaulah aku layan dia dulu, maybe aku dah couple sekarang, maybe aku takde lah tensen je tak berawek…
… kalaulah aku tahu betapa malu dia bila aku tak layan dia bila kitorang first jumpa, maybe aku akan lebih banyak berkata-kata, at least aku akan berbual dengannya…
… kalaulah aku tak sibuk studi je, mesti aku sedar, rupanya ada mata yang memerhati tindakanku dan melaporkan kepadanya…
… kalaulah aku usaha sikit mencari siapa dirinya, mungkin aku akan kenal lebih pasal dirinya…
… kalaulah macam-macam lagilah!
Maybe dunia ini akan terisi dengan kehadirannya…
Unexpected and the lessons…
Tengok. Sesuatu yang aku tak sangka telah berlaku.
Rupanya dalam diam aku mampu juga untuk diminati oleh seseorang (walaupun kini aku meraguinya, bila aku dengar cerita dia aku kembali gembira – at least aku ni ada daya tarikan… hehe)
Aku sering bayangkan cerita filem hadir dalam hidupku, rupanya ianya telah hadir tanpa aku sedar!
Bila aku dengar betapa dia berusaha untuk mengenaliku, aku rasa bersalah pada dia. Mungkin pada masa itu aku tak mengendah sebab aku bayangkan dia biasa-biasa saja.
Lagi satu yang aku kesalkan, kenapa aku begitu? Adakah kalau dia tak cantik dan gemuk, atau tak lawa, aku tak layannya.
Perbualan ini sesuatu yang ku tak sangka.
Pertama – aku kembali yakin bahawa aku juga mampu diminati orang lain. huhuDan kerana perbualan ini, aku kini dapat dua pengajaran di atas.
Kedua – aku harus melayan semua orang seadilnya. Aku tak harus
memandang luaran.
Waa! Haruskah aku meratapi cinta yang telah berlalu?
Serius, rugi gila!~ =)
7 comments:
Ahaks!! Kamal, you got that aura.. Use it! =p
Hehe.. X tau nak komen apa, quoting :
Jap. Sebelum aku meneruskan, aku nak ingatkan sesuatu. Entri ini mungkin agak meloyakan untuk dibaca, sebab dekat sini aku nak angkat bakul setingginya. Jadi kalau tak nak loya-loya, baik berhenti baca di sini. Aku tak bertanggungjawab kalau apa-apa rasa loya wujud selepas pembacaan entri ini. Anda telah diingatkan! Sekian terma kasih.
I guess that explains everything.. Well, it's not 'meloyakan', tp lebih pd kelakar.. Cane la ko boleh lari pulak ble dia introduce diri dia.. Rugi2..
K la Kamal, sori r aku mendiamkan diri.. Lama x singgah blog ko nih.. Byk kena catch up! Update soon, k.. =)
hehe.. warning tu aku tak ikut, jadi aku bace smpai habes. uh.. angkat bakol sgt2.. huhu..anyway, this proves something.. ade aura bak kate irina.. huhu..
xya nye nak menangisi cinta yg xprnah berlaku. xya nk ingt balik. yg penting, istighfar byk2, syukur ngn muke hensem yg KITE ade.. huhu..
Ya Allah, sebagaimana kau elokkan rupaku, kau elokkanlah pula akhlakku.. Amin..
pesal la si hilman bg cmment sumenyer islamic giler.
tkut aku*
haha.
owh yerrrr.
mmg rugi.
tpi kiter kan mne nmpk ae yg admirer kite wat exceptla kalu die tuh stalker.
haha.
btw.
more and more girls are waiting for you and yet to be the chosen one:)
dont worry u'll find d right one:)
baru habis baca entri ni... hehe.. seronok pulak baca... sebab apa yang A buat tu lebih kurang sama dengan apa yang diya pernah buat dulu [masa kat matriks jugak]... mcm diya boleh rs je apa yg A rs... best sgt bila jadik stalker camtu.. dgn salin jadualnya... dgn perhati dia kat mana2... dgn selisih bahu dgn dia... dgn member2 pun bg support... dgn member2 pun tlg carik maklumat psl dia... dgn membe2 pun tlg cari no telefon dia... seriously, best bangat. cuma, bezanya... kamal at least layan dia jugaklah... klw kes diya ni, dia layan kejap je... lepas tu dia reject [dia budak alim gitu - so paham2 jelah]... terasa jugak lah... tapi, nak wat camne... dh dia yg nak mcm tu kan... takpelah, diya tak kisah pun... sbb diya jadik stalker mcm tu pun lbh kurg mcm nak hilangkan tension jugaklah... tapi, kenangan tu lah yg membuatkan diya "hidup" kat matrik... :)
btw, kamal tipu diya ye... sbnrnya wujud Dia tu kan... Dia tu A kan... huhu. diya mmg dh agak dari awal... kamal saje tak nak ngaku kan... :) takpe... diya paham... ;)
DIYA
ahaks! so diya nak kata kamal nih tak alim2 la???
huhuhu
nope... Dia tuh entirely my creation of me...
takde kaitan ngn sapa2 except me!
kan dah kata ari tuh!
aish!
first of all.. i didnt expect u wrote this in blog.. but well, reminded me of wut i did back in matriks..
honestly, jauh di lubuk hatai i, i mmg mengharap sgt u cari i, coz i really likes u at that time.. but after almost 1 year, with all my effort u still didnt found me.. i was frustated n give up.
however, i'm glad we're frens now.
p/s: i tak gelak bile bace entri ni..
FIRRA
thnks 4 reading this whole thing...
ala, masa tuh rasa nak tulis, tu yang taip panjang2...
takpe lah, dah jadi sejarah pown, u r happy now rite...
so no harm done, i just write this to remind myself of the memories...
thnks again 4 the memories n sorry 4 everything that i've done..
i'm also glad we're frens now =)
p.s - bagus la u tak gelak...
Post a Comment