Ulangtahun Yang Terdalam yang ke-2!!!

0206
16 Mei 2008

Hari ini 16 Mei...
*Hari apakah? Hari Guru?*
Bukan!

Hari ini merupakan
HARI ULANGTAHUN YANG TERDALAM YANG KE-2!!!
(tepuk tepuk)

Hari ini, detik ini...
Mengimbau kenangan 2 tahun dahulu!

Kenapa Yang Terdalam dibuka???

”I write in order to discover what i think”
English novelist, Rebecca West


Di waktu begini, aku gemar mengimbau sejarah-sejarah yang telah tercipta.

Awalnya, aku mungkin seperti Rebecca West, aku menulis adalah untuk mengetahui apa yang aku fikirkan.

Ingat lagi, saat itu, aku keliru dengan diri sendiri.
Kiranya, aku mencari-cari identiti diri sendiri.
Hidup dalam kebosanan, kesepian, tanpa ada insan istimewaa di sisi.

Ya, itulah aku ketika itu!

Segala benda, aku pendamkan.
Pahit, manis, suka, duka.
Semuanya tersimpan di dalam sekeping hati ini.
Aku tak bisa meluah, tak bisa bercarita.
Dunia aku, aku-aku sahaja.

Sampai satu ketika, aku ‘terlawat’ ke blog Irina.
*Ya, aku ingat lagi Irina!*

Di sana, aku cemburu akan dia.
Rakan sekolah yang aku kenal hanya pada nama ketika itu
Bebas bercerita tentang hidup.
Bebas bercerita apa yang dia rasa.
Bebas melahirkan perspektif.

Dalam hati aku terdetik
INI YANG AKU MAHUKAN!!!









Yang Terdalam di Friendster


Bermulanya kisah, aku membuka blog di Friendster.
Tarikhnya, aku malas nak semak balik, tapi yang pasti, waktu itu adalah studi week untuk final exam sem 2 aku.
Orang lain studi, aku sibuk ingin membuka blog!

Dan bermulalah siri kisah yang panjang, di mana aku berbicara mengenai apa yang aku rasa.
Bagaimana aku melihat sesuatu, apa tafsiran aku.

33 entri di blog lama menampakkan siapa aku sebenarnya.

Cuma, ketika itu, aku kurang selesa.
Setiap kali aku update, akan ada satu notification emel kepada rakan-rakan aku mengenai blog aku yang sudah diupdate.
Jelas aku tak selesa.
Bagiku, aku bagaikan meminta-minta untuk blog aku dibaca.

“If you ask me why I came into this world, I, an artist, will answer you: I am here to live out loud”
Emile Zola


Permulaan Yang Terdalam di blogspot


Satu lembaran baru dibuka.
Aku berpindah ke blogspot.
Tanpa aku sedari, ia merupakan hari guru, 16 Mei 2006
Aku pula, sibuk menggodek blog.

Kenapa Yang Terdalam?
Ini merupakan salah satu tajuk lagu kumpulan Peterpan, yang aku gunakan sebagai tajuk blog ini.
Mungkin sedikit kelakar bagi sesetengah orang, tetapi blog ini memang menggambarkan diri aku, jauh dari apa yang mereka lihat di alam realiti.
Ini adalah refleksi kepada siapa aku sebenarnya.
Maka nama Yang Terdalam menjadi pilihan.

Di awalnya di sini, blog ini dipenuhi dengan kisah ’dia’
Dia yang ku kenali, dia yang menemani sejak 10 tahun dulu.
Bagi aku yang agak anti-sosial ketika itu, dialah peneman segala-galanya.
Namun dia terpaksa pergi.

Hampir 3 bulan juga blog ini dipenuhi kisah dia.
Sehingga aku sedar dia akan dan harus pergi, maka corak penulisan aku di blog ini pun berubah.
Blog ini dipenuhi dengan kisah-kisah harianku.


Ulangtahun pertama Yang Terdalam


Atas nama anonymous, blog ini tidak dikenali oleh rakan-rakanku.
Jadi aku bebas bercerita mengenai mereka di sini.
Apa yang aku tak puas hati, apa yang aku benci.
Semuanya ditulis di sini.

Di awalnya juga, tanpa ku sangka, tulisan jujurku mendapat perhatian orang-orang yang tak pernah aku kenali.
Sejak dari itu mereka kerap datang ke sini dan menceriakan hari-hari aku.

Teddybearhijo, Hilman, Joey, Truanta,
merupakan antara yang terawal.
Dan aku bersyukur, ia masih berkekalan hingga kini.

“ I write because I hate. A lot. Hard”
William Gass















Salah satu template yang pernah digunakan Yang Terdalam


Sejak dari itu, Yang Terdalam mengalami perubahan warna yang ketara.

Di kala aku muram, Yang Terdalam turur muram bersama.
Di kala aku sedih, Yang Terdalam turut sedih bersama.
Di kala aku gembira, Yang Terdalam turut gembira bersama.

Segala rasa, Yang Terdalam ada bersama.

Entri aku makin pelbagai.
Ada yang sengal.
Ada yang adventure.
Ada yang mengenakan orang.
Ada yang meraikan orang.
Ada mengenai kejayaanku.
Ada mengenai kegagalanku.
Ada juga mengenai kegilaan kuasa aku.

Semuanya tertanskrip di sini.

Kumpulan kawan-kawan semakin besar.
Dari sedikit, semakin banyak yang bertandang.
Aku terharu, yang bertandang, terus kekal di sini.
Dan semakin menambahkan kumpulan yang ada.

Sejak dari itu, aku dapat merasakan perubahan Yang Terdalam
Jika dulu, aku bebas menulis bila aku rasakan aku mahu.
Kini, aku perlu untuk update sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Jika dulu, aku bebas untuk menggunakan segala bahasa carutan yang terlintas.
Kini, aku dengan sendiri bijak mengawal diri, mengelakkan kata-kata yang pedas.
Jika dulu aku ikut mood sendiri sahaja.
Tapi kini, aku mengambil kira mood orang lain juga
.

Cara aku menulis semakin berbeza.
Aku semakin mempunyai keinginan untuk menyuntikkan kekreatifan aku dalam setiap entri yang aku coretkan.
Tapi, masih, ada ketikanya, aku hanya menulis apa yang terlintas.
Namun, kadang-kadang, yang spontan itu juga yang disukai kawan-kawan ku.
Blogging kadang-kadang pelik...

“Writing is a form of theraphy;sometimes I wonder how all those who do not write,compose, or paint can manage to escape the madness, the melancholia, the panic and fear which are inherent in the human situation”
Novelist and screenwriter


Template Yang Terdalam sebelum ini


Kini.
Yang Terdalam makin berkembang.
Ketakutanku dulu, bila orang di sekelilingku tahu akan kewujudan blog ini sudah berlaku.
Dan aku sudah berjaya menerima keadaan itu seadanya.

Di dalam entri ini, aku pernah bertanya.
Apakah perubahan yang dapat dirasakan di Yang Terdalam.
Kerana aku merasakan perubahannya.

Apapun, kewujudan Yang Terdalam memang mempengaruhi kehidupan sedar aku.
Nafikan bagaimana juga, ia memang salah satu khazanah berharga yang aku punyai.
Melalui blog ini, kehidupan aku semakin berkembang.
Melalui blog ini, aku mula kenal siapa aku.


template Yang Terdalam yang terbaru sempena ulangtahun ke-2


Ini tahun ke 2 Yang Terdalam.
Aku harap ia akan terus kekal di alam siber ini.

SELAMAT ULANGTAHUN KE-2
YANG TERDALAM!!!



p/s – entri ini juga digunakan untuk menjawab tag oleh Noushy Syah ”10 Reasons Why I Blog” (sambil menyelam minum air neyh!)

p/s – layout blog ini tak berubah2 dari zaman dulu sampai sekarang... so untuk ulangtahun kali ini beta ubah layout, akhirnya sempat walaupun perkara ini berlaku

p/s – apa la katakan, korang g la wat celebration besar2an dekat blog korang dalam masa seminggu nih... cepat wat entry celebration 7 hari 7 malam!!! *mode gila kuasa*


:::YTBACK!!!:::

12 comments:

lind said...

epi besday yang terdalammmm!

dalam giler dah neh ehehe

teroskan blogging ok kamal. anda blogger yg rajinnnn! kene kasi award neh..

victoire said...

happy birthday YT!
teruskan menulis.
aku memang suke sangat bace kisah hidup orang.

anyway kalu aku lepak di lab, aku sure datang sini cari lagu nak dengar.
pc awam mane de lagu kan.
hehe
dgr radio x clear.

Nurul Nadiah said...

happy birthday yang terdalam!

=)

Diya said...

alahai. tahniah kamal. dh 2 tahun kamal blogging, lama gak tu. hopefully, kita bleh blogging sama2 sampai bila2. cewahhhh. akakaka.

btw, Di atas normaL pun kita amek tajuk lagu peter pan. ehem. cam ade chemistry kan. alamak. terlebih sudahhh. ekekeke :p

Princess Liyana said...

Happy birthday yang terdalam:)
Selamat hari guru juga kat semua guru2 kita.
Wah,gmbr ct nurhaliza kah tu?uhuhu.
Teruskan blogging ek. chayo2!

dakchomey said...

heppy besday yg terdalam..da dua thn erk melayari khdpn blogger...

semoga maju jaya...

da tuka yemplate erk..nice...

NuRuL said...

wah...kirenye awak akan sentiasa ingat tarikh 16 mei ini ya..bagusss!!!
hepi besday YT...teruskan menulis okiesss!!!

khairul najmi yusof said...

hepi besday to yang terdalam. pakcik tulis ler dgn hati yang jujur. betol pakcik sy lagi suka penulisan pakcik yg sempoi dan sengal.

pakcik kamo memang blogger yang menceriakan hari2 sy!!!!

Noushy Syah said...

Happy 2nd anniversary for 'Yang Terdalam'....keep blogging and at the same time wishing you all the best in your undertakings.

Will keep visiting you as long as I'm around:)

Have a nice relaxing weekend.Take care Kamal and Yang Terdalam...

A bash romantic dinner for 2's coupon to be claimed at West End,Piccadily Circus,expiry in 7 days..hehehhe.

ahmadkamal said...

LINDOSH
tau tak... beta sbenarnya ngntuk.. nak tido.. tapi nak tggu gak sapa yg 1st komen.. tgk2 lindosh... n pastuh beta leh tido dah... hahaha
award??? nak kasi pe??? best2!

K-RIEY
oho... ske baca kisah org ek... busybody ek??? haha
bukak YT kat lab nak dgr lagu??? haa... ni leh mintak bayaran nih...
tggu la eh... minggu dpn aku blik umah, aku akan updatekan lagu2 kat sebelah sini... lama sgt tak update da...
btw, byk lagu siti kan... leh layan siti gak ke???

NADIA YUNA
thnks! nak adiah!!! =P

CRAYON KAKAK / DIYA / ARIA AYUMI / BIRI2
tergelak baca ini komen... ye harap leh blog sampai bila2... cos the bond that has been created through our blog is interesting rite???
ada chemistry??? apakah maksudnya tuh??? ish2...
*best btol penggunaan tagline stacy di situ!*

PRINCESS LIYANA
tq! samat hari guru juga kan...
ye... itu gmbr ngn ct... lama dulu r...
akan terus blog... tq

DAKCHOMEY
tq 4 da wish... yerp 2 tahun.. tuh tak plus yg kat fs lagi...
yerp template baru...ok ke???

NURUL
16 mei??/ hari pe tuh??? *pandang kiri kanan*
ingat bday YT je! yg len tak ingat!!! hahaha

KHAIRNAJ
wah... komen puji2 nih... wat beta kembang la plak... wahahaha
tak leh janji akan terus sempoi dan sengal... YT terbina berasaskan mood penulisnya... kalao dia nak jiwang, meroyan ke, layankan aja!!!

NOUSHY SYAH
tq noush... lawat2 sini, slalulah bwk buah tgn ke... nih asik lawat je... haha
wow! ada hadiah??? utk 2 orang??? mmm best2...
jngn terkejut lak kalo tiba2 beta ada kat situ! huhuhu
tq noush

Adzrul Ariff said...

Salam Kamal;

Menarik blog ni, saya baru jumpa dari entry diya (crayonkakak). Salam anniversary kedua utk blog ni and saya suka quotes tu. Tergerak saya utk tulis artikel pasal benda yg sama utk blog saya yg baru nak bertatih ni. :D

Sy akan add kamal dlm blogroll sy.

Jumpa lagi.

ahmadkamal said...

ADZRUL
thnks thnks thnks! lihatlah dunia!!! (sambil idong kembang!) hahaha
ops owg bawu tak tau beta nih sengal... ok behave2...
quotes tuh dapat dr buku yang tgh baca... nampak cam best tu yang tulis.. lebeh2 lagi smpena bday YT yng ke 2 kan...
anda pown sudah di add ke blog roll... keep in touch!!