Mimpi???

0306
12 November 2008

Mimpi.
Semua orang pernah bermimpi kan.

Argh, what a lame starter for an entry!
Mmm, no any other idea, layan kan aja!

Aku kerap kali bermimpi
Dan aku kerap kali diganggu mimpi tersebut

Menjadi student, menyebabkan jadual tidur aku tak menentu
And I end up, sleeping at any hours that I can, maybe some weird hour like 4 am, or any hour that is not encourage to sleep like lepas asar.

Who cares?

I need that sleep.

Dan tidur2 dalam waktu2 yang pelik begitu, kerap kali disertai dengan mimpi pelik.

Satu perkara yang buat aku tertarik dengan mimpi adalah, bila kita dalam mimpi, perasaan kita yang selalu kita simpan kat dalam, selalunya terluah secara tak langsung dalam mimpi.

Orang kata, mimpi mainan tidur kan.
Ada pulak kata, roh kita berjalan sewaktu bermimpi.

Maaf, aku menaip ini tanpa ada apa-apa kajian mengenai mimpi, samada menerusi saintifik ataupun agama.
Aku hanya menaip apa yang aku rasa.

Like I said, my emotions extremely expressed when I am dreaming.

Kadang-kadang, dalam dunia realiti, aku cuba elakkan tunjuk dekat orang yang aku takutkan something, but dalam mimpi, itu yang nyata aku tunjukkan sampai meraung-rauang.

Di alam nyata, aku selalunya kalau tak suka kat seseirang itu, aku hanya simpan dalam hati. But dalam mimpi, aku siap menjerit memarahi orang itu sebab menyakiti hati aku.

Dalam alam nyata, aku selalunya cover dalam setiap tingkah laku, tak nak orang tahu apa yang aku rasa. Tapi di alam mimpi, aku berterus terang kepada orang itu, dan dalam mimpi itu nampaknya hasilnya indah.

Mind you, people. Tuh bukan wet dream ok! =p

But, the point is, aku rasa, kat alam mimpi aku adalah aku, tanpa ada cover atau selindungan.
Biarkan aku terus hidup di alam mimpi mungkin, supaya aku menjadi aku?
You wish!

Banyak kali aku bermimpi.
Mimpi yang aneh dan pelik.
Aku pernah je mimpi pelik.
Dan juga menakutkan.

Oh, aku tak selalu mimpi hantu ok.

Yang aku ingat, dulu masa kecil, aku pernah mimpi bapa ultraman’ datang menjenguk dekat pintu bilik aku.
Ala, bapak dia yang ada tanduk n bersayap tuh!

Paginya aku bertanya bapak aku tentang perkara itu.
Terus seluruh rumah tu dipasangi ayat-ayat al quran.
(rumah tuh masih baru waktu tu, dan bekas hutan simpan, I was 3 I think)

Kecil2 dulu juga aku pernah bermimpi aku dihempap kayu balak.
Dan bukan setakat dihempap, aku dilumat2kan pula
Aku bangun dengan keadaan berdebar2
Aku ingat mimpi ini kerana ia bukannya sekali, ia berkali-kali.

Lepas SPM, bila aku sibuk menghabiskan masa dirumah, aku pernah bermimpi yang aku mati.
Aku siap dikapankan, ditalkinkan.
Dan aku dapat merasakan perasaannya bila aku melihat tubuh aku kaku dari awangan, seolah2 aku boleh terbang di sisi tubuh aku.
Fuh! Menakutkan.

Baru-baru ini tidurku dihinggapi mimpi lagi.
Dan kali ini ianya pelik.

Aku mimpi aku… argh aku lupa detailsnya
Yang pasti last skali, aku nampak ular

Mimpi yang lain pula… juga aku lupa detailsnya
Tapi aku bermimpi gigi aku dicabut satu persatu oleh doctor gigi
N I swear that I can feel the pain of it!

Bila bangun dari mimpi pelik begitu, memang dada akan berdebar
Bila dah ok sikit, mula mencari maksud.

Baru2 ini aku google jugak dekat internet.
Mmm, macam tak kena je.
Dan ada juga yang beri tafsiran yang buruk
Harapnya takde pape la yer.

Aku pon tak tahu kenapa aku sibuk2 menaip entri mimpi ni kat sini
Sampai aku pon tak tahu macam mana nak end kan entri ini

Yang pasti, kalau mimpi pasal aku open diri aku pada orang, aku dapat rasa dalam mimpi itu aku menjadi sejujur2nya.
Mungkin mimpi mampu menunjukkan diri kita yang sebenarnya?

Bolehkah alam mimpi dan alam realiti bersatu, supaya aku takdelah jadi teragak2 di alam realiti?

Kalau aku nak marah, aku marah je.
Kalau aku nak takut, aku takut je.
Kalau aku nak nangis, aku nangis je.
Kalau aku nak ketawa, aku ketawa je.

Now, I really dunno how to end this entry!
Grrr!


:::YTBACK!!!:::

11 comments:

Precious S. said...

i tink we r on d same boat.
we owez wonder what our dreams are all about.
bt for me, to know d fact dat my dreams have meanings and it maybe reveal d other side of me, or myb my weaknesses or anything weird bout me, it is really scary!
frightening!
yet i still want to know bout it.

p.s myb i shud blog bout my dreams too. n asks d fellow bloggers their opinion, kan?
:-D

Princess Liyana said...

hmm..wah!dasyatnyer tuanku..brmimpi mcm2..hihi..tak boleh blah bab hantu n bapa ultraman tu..

huhu..smlm princess mimpi lmbt g exam..penah jgak mimpi lecturer plg scary kt fac ni..pe cer?terbawa2 dlm mimpi ooo;p

Alin said...

oh nak tau tak, aku ni kan sangat susah tau nak bermimpi. so bila sekali-sekali aku mimpi, memang aku rasa macam real je.

macam recently, aku mimpi gigi aku patah satu persatu. sampai habis. berdarah-darah semua. huhu.

tapi bila aku google, itu memang salah satu common dream yang orang lain mimpikan juga. gigi kan sesuatu yang kita jaga, untuk nampak cantik. bila kita mimpi tu, kita macam takut kita akan hilang kecantikan diri, hilang confident. haha. agaknya aku mimpi tu dekat-dekat nak presentation kot ;p

ha ambik kau aku buat macam entri sendiri haha

khairnaj said...

pakcik pernah mimpi jumpa power rangers tak??? he3... orang tua kata kalau mimpi bab2 ular maksudnya akan berkahwin dalam masa terdekat. pakcik dah nak kawin ker????

mimpi sebenar minda bawah sedar kita. kdg2 kita terlallu memikirkan satu perkara sebab tu sampai termimpi-mimpi.

Diana said...

salam salam
ngeee>.<
i ady add ur link to my bloggies
aaa ckp psl mimpi~
mimpi yg paling xsuke is kene kejar antu bace ayat qursi xpnh lepas2 pon..
my atuk said hati sy blom kuat nak tempuh kehidupan lg..
still i nid nasihat and bantuan
pimpinan lg ^^

zura lias said...

mimpi??nie tidor x basuh kaki le nie...hahahahhahahahaha...kalo pompuan mimpi kene belit ular..tandanya nak kene pinang..kalo laki nampak ular..tandanya tgk berpikir..nak kawen ke tak dgn pompuan tu..huhhuhuh..

Pernah tak mimpi akak jadi cinderella?kalo pernah..akak kasik milo ais satu..ahhahaa..mimpikan ala2 mcm jujur..hikss..

mazudi said...

salam,
anak aku cakap dia selalu termimpi pigi bilik air dan buang air.

Dan aku tak suka bila setiap kali dia mimpi cenggitu, setiap kali tu jugak tilam dia basah.

Hilman Nordin said...

sanggup ko tanya pak cik google pasal mimpi ko?

hurm... mimpi aku pun ada yg pelik2 jugak. aku mimpi kereta ada number plate (bukan, letter plate) YUME.TRY.

hahahaa! ni aku da cite dlm 360 dulu.

tp kan.. aku sangat bengang, bila aku bangun and nak ingat balik mimpi yg aku dah mimpi... dia hilang dari ingatan. cis!

kalau tak, aku jadi stephanie meyer wat novel dari mimpi! heheh

p/s : pe kes cinta plak nih???

IamYonna said...

err.aku mcm blurr pulak nak komen apa dalam entry ni ngee~

aku tak pernah ambil berat isi2 mimpi.err sebab aku selalu mimpi yang mmg tak ada logika la.

but aku mmg la byk kali mimpi mereka,mereka dan mereka.and bila aku bgn,hati ni mcm err dikuasai 1 perasaan la.kalau mimpi tu sedih,aku akan sedih gila,kalau happy,happy la aku bila bgn tido.

tapi,aku rasa betul ko ckp,bila dalam mimpi kita jadi diri kita yang sebenar sebab aku penah mimpi mcm tu.realiti aku tak tunjuk kat org aku mcm tu,tp bila bgn,huh.. serius rasa ralat gila.

and the sad part,aku tak boleh rindukan someone terlalu,nanti jumpa dlm mimpi(always),lepas tu mula la aku bgn teriak!!
bodoh btol!!

tp ngeri bila mimpi bab2 kematian.
tp x insaf!!! huh
err aku ckp kat aku la

Liza said...

Kelas ko dik, dapat mimpi jumper bapak otomen, special tu!!!!

ahmadkamal said...

SHARINARA
1st of all, thnx 4 visiting YT!
yeah.. i think this happened to all people...
n u shud write it too... so i can comment n compare...

PRINCESS
ehem! penah mimpikan beta tak???
=p

JAZLIN
takpe2... aku tau ko nak pomot diri kokat sini..
buat je la enttrikokat sini, aku benarkan! =p
tu la, mcm2 tafsirannya

KHAIRNAJ
power rangers tak lagi la kowt..
nak kawen ngn sapa plak oiii...
tu la... minda separa sedar...
kan sng minda separa sedar asik mimpi basah je...
hahahaha

DIANA
thx 4 linking YT...
tu la.. slalu gak jadi cmtu kan...
kita tau nak baca. tapi tak penah lepas...
neway thx 4 ur comment

KAK ZURA
aish.. adakah btol beta mau berkahwen ni???
kak zura??? cinderella???
ada2...
tapi baju cinderella tak fit, sbb pipi akak kembung sangat..
ops!
hahahah

HILMAN
well. dont blame me, aku nak tau apa maksudnya..
skunk ni apa2pon senang tny pak cik gugle
mmg susah nak ingt balik, tapi kalau kita mimpi sorang tuh, bila terjumpa dia, mesti akan rasa pelik
thus aku tau dia penah masuk mimpi aku...
oho, another promotion of book eh?
kes cinta, case closed!

MAZUDI
hahaha
tuh dia blom baligh lagi...
kalo tak mimpi len la plak!
=p

YONNA
tgk tuh.. blur2 pon pnjg giler komennya...
aku lak blur nak respon pe...
uh.. jgn la aku mimpi seseorang.. aku akan tensen!
btol2... mimpi mati je lebeh, tapi tak insaf! uhuhuhu

KAK LIZA
baru tau ke??? =p