"Untuk aku melupakan, aku harus membenci"

0335
27 Disember 2008

Entri ini dicoretkan dengan mendapat keizinan mereka yang berkaitan…

Cuti semester memang selalu menjadi satu masa untuk aku berjumpa kembali kawan-kawan lama untuk bertukar-tukar cerita dan kisah diri. Waktu waktu beginilah digunakan untuk mengulang kembali memori di saat persahabatan dulu, mengenang kembali yang telah lepas, dan juga memberi maklumat terbaru mengenai kehidupan masa kini.

Cuti ini juga tak terkecuali. Ada juga kisah kisah yang telah dikongsi.

Banyak orang yang aku jumpa cuti ini, namun kisah dia ini terlekat di hati. Tak nak bazirkan kisah ini, aku mintak izinnya untuk dijadikan entri!

Mari kita memberi initial Mr R kepada si jejaka dan Miss P kepada si wanita.

Seperti biasa, berjumpa. Untuk memudahkan, aku dan Mr R berjanji untuk berjumpa di shopping complex saja. Aku pon dah lama tak ronda-ronda shopping complex sekitar KL ni, asyik habiskan masa di Megamall atau ECM Kuantan je. Jadi, Mid Valley menjadi pilihan.

Kami bertemu menjelang tengah hari. Mengenangkan perut yang lapar, kami decide nak pergi makan dahulu. Mc D menjadi pilihan, cos it’s prosperity time! Aku memang dah lama mengidam prosperity dan aku amat ketagih twister fries nya. Mr R mungkin dah bosan dengan Mc D, hanya memesan double cheese burger sahaja.

Bertukar tukar cerita. Banyak gossip sebenarnya. Ye lah, nak tukar cerita pasal - mana mamat ni pergi, minah ni amik pe, dah kawen ke - dengan secara tak langsung terkeluarlah segala gossip-gossip lama yang terpendam!

Hinggalah satu ketika, aku tertanya:

“Weh… ko ngn Miss P apa citer?”

Ku lihat dia terkedu. Double cheese burger yang separuh dimakannya itu diletakkan kembali ke meja. Matanya membulat. Macam ada api dalam matanya.

“Tolong jangan sebut lagi nama tu boleh tak?”

Aku kaget. Tak pernah aku tengok mamat ni gini. Yelah, dia ni kiranya dikenali sebagai seorang yang happy-go-lucky, yang ceria. Kehadiran dia selalu menceriakan orang-orang sekelilingnya. Maybe, sebab itu dia kiranya disenangi la gak.




















Aku tahu kisah dia dengan Miss P sebab dia bagitahu aku. Mr R dan Miss P ni kawan baik. Dari zaman sekolah lagi. Ditakdirkan mereka dapat matriks yang sama, dan u yang sama.

Aku sering usik mamat ni, ‘ko memang saja pilih dekat ngan miss P kan’ dan dia selalu bereaksi agak malu2. Satu reaksi yang agak kurang sesuai dengan mamat happy-go-lucky macam dia. Sejak dari itu, aku tahu, mamat R memang ada hati dengan minah itu.

“Errmm… pe hal ni? Kenapa ko tiba2 tak nak sebut nama dia pulak”

“Tah la… tiba2 aku benci nama tuh. Nyampah!”

“Laaa… apsal tiba2 ko benci dia pulak?
Bukan ke dulu, nama itu yang selalu buat kau angau! Teringat2!”


“Untuk aku melupakan, aku harus membenci”

“Uhhh???”


Aku tak faham. Serius aku tak faham.

Slow2 dia cerita kat aku.

Rupanya dalam sela masa aku tak jumpa dia tuh, dia confess perasaan dia dekat Miss P. Bagi lelaki macam dia yang selalu open pasal semua benda, aku agak faham, dia memang sukar nak luahkan betul2 perasaan yang dia rasa dalam hati dia. Thus, bila dia cakap dia confess, aku terkejut. It’s a big step!

“Masa aku bagitahu kat dia, dia kata ok je.
Aku tahu yang dia faham apa yang aku maksudkan”


“Habis tu.
Apa yang berlaku?”


“Tah la.. aku pon tak faham dengan minah ni.
Kadang2, bila aku takde dia cari aku.
Kadang2 bila aku larikan diri dari dia, ramai orang kata dia cari aku.
Bila aku dah kuat, aku confess kat dia, dia wat derk lak kat aku…
Macam aku ni hapa je!”


“Erm…”

“Masa tuh, aku rasa macam dipermainkan lak.
Bila kita takde dicari. Bila kita ada, dia wat tatau.
So satu rasa bengang mula muncul dalam diri aku.
Aku pon buat tak layan je la.”


Aku tatau nak cakap pe. Aku buat2 minum air, sambil tunggu dia sambung cerita.

“Sampai satu ketika, aku perasan dia dengan mamat ni.
Aku tanya la siapa mamat tuh. Dia kata takde pape.
Sampai satu ketika, dia mengaku jugak dia dah kapel ngan mamat tuh.
Dia harap aku jadi kawan dia.
Bullshit!”


Aku diam.

“Lama gak beb, aku pening kepala.
Aku tatau nak buat apa. Aku terus malas nak fikir.
Lagi fikir lagi menyakitkan hati je.
Minat dah lama beb, tapi jadi macam ni.
Lepas ni, aku malas lagi fikir pasal dia.”


“Habis tuh, takkan ko tak teringat2kan dia?”

“Teringat tuh ada la. Kadang2 tanya gak apa yang kurang.
Tapi dah dia buat cmtuh. Aku nak buat macam mana.
Tu yang aku cakap tadi ‘untuk aku melupakan, aku harus membenci’.
Sekarang aku nak jaga hati aku sendiri.


“Huhu, ‘untuk aku melupakan, aku harus membenci’.
Boleh jadi tajuk lagu la plak”


“Gelak la ko! Gelak!
Tak jadi kat ko, memang ko tak rasa”


“Lek la.. aku nak lighten the mood je…
tak best camni lama2”


“Tu la. Ko nak lighten the mood, ko jangan sebut nama dia lagi.
Aku malas nak ingat pasal dia.
Bagi aku dia dah takde dalam hidup aku.”


“Hurm, ok”


Kadang2 terfikir, bertapa memeningkan benda2 gini. Dulu diowang ni rapat giler. Sampai orang sibuk berkata diowang ni kapel. Tapi aku tak nak percaya selagi aku tak dengar sendiri dari Mr R.

Sekarang ni, diowang jadi begini.




















Aku dah mintak izin dengan Mr R untuk tulis kisah ni.
Mungkin bagi korang yang baca, korang tak faham kenapa dan apa cerita yang sebenarnya.
Tah la. Susah nak menulis sebenarnya.

Sebab cerita diowang bagi kowang mungkin amat simple dan senang diselesaikan. Tapi bila ko berada di tempat aku, yang kenal diowang dua dalam satu sela masa yang lama, ko mungkin faham kenapa aku ingin berkongsi kisah ini.

Perkataan “untuk aku melupakan, aku harus membenci” bermain2 di fikiran aku buat beberapa hari. Aku cadang nak tulis entri hari tuh, tapi tak mintak izin lagi.

So sekarang dah ok. Aku tulis je la…


:::YTBACK!!!:::

9 comments:

Amin Ahmad said...

aku simpati pada kawan kau.

ya, kita kadang2 jadi lelaki yg cuba setia sangat2 walaupun kita akui dlm proses 'berkawan', ada benda yg kita mungkin buat salah.

tapi bg mereka yg perfectionist dlm hubungan, mungkin itulah kesalahan kita paling besar.

maka pilihan membenci mungkin pilihan paling buruk yg terpaksa kita buat.

hadapi dengan senyuman.

:: Cikgu Wiween :: said...

uhuk~ entah mengapa beta macam terasa laa pulak. huhuhuhu *tumbuk2 dinding*

ahmadkamal said...

PEWARIS REFORMASI
mmg btol tu
kadang2 kita try jadi lelaki yang setia
tapi kalo pompuan tak setia tak guna gak kan...
berpegang pada: "Forget about people from the past,There’s a reason they didn't make it to your future"
thanks sebab lawat YT!!!

WIWEEN
tu la.. beta dah kata...
hati anda tercuit ke?
haha
there is always another side of the story...

noha said...

pndi gak kwn ko berkata2,"utk melupakn,aku harus membnci"..mcm ada je lirik lagu mcm tu..tp mgkn btul lh kot..bkn sng nk lupakn org yg pernh kita syg plus dgn org yg maen tarik tali mcm tu..klau dia dh aim nk lupakn,mmg pttlh xnk ingt apa2, klau ingt pn,sila ingt yg x best je..:)

ahmadkamal said...

NOHA
haa tu la kan...
aku pown terkejut beruk bila dia kata cmtuh
tapi beruk yang hensem la... =p
maybe sbb dia dah lama fikirkan mende tuh
sampai dia pown create satu ayat gitu...
kesan digantung tak bertali kowt... =p

bojeng said...

ha.....ak....disebabkan aku da follow blog ko...meh sini aku nk btau sikit....

ko ingt ni...
"if u are trying hard to love somebody....thats mean its not ur love!...LOVE is NATURAL"

tak gune ko nk pakse2 bende ni datang...feeling ni akan hadir sendirik...klu btol i come from ur heart tanpa dipaksa...ya itu lah LOVE....itu aje yang aku leh try nk lighten kan mood ko....n try to hear this song...sbb aku penah dengar lagu ni 3 minggu lepas...n aku kuat..aku brani..n aku sedar..

Emotional Love Song from Dewa 19...and after that...after ko dah release...or dah jmp yang ko nk or the natural tu...ko dgr lagu ni...Larut from Dewa 19 too.....(im a indo freak)heheheh
challow bro....

ahmadkamal said...

BOJENG
oh? kalo ko tak follow tak leh gtau la...?
erk.. nasihat itu, kepada aku ke kawan aku??? haha
siap ada lagu2 lagi..
ko antu indon ek?
aku pown!
tapi aku antu peterpan la!
haha
i get ur point - let it flow naturally
thx!

DeWi said...

beb lama aku x kunjung blog ko...
SOWEY~

hurm..
entry neh wt hati aku terdetik tuk berkata-kata.. walopon manyak mende yg terjadi pd kita...

dan ia berkaitan dengan hati.. ingt la.. Allah sdg menduga hati kita...

cukup la sekadar kau berkata pada diri... "aku bukan untukkmu" dan jangan sesekali kau ungakapkan "kau bukan untukku"

beb.. jalan idup masih panjang...
mari bereksperimentasi dengan hidup...

p/s: EIM.. aku peminat setia dewa.. smua album dewa.. aku ada.. hu3

ahmadkamal said...

DEWI
takpe.. ko tak slalu ke mari
aku faham... ko busy...
yerp... trimas 4 da advice1
wah, jangan sesekali berkata "kau bukan untukku"
sungguh bagus nasihat itu...
ye la..
bila cakap cmtuh, mcm berlagak giler kan!
thnks again...
haaa ko kenal2 la ngn bojeng tuh.. dia peminat kental dewa!!!