Aku masih waras!

0023 – 27 Julai 2006, Khamis
Aku masih waras!



Dari tempat biasa.

Zon selesa.

Perlu ke aku menulis kali ini?

Sebabnya bila keadaan macam ini, bosan dan takde apa-apa nak buat, perasaan menulis itu datang.

Semalam, kelmarin, Ia datang. Tapi aku buat tak layan. Aku malas menulis semalam dan kelmarin. Sebabnya, biarlah rahsia.

Lagi, lagi masalah?


Seriously, kali ini aku berhadapan dengan sesuatu yang hebat. Yang tak pernah aku lalui dulu. Yang tak terjangkau di fikiran.

Pulak tu, ia bertimpa-timpa. Bukan satu sahaja. Banyak yang datang sekaligus. Menuntut kesabaran. Menuntut konsentrasi.

Lantas, aku memilih untuk diam. Diam sajalah senjataku. Biar orang bingung seketika.

Pergi ke mana-mana aku bertemankan mp3 player rakanku. Bila aku rasakan mood despresi itu datang, aku sumbatkan telingaku dengan lagu-lagu kegemaranku.

Saat itu, aku rasakan, sepinya hidup! Kurangnya pilihan hidupku!

Hanya kerana despresi, aku menjauhkan diri. Memilih untuk berada di dunia sendiri.

Dunia khayalan, dunia imaginasiku.

Sebab itulah, aku putuskan sahaja hasratku menulis kelmarin dan semalam. Kerana aku tahu perasaan itu akan mempengaruhi penulisanku.

Hari ini, sungguhpun ianya menganggu, tapi skalanya kurang. Jadi terhasillah apa yang anda sedang baca sekarang.

I’m "I’ll-forgive-but-never-forget" type. Kadang-kadang semua yang berlaku aku ingat sekecil-kecilnya, dan lukanya mendalam.

Entah kenapa aku begitu, aku tak pasti.

Mungkin bila semuanya makin menekan, aku akan jadi gila!

Entahlah.

Confrontation ended


Konfrontasiku. Tak tahu hujung pangkal.

Tapi, aku rasakan semuanya sudah terlepas semalam. Aku sudah luahkannya. Walaupun tidak sepenuhnya. Walau tidak selengkapnya.

Hasilnya? Pagi tadi, mereka bersetuju untuk menimbang perkara itu.

Patutnya aku gembira kan? Tapi entah kenapa aku takut pula. Bagaimana pula cabaran itu kali ini?

Hurm!~


Aku perlukan pendamping. Namun, pendamping itu telah aku musnahkan.

Kepercayaannya telah aku hapuskan. Kini yang tinggal hanya bangkai kemusnahan itu.
Bodohnya aku! Bila ada di sisi, aku membenci. Mengapa tidak aku hargai?

Di hati, masih berharap semuanya kembali ke normal. Adakah harapan itu?

Entahlah, aku malas meramal. Aku juga malas merancang sesuatu untuk mengatasinya.
Aku dah bosan! Aku dah penat!

Aku masih waras!


Kadangkala, aku fikirkan mati pun bukan satu penyesalan.

Tapi bila ku fikirkan, itu merupakan satu tindakan bodoh! Bila ada masalah je, aku jadi begini. Bila lah kau nak jadi ‘kuat’, kamal?

Jangan risau, aku masih waras. Aku takkan mengambil langkah di luar batasan agama. Itu aku tahu dan faham.

Cuma bila kita dirundung masalah, masa itu jugalah pelbagai setan datang mengganggu. Dan merekalah yang akan memesongkan hati kita, dengan memilih jalan yang salah.

PadaMU, ku mohonkan. Beriku kekuatan. Agar jalan ini kembali tenang dan damai.

Mungkin aku bukan hambamu yang terbaik untuk meminta-minta, tapi dengan izinMU, aku dambakan yang terbaik..

Tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku. Agar aku tidak bisa dipesongkan. Dari mencapai keredhaanMU.

Amin.

P/s – Walaupun ada orang kata, senyum dalam tangis itu sukar untuk dilakukan, tapi bagi aku itu perkara mudah! Mungkin sudah terbiasa agaknya. Dah menjadi tanggungjawab barangkali. This smile is a fake!


:::YTBACK!!!:::

0 comments: