Imaginasi versus Realiti

0019 – 20 Julai 2006
Imaginasi versus Realiti

Prolog

Coretan ini didatangkan dari zon selesaku. Coretan ini dizahirkan dari yang terdalam diriku.

Hari ini aku penat. Aku amat penat. Bukan secara fizikal, tetapi secara mental.

Ia menjadikan aku agak murung dan moody. Aku tak berdaya untuk mengekalkan sifat profesionalisma dalam diriku. Lebih emosional dari professional.

Jika anda mengenaliku dengan rapat dan dekat, anda akan mengetahui bahawa aku adalah seorang pemikir. Sekecil-kecil perkara ingin ku fikir. Kadang-kadang benda yang tak pernah dibayangkan pun aku fikirkan.

Aku juga seorang yang kuat berkhayal. Berimaginasi mungkin lebih sesuai. Imaginasiku kadangkala melampau batas, kadangkala tak berpaksi di bumi yang nyata.

Nama pun imaginasikan.

Imaginasi

Kecil dahulu, aku pernah berimaginasi dan berfikir. Apa akan ku jadi bila ku dewasa.

Di dalam imaginasiku, aku adalah seorang yang baik, dan aku bijak mengatur hidupku. Setiap orang menyukaiku kerana aku. Dan aku tidak pura-pura.

Aku belajar di luar negara. Mengecapi hidup di dunia yang menuntutku berdikari. Tak perlu sokongan sesiapa. Hanya aku.

Imaginasiku juga membawaku kepada kisah-kisah cinta yang bakal aku ciptakan. Terbayang di fikiran, ianya indah. Dengan kekasih yang memahami, dan sekali lagi menyayangiku seadanya. Menyintaiku apa adanya.

Hidupku sempurna. Tiada tekanan. Jika adapun, aku bijak menanganinya. Dan aku bahagia.

Tapi imaginasi tetap imaginasi.

Kalaupun aku impikan pelangi, menyusur setiap warnanya, jika ia tidak berpijak dan berpaksi ke bumi, apa gunanya?

Kini aku sedar hakikat antara realiti dan fantasi. Dunia realiti lebih mencabar dari fantasi. Dan menuntut kesabaran. Tidak seindah yang ku gambarkan.

Imaginasiku itu diciptakan tatkala aku dikurniakan anugerah di waktu kecil dahulu. Dahulu aku cerdik. Di dalam sekolahku, aku terhadapan. Dan aku bahagia.

Di sebalik itu, aku juga mempunyai kekurangan. Aku juga manusia. Aku tidak pandai bergaul dan bersosial. Aku hanya berkawan dengan yang aku sukai. Dan aku pernah jua dipulaukan.

Tersedar dari imaginasi, terpukul dengan realiti. Aku terbangun. Semua yang aku inginkan tak bisa aku dapat. Segalanya kini berbeza…

Realiti

Aku bukan berdikari. Aku ingin, tapi keupayaan menghalang. Aku perlukan tali untuk berpaut. Walau ku rasakan tali itu sedikit cuma.

Di hatiku, aku ingin berdikari. Menjalani hidup dengan caraku sendiri. Bukan seperti yang dirancang.

Aku tak mahu bergantung kepada orang lain.. Kerana aku merasakan seperti meminta-minta. Walau pada zahirnya tidak begitu, tapi itu yang ku rasa.

Aku sering pura-pura. Hipokrit. Di sebalik topeng ini. Yang sukarku buka. Kerana aku menyimpan rahsia yang tersembunyi di waktu silam.

Aku kini hanya belajar di dalam negara. Walaupun kursusku menyebabkan ramai kagum denganku, namun aku rasa sedikit kecewa. Semuanya kerana ia kurang dari apa yang aku gambarkan.

Cinta? Tiada cinta yang terbina. Tiada pendamping yang memahami. Ingin diciptakan cinta itu, tapi sekali lagi ku merasa meminta-minta. Bagai diri tiada harga diri. Jadi aku biarkan ia datang sendiri.

Kisah hari ini…

Hari ini bermula dengan agak baik sebenarnya. Mungkin aku yang terlalu emosional dan sensitive sehinggakan ia menjadi menekan perasaanku.

Bangun dari tidur untuk subuh dengan rasa ringan di kepala. Itu tandanya aku mendapat tidur yang cukup dan nyenyak.

Selepas subuh, mencuri masa merehatkan diri. Walau sebenarnya, ada lab manual untuk ku baca. Untuk eksperimen petang hari, dan aku telah menangguh untuk membacanya sejak dari semalam.

Bangun awal 2 jam dari waktu kelas. Mandi. Di dalam bilik mandi aku tiba-tiba tersedar, aku tersalah tengok jadual. Rupanya aku cuma ada sejam sahaja lagi!

Bergegas keluar. Siap dengan pantas. Makan di cafeteria dalam tergesa-gesa.

Logistik

Dan sekali lagi, logistic menekanku. Dalam tercungap, aku mengikuti rakan-rakanku ke kuliah. Berjalan kaki. Sejauh 1 km. Penat, tapi cuba ku hindarkan dengan bernyanyi kecil. Walau di hati rasa sedikit letih.

Pengecutkah aku?

Kelas bahasa inggeris. Tiba-tiba pensyarahku ingat tugasan yang diberinya minggu lepas. Selalunya dia lupa. Jadi aku andaikan dia akan terlupa, dan aku tidak bersedia.

Tugasannya bukanlah perlu menulis atau seangkatan dengannya. Cuma perlu membuat lawak.

Rasionalnya, kami mendapat jalan bagaimana membuat orang mendengar apa yang dikatakan. Juga yakin pada diri.

“I want you to have the ability to persuade people to hear what you want to talk. Its very important for your interview” itu katanya.

Tapi masalah timbul apabila dia mahukan ia kerja berkumpulan.

Aku sedikit tertekan. Lawak berkumpulan lebih sukar dari one-stand-joker! Aku lebih selesa seorang, tak payah dirancang, biar spontan.

Kerana aku tidak mahu digelakkan dengan lawak slapstick seperti Senario. Jika aku mahu digelakkan biarlah ianya secara terhormat dan bijak.

Tapi kumpulanku memberi tekanan kepadaku. Diorang banyak terpengaruh dengan Senario mungkin. Kerana semua cadangannya tidak praktikal. Semuanya ingin berdrama dan akhirnya akan menjadi seakan-akan Senario. Aku benci! Slapstick! Plastik!

Jadi aku mengambil langkah berdiam diri. Aku buat tak tahu. Aku tak mengambil bahagian.

Hasilnya, tiada wakil lelaki yang keluar. Rakan baikku agak kecewa dengan pendirianku. Dia katakan aku pengecut. Bagi aku, itu pendirianku. Take it or leave it!

Pensyarahku juga menambah mood despresi ku. Dia menjadi bias kepada lelaki.

Katakan yang lelaki terlalu ego. Mungkin benar, tapi bagiku, aku tidak keluar kerana aku tidak bersedia. Memang salahku, tapi itu pilihanku mahu ke depan atau tidak.

Lawak-lawak dari perempuan pun bukannya bagus sangat. Semuanya slapstick. Hebatnya pengaruh Senario. Semuanya rela menjadi bahan gelakan.

Tapi seperti kata pensyarahku, aku puji mereka kerana berani. Mereka pun sepertiku, tidak bersedia. Perbezaannya, they have a big heart kata pensyarahku. Lagi aku tertekan. Bagaikan aku kekurangan sesuatu.

Logistik lagi… dan KMC

Mood despresi bertambah selepas kelas itu. Sekali lagi logistic menjadi punca. Bilakah ini akan selesai?

Aku terpaksa berehat di perpustakaan. Ingin masuk makmal computer, penuh. Terus mengambil keputusan membaca manual lab petang ini.

Memilih tempat di zon senyap. (KMC – perpustakaan kuktem ada 2 zon – zon senyap dan zon perbincangan).

Nama je zon senyap. Taklah sesenyap mana.

Tambahan pula, ada la mamat mpp ni. Jawatan dia tinggi la juga. Berbincang dengan ajk perempuannya. Agak kuat. Mengangguku. Macam hampeh. Kalo nak berbicang pergi la ke zon satu lagi!

Tak puas hati. Aku membaca dengan mulutku kuat. Sesekali mengetuk meja, kuat. Sehingga dia menyedari dan berlalu. Terus mulutku mengucapkan ‘alhamdulillah’ agak kuat.

Dia sedar barangkali. Peduli apa. Senior tak senior. Kalau senior pun tapi tak pandai nak hormat orang buat apa. Tambahan pula mpp!

Aku dah banyak pengalaman dengan senior begini. Perasan bagus. Benci gila!

Keluar dari KMC. Menuju bilik kawanku yang berhampiran untuk solat. Ketika solat, rasa sedikit ketenangan di dalam ketegangan.

Lab

Ingin ke makmal. Sekali lagi aku tertekan kerana perkara yang remeh. Lantas aku mengambil keputusan berdiam diri. Mengunci mulut. Biarlah aku simpan semuanya.

Rakan-rakan pelik kerana aku diam. Sudah ku katakana, jika aku diam, orang akan risau.

Namun di dalam makmal, mana boleh berdiam diri. Jadi aku buang mood despresi itu. Aku mula bersikap professional.dan eksperimen kami mengenai mikrob itu agak berjaya. Tunggu keputusan esok.

Balik ke rumah dengan menaiki basikal rakan. Aku membonceng di belakang. Sekali lagi aku merasa diri ini menyusahkan dan terlalu bergantung pada orang. Aku tertekan kembali.

Anti depressant

Sampai di rumah, tiada apa mampu ku buat untuk redakan mata. Aku lelapkan mata. Semoga perasaan ini hilang. Selenyapnya.

Bangun hanya kerana aku sedar aku terabaikan asarku. Solat di akhir-akhir waktu. Jika tidak aku mahu terus lelap. Agar segala rasa yang terpendam tak lagi menggangguku.

Antidepressant yang terbaik – tidur!

Penutup

Menaip dalam keadaan despresi. Inilah hasilnya. Satu entri yang agak kelam kabut dan panjang.

Orang mungkin berkata aku terlalu emosional. Aku tak marah dikata begitu. Kerana itulah aku. Again, take it or leave it!

Bilakah tibanya masa ada orang betul-betul memahami datang menghulurkan tangan?

Aku sendiri menunggu dan menanti.

Antara imaginasi, khayalan dan fantasi.

Semuanya diranapkan realiti. Aku hanya mengikut jalan ini. Jalan yang ditentukan orang di sekelilingku yang inginkan aku menjadi ini. Bukan itu. Begini. Bukan begitu.

Dan ini semua membuatkan hati aku berbisik, berkata, lalu menjerit!

Mungkin tiba masanya nanti. Aku berpijak atas kaki sendiri. Tidak bergantung. Tidak menyusahkan. Mungkin nanti akan realitinya segala fantasiku.

Mungkinkah?

[Apakah maknanya renungan itu? Berkali-kali ku perasan dia merenung. Akan adakah kisah baru tercipta? Apakah? Bisakah?
Aku tak bisa meramal. Biarlah dahulu. Setelah Dealova, aku sudah letih memburu dan mencari. Kerana hati telah letih…]

:::YTBACK!!!:::

2 comments:

aisyah said...

kamal...kamal... nape ko pikir benda2 mcm tu.. just wanna say aku xpernah pikir ko ni menyusahkan. ko agak pesimis ey.. xelok laa. amalkan hakuna matata mcm aku ni. baru bleh maintain cute. hehe! ko xluahkan prasaan ko kt member2 rapat ke? klu kt blog ni nk tggu org komen lmbt sket laa. at least klu ko gitau org straight away bleh kasi opinion.. bleh tlg ko..
jgn pikir yg diri ko ni menyusahkan. kite xmgkn akan jd independent sepenuhnya.. we are actually very dependent esp at times like this.. still student.. klu x pon dependent kat Dia yg Maha Esa. masa kelas english aritu aku pon heran nape ko xkuar buat lawak.. pi je laa sorang2. xkisah laa group members ko nk wat lawak senario asalkan ko yakin yg org lain akn ketawa ngan jokes tu. biarlaa stupid jokes but you can still persuade people to laugh. learn to trust your friends. pasal kisah cinta ko lak.. tggu je laa.. ade yg sdg menunggu ko utk menjadi temannye. tp ko kena usaha gak.. dia xkan dtg bergolek. emm..lg..konfiden la sket ngan diri ko tu. ko dh duk jauh kt perdana gambang tu pikir laa penat lelah ko jln nk pi kelas menimba ilmu utk masa depan ko. xyah nk banding ngan oversea. malaysia lg hebat cuma exam-oriented sket. bangga ngan diri ko. ayah aku ade hntr msg kt aku aritu sbb aku mengadu aku xkonfiden bleh score. ayh aku ckp---->>harap k.long sabar n tabah menghadapi apa jua kesukaran dan cabaran.. hidup ibarat pelari marathon..yg berjaya hny utk mrk yg mempunyai kecekalan dan daya juang yg hebat.. baba yakin k.long memiliki ciri2 istimewa seorang juara.. all the very best and good luck k.long>>

jd aku nk perturunkan kata2 ayh aku kt ko--->>harap kamal sabar n tabah menghadapi apa jua kesukaran dan cabaran.. hidup ibarat pelari marathon..yg berjaya hny utk mrk yg mempunyai kecekalan dan daya juang yg hebat.. aku yakin ko memiliki ciri2 istimewa seorang juara.. all the very best and good luck kamal!

thats what i think. ur special u know. don't look too down on urself. ok laa.. aku nk tido.
nite!