Post mereng dari yang terdalam!

0020 – 22 Julai 2006
Post mereng dari yang terdalam!


Prolog

Satu lagi coretan dari zon selesa.

Baru bngun dari tidur yang pendek. Penat setelah membasuh baju selepas subuh dan training malam semalam. Tidur malam semalam pun agak lambat, jam 2.

Jadi aku kembali bangun untuk merasai hari ini. Apakah rasanya?

Aku sukakan hari sabtu. Tenang, mendamaikan. Ianya salah satu hari yang sering ku tunggu di setiap minggu. Merasakan bahawa segala tanggungjawab terlepas, dan aku sedikit bebas membuat apa-apa tanpa ada rasa menghalang.

Ya, hari ini aku damai. Esok bagaimana pula.

Menjelang ahad, aku kembali merasakan pelbagai tanggungjawab perlu dilunaskan. Persediaan untuk minggu yang baru. Tambahan pula minggu ini, malam ahad aku ada training. Jadi, aku perlu bijak merancang.

Hari ini aku akan mulakan rancanganku. Aku tidak boleh bermalasan kerana esok aku ada program yang perlu diikut. Hari Keluarga CHEST (Chemical Engineering Society). Apa perlu dikatakan?

Tak putuskan lagi, nak pergi ke tak. Walau aku sudah mendapat tempat, dan wang program pun aku dah bayar. Kerana itu hari rehat! Hehe

Kisah dia lagi…

Hurm, aku cuba mengelak untuk membincangkan perkara ini. Kerana aku tahu ramai yang seksa membaca kegilaan dan kemerengan aku terhadap dia. Tapi aku tak mampu menghalang rasa untuk menulis.

Jadi faham-faham sajalah. Kalau tak nak baca, tak payah baca.

Seperti aku katakana di post yang lalu, mereka-mereka menekanku kerana perkara ini. Susahnya meminati. Kerana aku minat, apa yang dia lakukan, aku yang menerima akibatnya. Alahai!~

Masyarakat sudah memandang serong kepadanya. Memanglah kita nampak perkara itu tak sepatutnya terjadi. Aku pun tak mahu. Seriously!

Tapi aku sedar siapa aku untuk berkata-kata dan memberikan pendapat. Aku sedar siapa aku.

Aku bukannya berkuasa. Hanya DIA yang berkuasa. Dan aku percaya qada’ dan qadarnya. Aku percaya pada takdir. Aku percaya kita kerdil di sisiNYA.

Dan aku melihat keadaan ini sebagai takdir hidupnya. Yang sudah tertuliNYA dan harus dia lalui. Mungkin kurniaan, mungkin ujian.

Perkara ini sedikit sebanyak membuatku berfikir, betapa berbezanya kita semua. Pemikiran dan cara kita melihat sesuatu. Cara kita adaptasi dengan keadaan, jua cara kita menghadapi sesuatu.

Lumrah manusia yang diciptakanNYA, masing-masing ada kelemahan dan kekuatan.

Telah lama ku sedar ini. Jadi aku kini mengambil langkah untuk melontarkan sahaja apa yang ku fikir dan rasa. Aku tak mahu asyik mengikut.

Perkara ini, mungkin terlalu jelek dipandang masyarakat. Terlalu hina. Tapi aku memilih jalan yang lain. Kerana aku percaya ketentuanNYA.

Bagiku, hidup kita di dunia ini umpama karma. Ala yang macam Alicia Keys nyanyi tu ‘what goes around comes around’ (betul ke? Aku tak hafal pulak.). tapi itulah maksudku. Umpama roda.

Aku tak suka mengeji apa-apa. Jika ada hanyalah komen. Kerana aku takut di hari muka, aku akan menghadapi perkara yang sama. Kerana aku percaya balasanNYA.

Mungkin ada yang mengatakan ‘alahai bodohnya, kahwin dengan orang tua’. Tapi bagi aku, siapa kita untuk berbicara? Mungkin di masa akan datang, yang berbicara akan dibalas perkara yang serupa.

Jadi aku biarkan dulu kisah ini.

Kerana mungkin apa yang aku coretkan, bisa anda mengerti dan ambil. Dan mungkin jua tidak. Kerana cara kita menerima berbeza, dan juga kita berhak menimbang untuk menerima.

Kita adalah manusia, yang berbeza pemikiran dan kematangan. Jadi terimalah perbezaan di antara kita ini sebagai sesuatu yang unik, anugerah dariNYA.

Sedang Ingin Bercinta… ke???

Kisah lain. Dealova.

Kisah yang berselirat. Kisah yang tersimpul. Tidak tahu mana hujung pangkal.

Zahirnya aku mengatakan aku sudah berhenti berharap. Tapi entah mengapa aku masih berharap. Sukarnya rasa ini untuk dibuang.

Kadangkala bila dia ada dekat, aku gusar.

“Setiap ada kamu, mengapa jantungku,
Berdetak lebih kencang, Seperti genderang mahu perang.
Setiap ada kamu, mengapa darahku mengalir,
Mengalir lebih cepat, Dari hujung kaki ke hujung kepala,
Setiap ada kamu, otakku berfikir,
Bagaimana caranya untuk bersama kamu”

Dewa 19 – Sedang
Ingin Bercinta

(Sila baca lirik di atas dengan tone rock yer, bukan dangdut! Lari maknanya nanti! hehe)

Ya itu lah kurasa.

Bagaimana nak menghapuskan rasa ini?

Perasaan vs perasan!

Kisah lain.

Renungan mata yang dicoretkan di post lepas. Tak ada apa-apa rupanya. Baru nak berperasaan rupanya ianya tidak bermakna.Aku yang perasan!

Alahai malunya! Kuikuikui

Epilog

Banyak yang ingin dicoretkan. Tapi rasa tak terluah.biar dulu la. Jika aku menulis dan terus menulia, aku rasa mungkin aku boleh buat novel kisah hidupku. Kerana kisah ini teramat panjang.

Hurm, testing testing!

1, 2, 3!

“Dan kisahku yang masih panjang,
Menambahkan berat yang memandang,
Lantas ku pendam ku putuskan,
Biarlah Rahsia…”

Sekian terima kasih!

Hehe (kan dah ternyanyi!)

Mereng mereng.

p/s – Tiada berita dari masalah aku yang satu itu. Lupakah mereka padaku? Hurm!~


:::YTBACK!!!:::

1 comments:

aisyah said...

ko ade masalah cinta ke?