0295
31 Oktober 2008
Kepala yang sarat.
Otak yang berat.
Hati inginkan ketenangan.
Jiwa dambakan kebebasan.
Serabut ini mesti dihapuskan!
Bersiap.
Keluar.
Melarikan diri dari keserabutan.
Mengasingkan diri dari rasa kecamuk itu.
Sekali lagi, hanya aku dan Lisa.
Tanpa arah tujuan.
Hanya membiarkan koordinasi tangan yang memegang stereng.
Kaki yang menekan pedal.
Dan otak yang membuat keputusan.
Persimpangan demi persimpangan.
Membelok mengikut rasa.
Terhenti sebentar bila keliru memilih persimpangan.
Destinasi yang dituju masih lagi samar.
Entah kenapa, hati tergerak ke situ.
Walaupun dulu hati ini menafikan aku untuk ke situ.
Malam ini ia berbeza.
Ia mahu ke situ.
Lantas, aku ke sana.
Tiba.
Mencari parkir.
Keluar.
Angin berhembus menyambutku.
Melangkah.
Mencari tempat berlabuh.
Duduk.
Mendiamkan diri.
Memejamkan mata.
Merasai.
Angin damai berhembus.
Menyapa muka.
Tiada bunyi.
Hanya tenang.
Membuka mata.
Melepaskan nafas berat.
Memerhati ke atas.
Sayang, malam ini tak berbintang.
Damai dirasa.
Ingin lama di situ.
Ingin duduk berteleku.
Ingin menghabiskan masa seadanya.
Tapi aku harus pulang.
Kembali menghadapi semua itu.
Tapi aku pasti aku akan kembali.
Kerana aku damai di sini.
Aku sudah menemukan
Taman mimpi, taman langitku.
Yang ada -
DI BUMI.
Salam Ramadhan
8 years ago
3 comments:
jiwa kacau lah tu:-P
skali lagik sungguh puitis..
*atau dlm ertikata lain LAYAN PERASAAN!* KIHKIHKIH
lariiiiiiiiiiiii
AZIE
yer... memang!
WIWEEN
sibok je!
larii la..
takde nak kejar!!!
=p
Post a Comment