Rahsia???

0320
03 Disember 2008

Ada pulak bertanya ke mana aku menghilang…
Kan dah aku katakan - "Cuti-cuti Malaysia, cuti rehatkan minda!"

Dua tiga hari ni, asyik melayari youtube
Melihat satu2 klip yang ada
Melihat sesuatu yang tak pernah dilihat

Betapa bagusnya teknologi kini
Kita dapat melihat segala macam movie
Dari pelusuk dunia
Yang tak pernah didengar namanya
Dengan perspektif yang berbeza-beza
Dengan cerita yang tidak sama

Ya, aku sibukkan diri aku dengan benda-benda itu
Di samping sibuk mengular di katil, membaca buku2 dan komik2 lama

Macam-macam klip
Toshi asyik mendowload je kejanya

Menonton satu movie ini
Terpempan!

Setiap orang mempunyai rahsia
Rahsia yang tak ingin diberitahu
Rahsia yang perlu disimpan

Walau ini namanya Yang Terdalam
Tapi masih tidak terlalu dalam
Aku ada juga kisah yang perlu aku simpan untuk diri sendiri
Sedangkan rakan terbaik aku di dunia pon tidak kuceritakan seluruhnya

Ya, aku mempunyai rahsia!

Tapi movie ini
Kisah ini
Membuat aku rasakan rahsia aku bukan lagi rahsia
Buatku rasakan bahawa bukan aku sahaja mempunyai rahsia sebegitu
Membuat aku faham bahawa aku bukannya keseorangan dalam melalui rahsia itu

Melihatnya, bagai melihat diri sendiri sebagai watak utama
Oh, setiap event amat bertepatan!
Walau bahasanya bukan bahasa ibunda
Tetapi substitle English banyak membantu!

Cuma kisah aku tidak lagi berpenghujung
Namun kisah dalam movie itu sudah ditamatkan
Adakah akhirnya kisah ku ini bagaikan movie tersebut???

Berangan!
Hidup tak seperti movie…

Mahu kembali mencari movie2 yang boleh membuat aku berfikir
Walau dari mana sumbernya
Tetap ada yang positif boleh diambil…
Bak kata Iklim, Suci dalam Debu kan…

Eheh!
Aku macam Keri lak, letak reference kepada lagu rock kapak!
=p



p.s - sumehow, bila banyak sangat perkataan rahsia dalam entri ni, aku terfikir, betul ke namanya rahsia? tiba2 rasakan yang rahsia bukan perkataan bahasa melayu... hurm... korang paham tak ni? errm takpe la!


:::YTBACK!!!:::

17 comments:

Hilman Nordin said...

laaa... mana dia link ke movie tu?

ahmadkamal said...

HILMAN
kalo aku bagi link nya, tak la namanya rahsia lagi dah! huhu

Nurul Nadiah said...

lama tak singgah sini =)

Nurul Nadiah said...

Hah. Baru kejap saya singgah. dah ade komen incik ak0143 kite. hoho. saye menaip disini awak menaip disana eah? =p

leh je jumpe di kuantan tu. nanti saye roger.

ahmadkamal said...

NADIA
haha... ye la...
serentak lak tuh!
neway nice template!
pasal kuantan ok je...
takpe... lama lagi kan...
huhu

IamYonna said...

ceh..
link movie pon nk rahsia ke kawan?
hehe..

aku agak menggagau nk fhm entry ko ni.
takpe,
aku dtg esok hari :)
sebab aku pasti entry2 ko mcm ni mmg best! :)

Princess Liyana said...

Alahai..btol,hdp xseindah movie.hm,nk jumpe happy ending memang susah.entry ni sggh byk pktaan rahsia.boleh dianalyze from the discourse point of view.hehe.linguistic jap.

Diana said...

ok2 da wat pop up da hak3 >.<"!

:: Cikgu Wiween :: said...

oit! kata jek laa kempunan mau buat movie & jadik superman jambu dlm movie tu. hero tu jgn memain! agagagga :p


rahsia kunun. uwekkkkkkkk :p

~ mizzAmy ~ said...

~ apa la yg dia rahsia kan tuh?? jangan dipendamkan sangat. kang meroyan sengsorang. ~

ahmadkamal said...

YONNA
mmg la rasia..
kalo ko tgk movie tuh nanti, ko tau la rasia aku apa...
wah2...kembang sebentar beta! =p

PRINCESS
haa
tlg analyze kan beta
kene masuk wadkah beta, dicucuk jarum sume???
haha

DIANA
ok dokie!

WIWEEn
beta tak penah kata diri beta superman..
wiween yang bagi beta nick tuh...
apa boleh buat
trime saja la!!!

MIZZAMY
there are some things better left untold... thats y! =p

ChesterChaz said...

hahaha.. youtube mmg sgt bagus.. aku suke tgk iklan2 dari negara lain yang tersangat la kreatif dan klakar.. haha

ko jgn tgk bukan2 lak mal.. xbek tau.. :P

ahmadkamal said...

KAMAL
yerp... youtube mmg bagus...
erk??? tuh komen tuk diri sendri ek???
mana tau ni????
kantoi!!!

diya said...

bhs melayu cumalah ada 3 perkataan yg tak dicilok dari mana2 bhs. tak termasuk rahsia :)

ahmadkamal said...

DIYA
apa perkataan2nya???

zura lias said...

ade mende nak citer nie..tapi RAHSIA ahhhh....muahahahahaa

ahmadkamal said...

KAK ZURA
dah tau dah rasia dia apa...
kak zura mau kawen kan??
kan???
hahaha