0024 – 29 Julai 2006, Sabtu
Pernahkah kau bermimpi, seketika, berada di tempatku?
Prolog
Ya, masih lagi di sini. Dari zon selesa.
Mungkin kali ini berbeza, kerana aku menarik zon selesa ke tempat yang lebih terbuka.
Di tengah-tengah bilik. Rakan serumahku pulang ke kampung hari ini!
Zon 113.
Itu nama baru zon selesaku. Nama yang dicipta tanpa sedar. Secara spontan.
1 meter lebar
1 meter tinggi
3 meter panjang
Jadilah zon 113! Hehe
Sedikit sunyi hari ini. Hanya seorang di sini. Walau ada lagi penghuni rumah ini. Tapi aku memilih bersendiri.
Bila lagi?
Dan seperti biasa, sunyi dan sepi membuatku sedikit emosional dan ingin menulis. Tipikallah!
Apa yang akan ku tuliskan?
Pernahkah kau bermimpi, seketika, berada di tempatku?
Hehe, bila anda baca ayat di atas, mesti dalam fikiran anda ‘ah sudah! Mamat ni nak tulis pasal siti lagi! Takde cerita lain ke?’
Aku sedar itu. Tapi teruskan pembacaan anda dulu. Aku janji ianya satu yang berbeza. (berani janji pulak!)
Janji ke?
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku?
Satu ayat yang mudah difahami. Sedikit puitis. Dan dengan nada merayu.
Pertama kali diperkenalkan oleh dia, lantas semua terbayangkan diri dia yang merayu kepada semua untuk difahami. Atas ketidakbebasan hidupnya.
Aku tidak terkecuali!
Ada yang merasa sayu bila bait-bait kata di atas dialunkan satu persatu oleh dia dengan penuh perasaan.
Ada yang merasa kasihan padanya.
Ada yang ingin membantu lantas memberikan kata semangat untuknya.
Tapi itu dulu! Sekarang ini mungkin ramai yang tidak mengendahkannya. Kerana pilihannya bukan?
Ramai yang berkatakan padan muka.
Aku tidak ingin membicarakan soal dia dan pilihan hatinya, tentang bakal anak tirinya and so on, and so on…
Aku ingin membincangkan mengenai frasa di atas.
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku?
Seperti ku katakan di awal tadi, mulanya aku hanya membayangkan dia yang melalui apa yang diucapkannya itu.
Tapi bila di teliti, rupanya frasa itu bersifat universal. Umpama satu teori.
Kelas Teori bersama AK (bukan DK ok! hehe)Kenapa aku katakan ia teori?
"Ok murid-murid hari ini kita nak belajar teori ye. Cuba faham
betul-betul!"
Hehe.
Entahlah.
Ini aku yang katakan.
Tafsiran kita mungkin berbeza tau!
Kisahnya…
Setelah melalui pelbagai perkara di dalam minggu ini, aku berfikir
(Kerja memikir je. Ada tak application form untuk jadi pemikir ni? Senang sikit masa depan aku!)
Dalam minggu ini aku melalui macam-macam. Pelbagai!
Yang menuntut kesabaran. Yang menukar diriku menjadi lebih pendiam. Dan juga lebih pasif.
Aku jadi penat.
Sebab apa? Sebab aku memilih untuk diam. Susahnya kalau orang yang biasa bising, tiba-tiba nak diam!
Di dalam situasi permasalahan tersebut, aku hanya berfikir mengenai diriku. Hak aku.
Pendirian aku. Di mana harga diriku?
Situasi, hak dan pendirian orang lain aku bakulsampahkan.
Bagaikan tak bererti, tak bermakna bagi aku.
Yang pentingnya adalah aku! Aku dan aku!
Orang lain aku tolak ke tepi.
Kehidupan seharianku berubah sebab aku menjadi pendiam.
Dan dalam pemikiran aku, aku fikirkan hanya aku yang betul. Dan mereka perlu memahami dan menerima aku sebagai aku.
Aku menjadi sarcastic. Mengutuk setiap butir perlakuan mereka di dalam hati.
Ye lah,aku je yang betul kan?
Dan perasaan itu telah membuat aku memberontak. Kenapa aku tidak difahami?
Pemeluahan
Lantas aku meluahkan. Dalam emosi. Dalam keadaan marah. Kepada yang menerima!
Si menerima, menerima sahaja.
Pelik dengan sikapku. Yang selama ini nampak tenang dan baik, tiba-tiba aku menghamburkan kata-kata sedemikian.
Si penerima tak tahu aku sering memendam rasa. Aku kan hidup dalam pura-pura. This smile is a fake!
Si penerima menerima bulat-bulat kata-kataku. Dan dia mengikut kata hatiku pula. Mungkin baginya, kali ini hatiku perlu dijaga.
Kepuasan?
Saat aku meluah segala, aku rasa puas. Walau tidak semuanya terluah, tapi sekurang-kurangnya sedikit beban telah hilang.
Dan aku kembali ceria. Kerana rasakan tiada beban di kepala. Dan tiada apa menghalang. Kata hatiku telah dituruti!
Tiba saat dan tikanya. Rasionalku kembali.
Teori – pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku?
Dari perspektif dirinya. Yang perlu berhadapan dengan tindakanku.
Lantas aku tersedar. Tidak adilnya aku!
Hanya menurut kata hatiku. Tanpa memikirkannya.
Aku telah mengabaikan teori – pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku?
Jika aku di tempatnya, pasti aku sedih dengan tindakanku. Pasti aku terguris. Jika tak banyak, sedikit pasti.
Penyesalan…
Aku kini menyesal. Jika dulu sebelum bertindak aku amalkan teori itu, mungkin sesalan ini tak berlaku.
Semua yang berlaku atas ketidakwajaran dan ketidakseimbangan pemikiranku. Luar kawalanku. Saat aku ingin meluah, tapi tiada siapa di sisi.
Aku kini sedikit terkilan dengan tindakanku sendiri.
The main point is…
Nasihatku, amalkanlah teori ini.
Jika anda ingin berbuat sesuatu kepada seseorang fikirlah, apa yang akan anda rasa jika berada di tempatnya.
Janganlah menyusahkan orang lain seperti yang telah ku buat. Menyesal!
Bayangkan dia merayu dan berkata "pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku?"
Mungkin anda akan terhenti untuk melakukan perkara yang menyusahkannya.
Jika teori ini diaplikasikan, mungkin dunia ini akan aman. Kerana kita menjaga dan memelihara hati dan perasaan antara satu sama lain.
Mungkin pihak Zionis takkan menyerang Lubnan. Mungkin Amerika takkan menyokong Zionis. Segalanya mungkin.
Teori ini bisa membawa kepada pemahaman antara satu sama lain.
Entahlah.
Itu yang ku rasa.
Mungkin anda tidak merasainya.
Penutup
Jika teori ini boleh diterimapakai, ambillah. Jika tidak, ketahui sahaja sebagai pengetahuan tentang teori ciptaanku. Hehe
Lepas ini mungkin aku nak bukukan segala teori-teori. Biar kalah teori subjek lain! Hehe (perasan gila!)
Hurm, oklah.
Mata dah makin berat. Malam makin larut.
Esok sabtu. Hari yang mendamaikan.
Aku nak merasainya sepuasnya!
Doakan kebahagianku!
Hehe
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Yang Terdalam…
Jika sudi, tuliskanlah komen.
0 comments:
Post a Comment