0021 – 24 Julai 2006
Aku benci diriku bila dirundung masalah.
Masih dari zon selesa. Masih dari sini. Di mana lagi yang selesa? Hanya di sini.
Prolog
Aku benci diriku bila dirundung masalah.
Aku akan jadi orang lain. Aku akan jadi moody. Aku akan jadi pendendam. Aku akan jadi diam. Bukan sepertiku yang selalu.
Dalam prosesku mencari jalan keluar untuk sesuatu masalah, aku membenci semua orang di sekelilingku.
Merasakan mereka tidak memahami. Merasakan mereka tidak mengerti. Sedangkan bagiku mereka patut.
Dan dalam proses itu juga, tanpaku sengaja, kadangkala masalah baru tercipta. Semakin banyak dan semakin membebankan.
Aku benci diriku bila dirundung masalah.
Aku akan diam. Aku akan kehilangan tenaga. Aku akan kehilangan daya membuat kerja. Dan aku akan hanya membiarkan masa berlalu. Biarkan ia berlalu!
Aku akan mengambil antidepressant mujarabku. Tidur! Aku akan kembali ke alam mimpi. Ke alam di mana semuanya aku betul. Ke alam di mana aku bebas. Tanpa sekatan, tanpa halangan.
Tapi sampai bila akan aku begitu?
Kisahnya…
Aku benci diriku bila dirundung masalah.
Sabtu lepas, perhatianku terganggu, dan aku kembali dirundung masalah. Aku jadi diam. Aku tidak berbuat apa-apa dan hanya tidur.
Sementara aku di dalam mood despresiku, aku perasan rakan-rakanku sibuk memajukan diri. Membuat assignment yang diberi. Di saat aku despresi.
Susahnya bila duduk di dalam rumah bersama mereka yang sekursus! Aku jadi tertekan bila mereka rajin. Aku bukanlah rajin sangat. Rasa ketinggalan pula.
Tapi positifnya petang ahad aku kembali rasional.
Walaupun seakan terlewat. Sedangkan assignment yang mereka buat sudah jauh untuk ku kejar. Tapi orang kata ‘better late than never’ kan.
Malam itu aku kembalikan semangatku. Aku senyum. Lupakan dulu masalah itu.
Membuat assignment 2 hari dalam masa 3, 4 jam. Walaupun tidak sepenuhnya, aku puas!
Aku berjaga malam, membayar segala yang aku tinggalkan. Dan menjelang pagi isnin, semuanya beres. Otakku diiisi ilmu dan aku berasa puas.
Alhamdulillah!
Masalah ini!
Aku benci diriku bila dirundung masalah.
Dalam pada itu, aku tanpa sedar mencipta masalah baru. Aku tidak hadir ke latihan kelab kerana mendahulukan assignment-assignment itu.
Tiba-tiba aku rasakan aku mengabaikan tanggungjawabku.
Lantas aku terfikir kembali untuk meletak jawatan. Biar aku kembali tenang. Surat perletakan jawatan sudah ku taip. Menunggu masa untuk dihantarkan.
Secara jujurnya, aku sendiri keliru! Aku semahunya tidak mahu, kerana aku merasa gembira di dalam kelab ini.
Tapi bila memikirkan tanggungjawab kelab di masa akan datang yang kian mencabar, aku jadi takut! Aku bimbang aku akan tertekan.
Takutkah ini? Ataupun melarikan diri?
Aku masih berfikir mengenai perkara ini.
Masalah lain…
Aku benci diriku bila dirundung masalah.
Selain masalah itu yang ku cipta tanpa sedar, aku juga ciptakan masalah lain. Apakah ia? Biarlah rahsia.
Bilakah masalah ini akan selesai. Sudah terlalu lama. Amat lama. Aku pun sudah bosan.
Ia membuatku berfikir mengenai diri. Siapa aku. Dan apakah aku. Mahukah aku mengikut arus masalah ini?
Aku pun tak tahu.
Masalah logistic lagi…
Aku benci diriku bila dirundung masalah.
Aku akan menjadi tidak produktif. Tidak berdaya saing. Tiada daya.
Kursusku semakin sukar. Subjek-subjeknya perlu diberi perhatian. Jika tidak dari mula, bila lagi?
Tapi seperti ku katakan tadi, aku sering memilih untuk mendespresikan diri. Sering memilih untuk tidur.
Aku benci masalah logistic ini. Membuatku penat.
Bilakah ‘mereka’ akan memahami dan membantuku? Kalau setakat panggilan telefon yang kononnya mengambil berat, aku tidak perlukannya!
Aku perlukan penyelesaian!
Mereka seakan hilang punca bila aku berkelakuan begini. Aku tahu mereka faham mengapa aku berkonfrontasi.
Tapi mereka sengaja buat tak faham. Mereka memang sengaja!
Di belakang mereka mungkin aku mengatakan macam-macam.
Mengutuk di dalam hati. Bertanyakan mengapa mereka tidak bersedia membantuku. Sedangkan mereka mampu! Dan aku rasakan inilah masanya.
Sudah banyak ku korbankan untuk mereka. Walau tak setanding mereka, tapi tidakkah mereka memahami aku terseksa di sini?
Bila berhadapan dengan mereka, aku akan mengambil jalan mudah. Berdiam diri. Takut bersuara.
Kerana bimbang akan melukakan dan dilukakan. Tapi sampai bila masalah ini akan selesai kalau aku tidak memulakan langkah mengatasinya?
Aku takut melukakan. Jadi aku mengambil langkah konfrontasi ini. Biar mereka sedar sendiri dan terus mengambil langkah menyelesaikannya.
Walau aku tahu ia mungkin lambat, atau teramat lambat. Aku sedang sabarkan hati. Aku takut melukakan.
Masalah pelajaran
Aku benci diriku bila dirundung masalah.
Pelajaran. Semakin menyesakkan. Jika dulu aku rasakan sedikit lega kerana ianya biologi, tapi kini aku mula merasakan bahangnya.
Subjek-subjekku :
BIOCHEMISTRYBilang berapa banyak biologi? Ada 3 kan? Damai sikit pada mulanya.
MICROBIOLOGY
BIOPROCESS ENGINEERING LAB
FLUID
MECHANICS
THERMODYNAMICS
COMPUTER AIDED DESIGN LAB
ENGLISH FOR BUSINESS
COMMUNICATION
ISLAMIC INSTITUTIONS
KRIKET
Namun…
Biochemistry.
Biologi yang banyak kimianya. Sehingga merasakan belajar kimia kembali. Terpaksa kembali membuka buku kimia untuk mengetahui reaction dan mekanisme kimia yang berlaku.
Di dalam lecture, lecturerku mengatakan – subjek ini senang, kerana antara babnya sudah dipelajari dalam Thermodynamics.
Microbiology
Biologi yang mempelajari mengenai mikroorganima. Sebenarnya ia seakan kembali kepada biologi di matriks dulu
Akan tetapi silibusnya sedikit menyesakkan. Seakan terabur. Tiba-tiba bab depan, melompat ke bab belakang. Tidak sama seperti matriks dulu.
Jika aku yang asas biologi pun pening sikit-sikit, apa lagi mereka yang berasaskan fizik? (senyum sinis, merasakan dendam semester lepas sedikit terbalas! Cover diri untuk gelak jahat!... hehe)
Di dalam lecture, lecturerku mengatakan – subjek ini senang, kerana antara babnya sudah dipelajari dalam Biochemistry.
Bioprocess Engineering Lab
Masuk makmal. Clean room FKKSA. Ok je sebenarnya. Baru belajar cara mewarnakan bacteria.
Sedikit beban bila terpaksa membuat lab report. Malasnya! Setelah 3 bulan cuti, rasa berkarat sikit.
Tapi alhamdulillah, sebab introduction untuk lab ini sudah ku siapkan. Menganai bacteria, gram staining dan lain-lain. Bagus juga. Tambah kefahaman aku.
Di dalam lecture, lecturerku mengatakan – subjek ini senang, kerana antara babnya sudah dipelajari dalam Biochemistry dan Microbiology.
Fluid mechanics
Kesinambungan subjek hampeh, Mechanic yang aku lulus paras hidung je. Diajar pula oleh bekas kawan bapa aku, seorang dekan bertaraf professor.
Kelas agak membosankan tapi yang penting aku faham. Tidak seperti mechanic semester lepas. Harap ini akan berkekalan!
Di dalam lecture, lecturerku mengatakan – subjek ini senang, kerana antara babnya sudah dipelajari dalam subjek semester lepas, Mechanics.
Thermodynamics
Pengajarnya – lecturer Mechanicku semester lepas!
Tanggapan awal – akan seperti semester lepas, bosan dan tidak faham, serta syok sendiri. Tapi salah rupanya.
Kelas minggu lepas aku faham. Lantas assignment diberikan.
Pertama kali aku rasakan aku dapat berbuat sesuatu untuk subjek fizik begini. Walau tidak sepenuhnya.
Bertanyakan apa yang tidak difahami kepada dia. Tapi rupanya jawapannya masih sama seperti semester lepas. Teragak-agak, dan ‘jawapan dan jalan kerja ada dalam buku’. Tertekannya!
Baru kami memuji kelas minggu lepas yang memahamkan kami, rupanya minggu ini kelas kembali seperti semester lepas – bosan dan tidak faham, serta syok sendiri!
Alahai!~
Di dalam lecture, lecturerku mengatakan – subjek ini senang, kerana antara babnya sudah dipelajari dalam subjek semester lepas, Mechanics, dan juga Biochemistry.
(Perasan tak, semua subjek di atas nak dikaitkan dengan subjek-subjek
lain. Macam lecturer nak lari dari tanggungjawab dan bergantung kepada lecturer
lain. Dan mangsanya, kami! Penatnya membaca!)
Computer Aided Design Lab
Minggu permulaan yang sedikit hampeh minggu lepas. Belajar perisian-perisian baru. Solid work. Cara membuat grafik computer.
Kelas minggu lepas simple sahaja. Hanya pengenalan.
Aku dengan cepatnya dapat tangkap.
Sudah siap assessment yang diberi. Masalah timbul bila computer yang aku guna tak dapat detect pendrive! Mengagau mencari disket. Memang so yesterday!
Bila nak print kerjaku, computer utama untuk print pulak buat hal!
Tensennya bila lecturerku kali ini sedikit arrogant. Dia nak kami menyelesaikan masalah ini sendiri. Tambahkan tekanan je!
Esok baruku akan printkan kerjaku. Harap berjaya!
English for Business Communication
Kelas inggeris. Menuntut keberanian.
Bertutur dan menulis. Dalam bahasa professional. Menguji tahap profesionalisme.
Tiada masalah dalam profesionalisma. Mungkin aku bermasalah dari segi keyakinan.
Sekurang-kurangnya kelas ini ok dan dapat difahami.
Islamic Institutions
Kelas pertama, permulaan semester baru ini yang aku hadiri. Kerana ianya pada pagi isnin.
Nak dijadikan cerita – di hari pertama itu ustaz telah memperkatakan soal ‘dia’.
Bersambung huraian berunsur Islam. Tapi betul juga apa yang dikatakan ustazku. Banyak input."kenapalah siti tu nak kahwin dengan datuk k?"
Tiba-tiba.
"kenapalah siti tak kahwin dengan orang-orang umur macam awak, ngan kamal ke?"
Aku tersentak. Ces, terkena juga rupanya. Di hari pertama di semester baru! Alahai!~
Kawan-kawanku gelak sahaja. Memahami.
Kelas ini sudah bermula. Ada projek perlu dibuat. Mengkaji organisasi mahkamah syariah. Skema bukan?
Tapi bagus juga. Memberi pengalaman berurusan dengan orang-orang berkaitan. Harap projek ini berjaya.
Kriket
Banyak cerita aku nak ceritakan mengenai subjek ini.
Mulanya, semester lepas, aku dropkan subjek koko. Kerana tiada kawan.
Ambil semester ini, gatal-gatal nak kriket. Cuma itu yang tinggal. Ikut sahajalah.
So far, inilah kelas paling membosankan dalam hidup aku! I repeat, dalam hidup aku!
Mulanya kita belajar kriket, sejarah kriket. Sesi memperkenalkan diri, asal-usul. Tiba-tiba kelas bertukas menjadi slot ‘mari mengenal sejarah tempat kelahiran anda bersama saya!’
Setiap kali asal usul diperkenalkan, pasti ada huraian yang panjang berjela mengenai sejarah tempat tersebut.
Pensyarah pun dah tua. Lahir sebelum merdeka. Memang lahir dalam kriket. Tapi membosankan.
Sehingga aku rasa nak drop sekali lagi. Tapi takkan nak amik dengan junior pula!
Tahan je lah dulu. Harap ia akan ok.
Kenapalah aku tak amik kaunselor siswa ke, atau iqra’.
Kalau iqra’ ada jugak peluang aku belajar dan melontarkan vocal "mari kawan-kawan, kita baca quran!~" hehe
Ok enough with all those subjects. Memang semester ini sedikit mencabar. Subjek-subjek. Logistic. Kelab. Dan dealova? Mungkin?
Apa pun harapnya iakan menjadi lebih baik dari semester lepas.
Penutup
Aku benci diriku bila dirundung masalah.
Inilah yang akan terjadi bila aku dirundung masalah. Aku malas nak studi, malas nak majukan diri.
Dan tiba-tiba je ada masa menaip panjang-panjang untuk update blog!
Hai, kamal. Bilalah nak berubah!
0 comments:
Post a Comment