Pelikkan Perhubungan???

0211
25 Mei 2008

Hidup...
Dalam hidup ini kita tak boleh lari dari berhubung dengan manusia.

Bertukar pendapat.
Berkomunikasi.
Berinteraksi.

Sungguh banyak pengaruh perhubungan dalam hidup.
Kekasih, cinta, sayang.
Ibu, bapa, keluarga.
Kawan-kawan, sahabat, kenalan.

Semuanya memainkan peranan dalam hidup kita.

Kadang-kadang kita mudah dibuai emosi.
Kecewa, amarah, nangis.
Perhubungan yang dicipta pelbagai.
Perhubungan ini begini, perhubungan ini lain pulak caranya.
Kita juga kerap membanding.
Kenapa aku dan dia tak seperti mereka dan mereka.
Kita memang banyak berfikir tentang perhubungan!

Emosi kita seringkali dimainkan.
Kadang-kadang kecewa, mengapa dia tak melayan aku sebagaimana yang aku mahu.
Kenapa aku dan dia tak seperti itu dan ini.

Dan untuk satu perhubungan itu berjaya amatlah sukar.
Ia amat kompleks dan subjektif.

2 3 ari nih, sibok otak ini berfikir tentang hubungan.
Yela, bila tiada tugas untuk dibuat, otak aku seringkali memikirkan tentang diri.
Semakin lama semakin rapat dengan diri.
Dan akhirnya depresi pown muncul!!!

Sampailah satu ketika, aku berfikir.
Peliknya hubungan ini...

*****

CASE 1

Aku rapat dengan A. Baik sangat.
Kami suke berkongsi cerita.
Aku senang dengannya, dia pown mungkin senang denganku.

Aku juga rapat dengan B. Aku baik juga dengan dia.
Kami kerap keluar bersama. Kami habiskan masa bersama.


Tapi, tak semestinya, keduanya mempunyai hubungan yang baik antara keduanya kan?


Bagi aku mudah – aku melayan orang sama sahaja.
Apa yang orang itu rasa mengenai orang yang satu lagi tak boleh pengaruhi aku untuk menilai orang itu.

”Terima orang seadanya” itu yang aku belajar lalui PRS.

Pelikkan perhubungan – cara kita menerima orang tak sama...


*****

CASE 2

Dulu kami rapat. Sangat.
Bersengal, bergembira, usik mengusik.

Kini kami menjauh. Jauh amat.
Kemesraan dulu hilang. Kini kami biasa-biasa saja.

Hati dapat mengerti perubahan apabila perhubungan berubah.
Hati juga sering memberikan respon atas perubahan itu – samada ingin turut bersama berubah, atau tinggalkan saja perhubungan itu.

Aku telah memilih untuk tinggalkan perhubungan ini, atas sebab yang aku tak pasti, tapi tika dan saat itu, aku amat yakin dengan keputusanku.

Dia juga aku lihat, mulanya menderita, tapi kini dia lebih bahagia dariku.

Hati ini kembali bertanya ”kenapa aku putuskan ia dulu?”

Pelikkan perhubungan satu hari mau, hari esok tak mau, lusanya pula mau kembali!

*****

CASE 3

Hati dapat mengetahui bila hati ini terpaut pada hati yang lain.

Walaupun berbeza, nampak janggal dan pelik, tapi hati ini tetap sudah terpaut, dan tiada apa yang boleh mengubahnya selain Yang Maha Kuasa.

Namun hati ini payah meluah.
Sebab utama – takut yang dibina runtuh, takut ditolak begitu sahaja!

Pelikkan perhubungan malu tapi mau!

*****

CASE 4

Hubungan sudah dicipta.
Banyak memori, banyak kenangan.

Seiring masa berlalu, semua ke lain tuju.
Masing-masing punya cita, dan arah sendiri.

Kini perhubungan itu bakal digoyah oleh iringan masa yang berlalu…

Pelikkan perhubungan kenapa perlu pemula, jika ada penamatnya???

*****

Perihal perhubungan, sukar dicerita, sukar dibicara.
Yang pasti kita akan sentiasa terperangkap dalam peliknya perhubungan!!!



p/s – misi kembalikan ’tone’ Yang Terdalam kembali bermula!!!


:::YTBACK!!!:::

12 comments:

DeWi said...

bila kita bicara kn ttg hati... x de shiapa2 pon bole membantu diri.. mayakinkn diri sendiri.. kcuali empunya diri... bila ittew yg dirasakn elok.. harus dturuti.. ikot kata hati, mati.. yosh! jgn ada nada2 cdehy.. x besh!!!!

Diya said...

biasanya kita mula nak pikir psl perhubungan ni bile kita rs ada perubahan dlm perhubungan yg ada skrg. err... something happened wif ehem2 ke kamal? *eheh nyebok lak*

erm... diya rs kan.. prinsip kamal "terima org seadanya" tu... diya rs mungkin ada pengaruhnya... tu yg muncul case 1,2,3,4,5,6... diya tak tahu camne kamal akan relate dgn prinsip kamal tu dgn case2 tu.. tapi, diya mmg rs ada kaitan... :)

dlm dunia ni, sntiasa akan ade pro and contra. yg bermula akan berakhir. yg bertemu akan berpisah. dh jd lumrah, kamal... dan diya rs tak mustahil jugak lah klw kita pun akan jd mcm tu :) nak tak nak, kena terima juga lah... ;)

p/s-btw, thanks sbb tlg diya.. that was very nice of u kamal :)

lind said...

tadek yg pelik.. smeua nye mmg camtu.. wah cakap cam heartless je haku ekeke

dakchomey said...

awal2 cite tu cam same dgn apew yg fara maksudkan dlm blog fara.."entri yg x bernama".. kehidupan ini susah utk diramalkan begitu juga dgn sesuatu perhubungan..

zura lias said...

waah,pasal hati dan perasaan lak..

perasaan datang dan pergi,
Yang penting kita tak rebah dgn mainan perasaan..

Lagi banyak kita jumpa orang..lagi banyak risiko utk berpisah..

:D

victoire said...

banyak kes ni ape kes? hahaha

btw memang susah nk puaskan ati orang ni.
btol gak, layan sume same lagi snang kan.
pape hal pon, come as you are bak kate Kurt Cobain dalam lagu come as you are tu.
yang pnting, kite enjoiy!(nada gedik nora danish dalam puteri)

Diya said...

ehem. tumpang lalu. [saje nak tunjuk avatar lain plak, ngeh3]

Max J. Potter said...

relationships.

an interesting topic. would want to study it if it were a course. i dont really get some things.

i have problems, too. a guy who wouldnt let go even when he doesnt even know what he wants. he would lie. and lie some more. and wouldnt stop lying even when its clear as heck that he was lying. and the relationship between us, i'd always wanna think of it as friendship while he wants something more.

basically he's crazy. and i dont really know what relationship are we really in. but what i can say for sure, it wont end nicely. one reason would be because he's mad. and the other reason would be because i have no heart for liars.

i would love to study this from his POV. maybe i'd find out what are the damages in his pathetic grey matter.

write more, yeah? *^^*

and ah, i didnt know you put my link up your page. you should have told me so at least i could have put yours up mine, earlier.

OK kamal. nice post.

Princess Liyana said...

soalnya hati,susah dimengerti..hmm

:: cheezzy cheese :: said...

urmm... adat laa dlm prhubungan kamal.. mmg camtu. kena ingat slalu, w/pon kita syg org tu tak brmakna kita kena 'couple' dgn org tu.. all the best kamal.. goooooo kamal!! ***smbil aku tgh jd pom-pom gurl ni bg smangat kat ko ni..

teddybearhijo \\(^.^)"// said...

hahaa...

nak eskim x?
teddybearhijo gumuk lidah ungu mau banje pakcik...

tanak? tanak suda...

lalala~

ahmadkamal said...

DEWI
yerp... mmg kita yang tentukan idop kita... but kene berpada2... jgn ikutkan sangat kata hati kan...
ala, ni bukan nada sedeh la...
tiba2 je terpikir...
YT kan selalu berfikir bersama aku...

DIYA
dush dush! saja je! takde pe kaitan ngn my Cinta la...
oho, diya rasa prinsip tuh ada kaitan ek??/ do i have to be more selective in future???
yerp, kamal tak nafikan, maybe satu hari, kita gak akan menjauh kan... sbb putaran alam...
p/s - no prob... just thought i could help...

LINDOSH
mmg heartless!!! huhu...
ala skunk nih ckp la gitu, tapi bila duk sowg2 akan terbukti kebenarannya juga...

DAKCHOMEY
yerp fara... ikut je la aturan hidup ni... n yang penting berusaha kan!!!

KAK ZURA
haha, YT kan colorful! huhu
yerp... perasaan hanya untuk dirasa... jgn biar ia mempengaruh...
adakah kita akan berpisah kak zura??? hhuhu

KRIEY
mula2 kan aku baca komen ko, aku kata ape nih gelak2 kan aku...
pastuh kan... ada mesej kat tgh..
skali last skali gedik gile! aku lak yang tergelak!
thnks kriey...

DIYA
*still rindu AA* huhu

HANNA J POTTER
apa yang kita hadapi berbeza kan.. tak sama... salah satu sbb adala kita sendiri tak sama antara satu sama lain... so cara kita deal ngn prob berbeza... hope u can get the POV that u want... mybe by sneaking into his brain??? huhu
remember, u have comment my post b4? sejak tuh dah letak link dah.. cos bila u komen, somehow, i want to create a link to ur blog...
btw, tq

PRINCESS LIYANA
sekali menyanyi la plak...
"~apa terjadi, di luar kawalan diri~"
ingat beta tatau!

KAK YANZ
mula2 kan bawu ingat kak yanz tengah bagi smngt.. skali kuar ayat pom2 tuh, trus down...
tak cntik la kak yanz pakai skirt! lalala...
btw, thnks kak yanz!

TEDDY
uhuhu tewos nak blnja aeskem??/
aeskem je ke??/ huhuhu