Sepi

0239
28 Jun 2008


Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

Bagitulah bait-bait dalam filem Sepi yang kini berada di panggung berdekatan anda...

*****
















Sepi...

Aku tahu ia ada di sekelilingku
Aku acapkali merasainya
Bila aku sendiri
Bila tiada siapa menemani
Bila waktu berputar tanpa disedari
Aku acapkali merasa sepi

Mengetahui dan menyedari
Aku cuba hapuskan sepi itu
Aku hiaskan sebuah senyuman di bibirku
Aku palsukan sebuah kegembiraan
Namun di pelusuk hatiku, aku tahu aku masih lagi sepi

Sudah lama aku meninggalkan rasa sepi itu
Dan sudah lama aku membiarkan diri dalam kegembiraan ciptaanku
Dan semuanya berjalan lancar

Hinggalah sampai ketika
Aku menyaksikan sendiri sebuah sepi dilakarkan di layar perak
Digambarkan
Diceritakan
Dan diulangtayang semula
Tiba-tiba rasa sepi itu hadir
Kembali menyesakkan jiwa
Aduh!
*****

Semalam aku menyaksikan Sepi
Bagiku, ia wajib ditontoni
Bagi aku yang senang untuk ’menyelami’ ke dasar hati ini, ia amat ku gemari
Dan tidak rugi aku mengorbankan wang ringgit dan masa menontonnya
Kerana ia begitu dekat dengan hati

Kisah Adam, Sufi dan Imaan
Tiga kisah berbeza
Tiga cerita berbeza

Namun digarap dengan begitu baik sekali
Sehinggakan dalam setiap kisah
Aku dapat merasakan satu perasaan ’ghosebump’
Itu tandanya hati aku sudah ber-reaksi

Bukan sekali dua, malah berkali2
Bagai dipanah2 kisah yang digambarkan itu ke hati aku

Sepi Adam mencari2...
Sepi Sufi kehilangan yang pasti...
Dan sepi Imaan mencipta imaginasi...

Semuanya terpanah di hati ku
Semuanya menusuk aku!
Sakit!
















Keluar dari panggung, aku sedikit hairan dengan kawan aku yang laju berjalan menuju ke kereta…
Selalunya dia terus akan membuat ulasan tak rasmi mengenai filem yang baru kami tonton
Tapi tidak kali ini

Rupanya dia masih lagi sebak, dan tidak ingin biarkan aku melihatnya
Dan di dalam kereta kami lepaskan semuanya
Aduhai sepi!

Aku bukan mudah nak mengalirkan air mata
Aku sebak sedikit sahaja, aku tahan dan air mata itu tidak keluar
Namun semalam, ada setitis sudah keluar
Aduh! Jatuh saham!


Buat semua yang suka bermain perasaan dengan hati
Ini filem wajib ditontoni

Janganlah download, beli VCD, DVD, Blue Ray ke hapa
G panggung kerana di sana ia lebih terasa
Dan tutup hanset, jangan biarkan kawan di sebelah berkata2

Dan layarkan hati dengan sepi
Melalui filem Sepi







p.s – entri ini ditaja oleh filem Sepi yang telah mengupah blogger ini dengan satu jumlah yang lumayan – satu pelayaran hati yang indah!




:::YTBACK!!!:::

22 comments:

Princess Liyana said...

alahai,emo jugak tuanku ni ek?ahaks! tak tgk lagi.huhu nanti2la tgk.bli la cd ke dvd ke.hihi

Diya said...

hehe. kak ngah, kamal ni emo plus jiwang sket. kadang dtg ms2 die, mula lah ayat bunga2. hehehe.

tingin gak nak tgk cite sepi ni...

ahmadkamal said...

PRINCESS
anda teramat baru di YT... jadi bukan salah anda kalo tak tahu!
yang lama2 mmg tah beta nih emo + jiwang... cuma akhir2 nih je menjadi sengal2...
jangan beli cd/vcd! tgk kat wayang...
ehem! pe kata kita date tgk citer ni???
huhuhu

DIYA
tah... kan... takpe.. maafkan dia... dia masih baru di sini! haha
tgk la... beta rekemen!
serius!

Alin said...

kamal, aku baru tengok sepi malam tadi dengan cousin aku. hm, part adam dan imaan are ok, tapi part sufi, don't u think it's a little bit boring? tambah tambah lagi bila part dia dah start jiwang jiwang dengan marya tu. siap suruh tinggalkan suami dia mulakan hidup baru, tak boleh blah!

i find it a lil bit disturbing, hm.

overally, bestlah. aku bagi 3 bintang. tambah lagi macam mana dia relate 3 watak tu, adam, sufi & imaan.

ok, khalil is an eye candy! hehehe :P so bolehlah, suka jugaklah tengok cerita tu hehehe :D

NuRuL said...

nak tengok jugak nih..next week kot..huhu

Princess Liyana said...

huhu.date?macam ajak2 ayam je?hahaha:p

ahmadkamal said...

JAZLIN
yerp... part tuh, aku rasa momentum dia dah lari... mula2 part adam tuh best... klako... pastu sampai part bosan sket...
tapi aku rasa diselamatkan dengan citer imaan yang aku tak sangka tuh... mmg aku terpanah, sebab dia tunjukkan imaan cipta imaginasi kan.. macam aku slalu buat! huhu
somehow aku tgk approach dia macam ahadiat akashah la... dia pown penah wat citer yang gitu, mula2 kembangkan watak, n then gabungkan smuakisah....
eye candy ke??? tak ske aku pierre... tah r... dia cm skema sket... ops!

NURUL
g la tengok!
jngn lupa bwk tisu!!! huhuhu

PRINCESS
ajak2 ayam dah r... sapa la kita nak ajak btol2... macam diterime je... eheh!

Princess Liyana said...

belum cuba belum tau;p cewah!huhu

ahmadkamal said...

PRINCESS
errr pomot diri nampak!!
haha

Princess Liyana said...

haha,btolla. orang takde bf, pomotla diri.hik2

IamYonna said...

omg!!!
ini filem sangat super duper hebat weh!!!
sumpah ianya sangat best..
nangeh gila aku tgk weh hahhaa..
siap bawak spare tisu lagik..
ending dia..
aku bajet eja ngan sufi..
sangat sedih part wife suzi mati tuh..

hahaha..
kasut air cond :D
dan part imaan paling touching..
tima dia flash back dia ngan khalil tuh..
time khalil 'hidup' sebagai roh!

aku sangat tidak expect yang khalil tu dah mati..
patot la ppl around her tgk die pelik bile die jalan dengan khalil!!
and ean sangat best!
x penah give up utk dptkan cinta..

vanida dan afdlin sangat sweet!!

suke watak suzy (nasha)
hahha..
lain dr yg lain :))

conclusion!mmg gila hebat ini cerita..
mcm movie cinta dulu..
sampai skrang aku touching lg :(
ouh..

huhu..
haaa..
kan dah berjela aku komen ni heh :p

haaa..
tgk!! baik aku kasi review kat blog haku je!!
blog aku pun aku x buat review haha!!

Adi Luqman said...

aku suka sangat2 dengan 'review' ko pasal muvi neh. Eh jap, review ko pasal muvi neh atau review ko pasal perasaan ko? haha.. tak kesah mana mana yang penting aku suke ENTRI ni. sangat menyentuh ayat2 ko macam filem SEPI tu jugak. Sayang aku tak ada byk masa terluang nak tengok muvi neh one more time, sebab aku terlalu bz. Kalau tak aku dah tgk sekali lagi.

ahmadkamal said...

PRINCESS
we'll see bout that k... samada kita ada kisah atau tidak...
lalalalala

YONNA
hahaha panjang n bagi spoiler lak dia neh...
bagi aku part sufi aku kurang sket.. tapi part imaan aku memang teraser giler...
huhu
kasut aircond tuh aku rasa poyo je... idea hampeh... haha
afdlin ngn vanida sngt sweet.. yerp
ermm.. kenal tak mana2 pompuan macam vanida??? aku rasa aku sudah jatuh chenta!!! huhuhu
tu la.. bek ko kasi review je...
panjang dah ni.. but i like!

ADI
haha serampang dua mata beb! dah memang filem tuh buat perasaan aku tak btol sket...
suka entri ini??? tq...
aku rasa macam nak tgk lagi je ari nih! lalalala
*saja nak bagi jeles*

Princess Liyana said...

kita ada kisah?apakah itu?:)haha

zura lias said...

sepi mmg atr citer yg akak wajib tgk..termasuk wanted dgn kungfu panda..hihihhi...alamak..nie x sabar nk tgk sepi nie..kene bwk tisu bebyk nie..hahahahaa

thanx le berjaya buat akak lg teruja nk tgk sepi.. :D

ahmadkamal said...

PRINCESS
kisah kita... kisah tak sempurna... lalalalala

KAK ZURA
eheh! beta kan promoter tak langsong filem sepi...
huhuhu

Princess Liyana said...

uhuhu. kisah tak sempurna. sounds scary:p

ahmadkamal said...

PRINCESS
ye la... kata Scary Movie...
ops!

NanaNeriza said...

oh God...filem ini mmg wajib tahap gaban untuk di tengok..hehe..pe pun, gud la..lelaki pun touching ngan citer neh..apatah lagi pompuan...
salam ziarah..:)

ahmadkamal said...

NANA
selamat datang ke YT!
mmm mmg btol... touching...
tapi tak leh nanges.. kene kaber... jatuh saham nanti! huhuhu

DeWi said...

x sabo nk nanges tgk citer ni... pnt suda baca smua sinopsis... nk kne tgk sndrik juga..

ahmadkamal said...

DEWI
lek la... petang ni kita tgk gak...