40 Points

0347
19 Januari 2009
40 Points

Aku tau, kowang rindukan aku
Aku tau, kowang mencari2 aku
Aku tau, kowang datang2 ke YT, hampa sebab takde update

Sori guys!
Tanggungjawab membelenggu
Masa memblog makin kurang
Masa mau ke blog2 kowang pon tiada
Mana aku sempat jenguk tuh, nasib la
Mana tak sempat komen tuh, ampun maaf dipinta!
Aku amat lah busy

Mula2 tadi aku ingat nak update pendek je
Tapi memandangkan aku kat lab, internet laju
Dan aku pulak bawak kabel hanset aku
Thus, aku rasa aku boleh la update secara sepenuhnya
Huhu

40 Points:

1. Ya, aku kat lab. Dah seminggu, lab ini menjadi tempat permainan aku. Silap takde jongkang jongket dan gelungsur je. Memang tiap hari ke sini

2. Semua kerana PSM!

3. Disebabkan presentation Plant Design akan diadakan selepas naik cuti raya Cina ni, ramai berusaha keras untuk menghabiskan PSM masing2

4. Sampai bergaduh2, berebut alat, sorok2 radas, dengki mendengki, dan sewaktu dengannya, semuanya kerana masing2 takut dengan tanggungjawab masing2

5. Kalo tak abes tak leh grad wooo. Tak sanggup aku menghabiskan masa studi lagi. Baek aku buat elok2, pastu grad, keje. Pastu kawen!. Haha

6. Dan bila masing2 tertekan dengan tugasan masing2, lab makin penuh la

7. Dan aku tensen, alat aku je, 5 orang guna. Thus, nak buatkan jadual penggunaan alat tuh memanglah susah, sebab masing2 nak cepat siap!

8. Basically, PSM aku pasal soymilk

9. Dalam soymilk ni ada trypsin inhibitor, satu antinutritional yang tak diperlukan dalam makanan, tapi diperlukan dalam industri perubatan

10. Masa penghasilan soymilk dengan menggunakan heat, menatang ni diunactivatekan. But this unactivate process is reversible, so benda ni boleh aktif balik

11. So kita kene remove la ini benda

12. Untuk removekan, aku kene filter (tapis) guna membrane

13. Membrane ni kiranya macam tapis biasa mak kita pakai nak perah santan tuh la

14. Kan ada lubang2 kan. Itulah pore size bagi membrane

15. Membrane yang aku guna amat kecil saiznya - 50 kDa (kilodalton). Meaning, menda2 yang boleh lalu adalah amat limited

16. Dijadikan cerita, menatang yang kita nak remove tadi tuh saiz dia kecil dari 50 kDa, sekitar 8-10 kDa je

17. Protein dalam soymilk lak lagi besar dari 50 kDa

18. Thus, lepas process ni, aku leh buang trypsin inhibitor tadi, dan recover purified soymilk yang bebas antinutritional itu

19. Aim aku, aku kene cari transmembrane pressure (TMP) yang optimum dalam process ni. Ni kira macam berapa besar daya yang kita gunakan untuk squeeze santan dari kelapa la. Aku kene cari berapa daya yang optimum

20. Untuk menambahkan entri ini lagi, marilah aku bercerita

21. Sebelum masuk ke dalam alat filtration tuh, susu soya yang aku beli dari kotak tuh perlu dipretreatmentkan

22. Sebab soya banyak suspended solid, thus aku kene centrifuge kan soya tuh untuk remove particle2 yang besar. Ini untuk mengelakkan membrane aku tersumbat dengan particle2 tuh

23. Centrifuge ni actually macam mesin basuh kat umah tuh. Kan masa dia spin nak remove air, dia spin laju2 kan. Bila pusing, air akan tercampak keluar dari baju kan

24. Gitulah particle tuh akan dimendakkan di hujung botol centrifuge aku. Thus, nanti aku boleh la asingkan air dan particle2 itu

25. Nak menambahkan emosi yang tak stabil bagi aku, ada la pulak orang merosakkan centrifuge (mesin basuh) yang besar! So, nak tak nak, aku terpaksalah gunakan centrifuge yang kecik

26. Sekali aku kene run kan 2 liter (2000 mL) air soya

27. Aku gunakan 2 jenis air soya – yang dalam kotak, dan yang tradisional

28. Aku kene runkan dekat 5 TMP, setiap satu TMP 2 kali (duplicate)

29. Thus, total up, aku kene runkan 40 liter air soya kepada alat filtration itu!

30. Yang centrifuge kecik itu hanya boleh beroperasi dengan kapasiti maksima 240 mL untuk 30 minute, 8000 rpm (rotation per minute) dan 20 darjah celcius

31. So berapa kali dan berapa lama aku kene centrifuge kan untuk 40 L air soya???

40000 / 240 = 166.666667
166.66667 x 30 min = 5000 min = 83.33335 jam!!!
Argh!!!

32. Kalo la mamat tuh tak rosakkan centrifuge, aku hanya gunakan 10 jam sahaja!
Kembalikan 73 ++ jam aku!!!

33. Diingatkan, ini hanya sample preparation, belum masuk alat lagi.

34. Dan diingatkan juga, ada jugak orang lain nak gunakan alat2 itu!

35. Tensen aku. Aku hanya hadapi dengan tabah je ni.

36. Entri ini terlalu ilmiah dan emosional? Layankan aja!

37. Tadi aku dah buat entri ini dalam perenggan, tapi macam tak best, thus buat dalam point form

38. Tolong doakan aku dapat hadapi semua ini dengan cekal, redha, dan tabah

39. Semalam best giler weh Faizal Tahir dengan Sampai Syurganya! Eh, itu laen entri! (kalau ada)

40. Ok, dah cukup dah 40 points!



p.s - mula tadi ingat nak upload gambar, tapi macam malas pulak! lenkali lah kalo ada ek! huhu



:::YTBACK!!!:::

14 comments:

Mr Final said...

Aku tau.. kini ko sentiasa PMS... huhu

wuhuu.. berdoa jek laa yg aku mampu supaya hati ini senang dan hati kawn2 len pon sng...

Azie.Fauzi said...

saya suka air soya...menum panas2 sedap ooo...hehe

ChesterChaz said...

xkire.. aku grad nnt ko kene bg bunge ngn coklat.. mandatory nih.. hahaha

azmi said...

pergh...poning den...aponih treatment,membrane nih...kasik poning palo...satu jer kene ingat...dean list tuh da petik jari tangn...shell tuh petik jari kaki jer...apatah lagi PSM tuh...ko paham x?...xpaham aku pun xpaham...ekeke...

lilRed Farah said...

aku pon tgh juggling weyh....
sendat!!!!
semoga berjaya la hendaknye yeh...
good luck bebeh

Zamil Afiq said...

complicated?

Liza said...

walaupun akak tak paham(except for the faizal tahir part), tapi entry nie sudah cukup membuktikan what you learnt is stuck in your head. Mcm baca summary of note kuliah pun ada gak

~ mizzAmy ~ said...

~ huhuhu... siap point kan sampai 40. any how, jangan tension2 okeyh? wat keje satu persatu. good luck!! ~

khairnaj said...

pakcik, sangat teknikal ler entri kali ni. pening kepala baca... dah ler tak tido semalam sebab siapkan assignment. tapi tahniah ek sy ucapkan cuz dapat Dean Award... clap clap clap....

theorangelily said...

selamat menghadapi. aku dah lepas
hahahah

zura lias said...

haa??belajar??apakah??project nak dapat markah??menatang ape tu...tp faizal tahir mmg rock..hakhakhak.. *ini komen eksen dan berlagak dari orang yang dah lama abih belajor..muahahhahahahahha*

ahmadkamal said...

MR FINAL
eleh.. ko pown pa kurangnya
pms gak!

MUMMYMIRA
saya pon suke.. bila buat exp, rasa nak minum je! =p

KAMAL
aduh! kasihanilah kamal yang masih studi dan berjimat cermat ni!

AZMi
haha
ko pon leh peningkan aku ngn mende2 kom n network sume
yela2... aku paham maksud ko..
thank you though.... =)

LILRED
ko tulih juggling, aku bayangkan ko jadi clown pulak! haha
gud luck to u too!!!

APIK
hell yeah, its complicated!!! =p

KAK LIZA
haha
tu la slalu larikan diri dari tulih mende2 gini
blogging satu escapism dari segala fakta yang menyeliratkan kepala otak!
huhu

MIZZAMy
masa baca komen mizzamy ni through gprs, memang beta tgh bengang...
ur comment make me smile!
thnks!

KHAIRNAJ
haha
lek la
teknikal2 sket pown tak bleh...
thnks for the wish!

ORANGELILY
thnks!!!
*walau ada sdikit nada berlagak di akhir komen itu!*
huhu

KAK ZURA
hahaha
bukankah itu komen in-denial orang yang tua kutuk tak sedar diri, pipi kembung selamanya!???
muahahahah!!!!
faizal mmg rowk kan..!

Diana-k said...

weh dak PMS! muahaahaa....

selamat laaa eh ko berumah bertangga kat lam lab tuh!

ahmadkamal said...

DIANA K
itu sajalah dayaku..
berumah tangga kat lab...
sapa mau aku ini??/
moh isi borang!!!
hahah