Saya Anak Malaysia!!!

0097 – 27 May 2007

Saya Anak Malaysia!

Pre-entry

Bilakah kali terakhir aku terharu hampir menangis, dan aku rasa bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia?

Saat itu sudah lebih setahun berlalu. Aku rasakan perasaan itu adalah di kala aku menyaksikan sendiri VCD ”Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall” di bulan puasa satu tahun yang dahulu.

Aku yang mengenali Siti secara rapat, kerana dia hadir di dalam hidupku setiap hari melalui lagunya merasakan amat bangga dan terharu bila melihat usahanya membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Biarpun dihambat kontroversi, berapa ramai sangat rakyat asing melihat persembahannya di London ketika itu, aku tak dapat nafikan perasaan terharu, bangga, keterujaan, dan perasaan wow yang hadir dalam diri aku ketika itu.

Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall

Sebelum penerbangannya ke London, media menyiarkan persiapannya, dengan sesi latihannya yang ketat, sesi fitting baju yang menampakkan ketungkus lumusan setiap designer yang terlibat, sesi penyusunan muzik, sesi promosi, sesi mencari tajaan bagi event tersebut, sehinggakan pada tarikh 1 April 2005 ketika itu, aku merasa sedikit kesal aku tidak berada di London.

Esoknya aku menatap akhbar. Kosmo. ”Siti memukau” itu captionnya. Hatiku bertanya ”sepukau mana?”

Jawapanku hanya terjawab enam bulan kemudian, ketika aku mendapatkan VCD itu. Memang aku nantikan, dan aku rasa mungkin aku juga antara yang terawal untuk mendapatkannya. Setiap hari aku ke kedai untuk bertanyakannya.

Melihatkan konsert tersebut berlangsung dari laptopku, dengan volume yang terkuat boleh aku attachkan ke earphoneku, aku menyusuri bersama Siti dalam setiap lengkok lagunya. Aku mencari-cari juga ruang di mana di cuba berbahasa Inggeris, juga meneliti berapa ramai rakyat asing yang hadir.

Aku yang mengenali setiap lagunya, terkejut dengan susunan muzik yang lain dari yang lain dan akhirnya menampakkan eksklusifnya konsertnya di sana. Aku yang mengetahui susunan muzik dan vokal di dalam albumnya bagaimana, dapat merasakan kelaianan, dan usaha yang dibuat oleh mereka yang terlibat.

10 tahun yang manis

Dan di kala Siti mengucapkan ”10 years ago, saya record album pertama saya, Jerat Percintaan. Tonight, on 1st of April, bukan April Fool, I’m celebrating my 10 years anniversary, with all of you”, aku hanya diam.

Satu perasaan hadir bila bait pertama lagu Jerat Percintaan dinyanyikannya malam itu. Rasa sebak. Rasa melihat bagaimana lagu itu merupakan permulaannya di bidang seni, lagu itu merupakan titik mula untuk kejayaannya pada masa itu. Lagu itu merupakan perkenalan aku dengannya, dan juga lagu itu jualah yang memperkenalkannya kepada Malaysia.

Aku tak dapat gambarkan perasaannya ketika itu. 10 tahun dulu ketika lagu itu dinyanyikan, dia tak punya apa-apa. Ketika itu, 10 tahun kemudiannya, dia ada segalanya. Award yang bertimbun, pencapaian demi pencapaian dan sanjungan dari masyarakat.

Terharu

Aku terharu. Hampir menangis. Di situ, aku jadikan usahanya sebagai pendorong aku. Kalau Siti boleh buat, kenapa tidak aku, bisik hatiku. Dan aku secara tak langsung menjadi lebih rajin sejak dari hati itu.

Dia mengajarku semuanya bukan mustahil untuk dilakukan. Dan dalam dia melakukannya dia tidak lupakan asal usulnya. Malaysia.

Dia membawa bersama tarian Malaysia ke mata dunia, lagu Malaysia, busana Malaysia. Hatiku tak semena-mena menyatakan aku bangga menjadi anak Malaysia yang melihat kejayaan seorang lagi anak Malaysia memasyurkan Malaysia!

Iklan

Aku tahu anda loya loya membaca mengenai kisah Siti di sini.

Peduli hapa aku. Itu aku rasa dan ini blog aku. Kalau tak suka, jangan baca!

KLCC – Kuala Lumpur City Centre

Itu kisah dulu. Setahun dulu.

Hari ini berbeza. Hasrat sebelumnya, ingin menghabiskan masa menonton movie. Pergi ke bilik rakan untuk copy kan macam-macam movie. Segala yang dia ada untuk dimasukkan ke dalam external hard disk ku. Aku mengexplore semua yang dia ada.

Tibalah di satu file ”National Geographic - KLCC In The Making”. Aku tertarik untuk mengambilnya. Ingin juga aku ketahui apa yang terjadi di kala KLCC dalam pembinaannya.

Balik ke bilik. Membuka laptop, membuka file tersebut. Bermulalah satu lagi perjalanan di mana akhirnya aku merasa teramat bangga menjadi anak Malaysia.

KLCC – Kuala Lumpur City Centre nama diberi. Deskripsi yang diberikan National Geographic yang asalnya dari Amerika mengenai Malaysia pada awalnya sedikit memanaskan hatiku.

Permulaannya dinyatakan perlumbaan demi perlumbaan yang dilakukan oleh masyarakat dunia untuk membina pencakar langit. Semuanya bersaing untuk memnunjukkan kepada dunia satu simbol kestabilan politik, kekuatan pemerintah, dan kemajuan yang dicapai oleh setiap bangsa.

Mulanya hanya bangsa Eropah yang mendahului. Tibalah deskripsi mengenai Malaysia. Dinyatakan betapa sebuah negara underdog yang ingin mengatasi negara-negara lain dengan membina KLCC. Aku panas hati bila digambarkan yang Malaysia terlalu berkhayal tinggi untuk mencapai segalanya.

KLCC yang ku abaikan...

KLCC yang kita kenali. Aku kenalinya dengan nama pusat hiburan. Sementelah aku SPM dulu, itulah pusat yang aku sering kunjungi, kerana aku mengambil kursus bahasa inggeris di British Council berdekatan dengan KLCC.

Aku tak kisah bagaimana ianya di bina. Aku tak kisah selamat kah bangunan ini. Aku tak kisah semuanya, kerana aku tak tahu. Aku tak kisah orang asing menganggap KLCC satu bangunan yang unik.

Kalau aku disuruh menulis karangan mengenai keunikan Malaysia, aku pasti akan bercerita mengenai KLCC. Itu dan ini. Tapi aku itu hanya sekadar pelengkap tulisan. Bagai satu skrip, jika anda ingin menulis mengenai Malaysia, anda harus includekan KLCC sebagai salah satu tajuk, jika tak anda tak lulus.

Itu hanya sekadar skrip yang aku tak ketahui maksudnya. Aku sedikit tertawa bila melihat betapa pelancong asing bersusah payah mengangkap gambar KLCC. Bagi aku apalah sangat.

Aku mengabaikan KLCC. I took KLCC for granted. Aku tak menghiraukannya. Bagi aku KLCC itu memang ada di situ. Mereka telah membinanya, apa aku nak kisah.

Melihatkan file ini aku terkesima. Perasaan yang sama bila melihat Siti setahun dulu datang kembali.

Tak ku sangka di sebalik rupa KLCC yang sedemikian rupa, permulaannya cukup getir. Hasil usaha ramai pihak telah melekatakkan KLCC di bumi Malaysia yang menyebabkan kini kita dikenali seantero dunia.

Dilema PM

Idea pencakar langit memang didorong rasa egois. Semua ingin menjadi yang nombor satu. Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamed pun sedikit ego dalam perkara ini. Tapi aku melihat egonya bertempat. Dia meletakkan ego itu untuk mempromosikan Malaysia untuk menjadikan dunia memandang Malaysia.

Tiba-tiba aku rasa teramat bangga mendapat perdana menteri berpandangan jauh sepertinya. Sedangkan selama ini di bawahnya, aku tak habis-habis juga mengutuk tindakannya. Rasa tak pernah puas. Bawah Pak Lah ni pun sama kan.

Dilema Perdana Menteri. Kasihan aku ada mereka. Tapi walau apapun aku salute mereka menjalankan negara ini. Kudos to them!

Faktor penghalang pembinaan KLCC – pelan, masa, asas, bahan, pergerakan, keselamatan, dan macam macam lagi diambil kira. Aku membandingkan dengan aku. Mungkin aku tak terfikirkan kesemuanya.

  • Pelan

Berbalik kepada KLCC. Tahu tak untuk membina pelan lakaran KLCC yang sekarang ini mengambil masa hampir setahun? Sedikit terkilan jugak bila melihat banyak yang terlibat adalah pakar luar. Tapi untuk permulaan rasanya tak salah kan.

Rekaan yang pertama dikatakan tidak bercirikan Malaysia. Dihantar ditolak dihantar ditolak. Sehinggalah 8 bulan. Akhirnya PM sendiri yang membina lakaran kasarnya, dan ditambah oleh perekanya dan jadilah rekaannya seperti sekarang.

  • Masa

Masa adalah emas kata orang. KLCC hanya dibenarkan dibina dalam masa 6 tahun. Jika tidak Malaysia akan mengalami kerugian yang besar. Namun masa untuk bangunan sebegini patutnya 8 tahun.

Solutionnya – projek ini diberikan kepada 2. menara 1 dan 2. kepada 2 pengurus. Mereka berlumba untuk menyiapkannya. Hanya dengan persaingan, masa akan dapat ditepati. Nature lah kan, perasaan cemburu akan membuat manusia membuat sesuatu yang tak diduga.

Persaingan yang sengit menjadikan masa mencemburui mereka. Mereka bergerak tanpa henti 24 jam 7 hari seminggu. Satu tekanan yang hebat.

  • Asas

Faktor kedua, asas. Asas KLCC pada asalnya tidak kukuh. Ia dirancang dibina di atas satu kawasan batu kapur yang rapuh. Salah satu menara juga asalnya dibina di cerun batu kapur yang boleh membawa ketidakstabilan atas kedua-dua menara.

Solutionnya – pelan dialihkan 60 meter ke kawasan lembut. Dirancangkan untuk membina asas yang baru, yang secara tak langsung menambahkan masa untuk membina KLCC.

  • Bahan

Bahan pula menjadi isu apabila Malaysia kekurangan industri keluli untuk menampung projek ini. Yang Malaysia ada adalah konkrit. Satu eksperimen dibuat untuk mengkaji kekuatan konkrit ini. Pelbagai jenis campuran dibuat untuk menampung beban menara ini. Akhirnya mereka berjaya memperoleh campuran yang sesuai.

Masalah timbul bila semakan dari semasa ke semasa dibuat, terdapat satu tingkat dibuat dengan campuran yang salah. Tingkat itu terpaksa dirobohkan. Satu perobohan sebelum menara itu selamat dibina!

  • Pergerakan

Faktor pergerakan pula menjadi isu. Digambarkan rakyat Malaysia tidak suka untuk bergerak sepantas rakyat Amerika. Jadi lif berkuasa laju tidak sesuai digunakan. Jika hendak mewujudkan lif yang banyak pula memakan ruang.

Solutionnya – lif dual digunakan. Maksudnya 2 lif akan bergerak serentak di antara satu sama lain. Itu yang menyebabkan jika anda ingin naik ke tingkat genap anda kena ke bahagian lain, jika anda ingin ke tingkat ganjil anda ingin kebahagian lain.

  • Keselamatan

Keselamatan. Jika berlaku kebakaran apa akan terjadi kepada KLCC? Adakah ia akan memerangkap dan membunuh ribuan orang di dalamnya?

Solutionnya – satu jambatan dibina di tengah-tengahnya. Supaya jika satu menara menghadapi masalah satu lagi boleh membantu.

  • Cuaca

Cuaca pula memberi tekanan. Di kala mereka menaikkan jambatan itu dari tanah, kilat sabung menyabung menyebabkan elektrik terputus dan sistem hidraulik tak boleh berfungsi. Selama beberapa jam, jambatan itu tergantung di tengah-tengah dua menara.

Terpegun

Pelbagai masalah mereka hadapi. Dan mereka perlu membuat keputusan dengan cepat dan bijak. Kiranya di kala saat itu berlaku, apa penyelesaiannya.

Aku sedikit terpegun melihatkan bebanan masalah yang mereka hadapi dalam pembinaannya. Aku kagum dengan cara mereka bergerak dalam sela masa yang tetap, dengan pelbagai masalah yang menganggu gugat kelancaran proses mereka.

Hinggakan di saat menara itu ditunjukkan siap, aku menjerit kecil. Aku rasakan bagaikan aku yang berjaya menghadapi semua masalah itu.

Di saat aku menyaksikannya, aku rasakan selama ini aku memandang KLCC sebagai satu binaan yang kukuh, sedangkan sebenarnya peluang untuk bangunan ini runtuh dalam sekelip mata adalah mudah.

Despite all that, mereka berjaya mengatasinya. Aku kini lebih menghargai KLCC. Tapi tak de lah lepas ni aku pergi KLCC siap peluk cium bagai.

Aku bangga dapat melihat satu lagi usaha mega dalam negara yang kini terkenal di seluruh dunia. Selama ini aku tak menyedarinya, kini aku amt menghargai.

Reality-in-action

Realitinya, file ini menggambarkan bagaimana kemungkinan yang akan berlaku kepada aku di dalam projek Expoconvo’07 aku tu. Menjadi ketua, aku perlu prepare dari segi mental mengenai segala masalah yang mendatang.

Mungkin aku boleh jadikan kejayaan Siti dan KLCC sebagai pendorong.

Post-entry

Kepada yang letih membaca dan hairan kenapalah aku teruja sangat ketika ini, anda perlu lihat sendiri file ini. Baru anda rasa bagaimana.

Jika anda tiada rasa, baik tak yah jadi rakyat Malaysia lah.

Aku bangga dengan negaraku yang unik ini. Muka buminya, budaya, dan segalan-galanya.

Marilah sama-sama meraikan kemerdekaan bumi bertuah ini yang ke 50.

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia!

p/s – aku bukanlah patriotik sangat, tapi ini adalah hasil file ini. Seperti aku cakapkan tadi, anda perlu melihatnya sendiri dan rasa sendiri.

Dan aku tahu mungkin entri ini akan dikutuk, sebab tak cool kan semangat patriotik ni. Lantaklah anda. Adakalanya kita perlu jadi tak cool untuk menghargai sesuatu.


:::YTBACK!!!:::

6 comments:

papik said...

kamal...kamal...
ko tlah mngigatkan aku betape bersyukurnya aku hidup kat malaysia yg insyaAllah aman damai sejak aku lahir lagi.
pastukan.....
nape siti nurhaliza?
haha.x]]
tape die kan ikon ko..role model ko...

neways..

selamat setadi rajen2 yer?

ADam Dryx said...

Hlo kamal,..

Dengan menulis sebegini, it shows that you are growing up and getting matured...

So proud of you,...

Cuba cari documentary pasal KLIA, Sepang Circuit dan Commonwealth Games 1998. Samada daripada NGC atau Discovery...
These documentary will make you miss Yang Berbahagia Tun even more...

Cari yer... ADam sure you will be more proud to be Malaysian after that.

Lastly, cuba cari info pasal Dato Michelle Yeoh... She is truly Malaysian yang patriotik in her own way....

:)

teddybearhijo (^^)" said...

pak cik! salam...
hum...
shayer udeh bace...
tp tatau mo komen lagik...
manyak da tetinggal...
huu, bace skali memayak, da tatau mo kata apa...

hum...
papepon...
take care deh...
jgn mikir ngat...
no use...
if dapat, luah kan kat 'sumting'
cari sesapo ka, tulih kat blog, save la as draft ka...
papeja lah...
huhuu...
simpan kat pale pon, wat kanser lak pikir lelama... [me slalu begitu!~ adeh...]

insyaallah, later i'll try komen balek...
papepon, nice post!
*hey, tol2 ske gilak post yg nih... ct n mangunan... yay!*

Hilman Nordin said...

bila bace 1st2 post nih.. aku ckap.. siti lagik? bila ko tulis yg ni blog ko, aku terase sgt2.. hehehe.. tp wut the hell, ko tulis ada sebab. bikan nnye ko nak meluah rasa cinta atau rindu yg x kesampaian ke pe..

ko wat theme patriotik n nak tonjolkn pe yg siti wat. anf that change my mind when reading this post. tp kan, klu ko wat cte sal siti berusaha ke albert hall dan rintangan die, sedetail ko wat cte sal klcc, aku rase mesti lg besh..

and hey, this is so cool. aku pun da tpengaruh nak wat next post theme patriotik sket. huhu...

Irina said...

Salam..

Hm.. Sbenarnya byk benda yg kte take for granted, sedangkan untuk jadikan benda tu berdiri mcm arini bkannya senang.. Tp tu la bgusnya rencana2 @ dokumentari camni, slain membuka minda kte pd benda yg kte x 'nampak' sblm ni, dia jga mematangkan & menambah pengetahuan kte..

Good for u, kamal.. Hehe..

=)

Joey said...

alamak....ni post kemerdekaan ke apa.......hehehehe.......

blum baca dengan emosi yang sepenuhnya..wakaka....bz sesangat...kononnyalaaaa