Slot Sekali Wa Teringat Pulak Deh! 1.0

0217
03 Jun 2008


Ok ok, mari kita lupakan kisah yang lepas.
Lupakan ’tone’ itu.
Kowang pown kalo tengok entri yang macam tuh, korang malas komen kan.

So, mari kita lupakan.


Bak kata Khairi Majidyang mulia putera berdarah kacukan dari Durian Burung, Terengganu - dengan mukanya yang penuh dengan misai dan janggut - berceratuk sana sini - yang try untuk tiru kecomelan karakter Puteri:

KITA ENJOY!!!

(Yucks, geli gila permandangan... huhu)


Hehe, ampun tuanku!
Daulat daulat!

*Eh, aku kan tuanku gak, apsal mintak ampun lak…
*
Keri, kalo ko putera berdarah kacukan sekalipun, aku tetap di atas ko!
So mintak ampun ngn aku cepat! Huhu


Ish, blogger melalut!


Semalam, aku bukak la gambar2 dalam laptop aku nih, ingat nak update gambar2 kat FS.

Aku bukannya macam sesetengah orang yang update giler gambar di FS. Aku buat sekali sekala je.


Bila belek-belek terbukak lah satu folde ’English Da Last Episode’


Dan sekali-wa-teringat-pulak-deh!


Dalam entri ini, beta penah adakan slot, konon2 nak buat YT ni lebih havoc la.

Konon je, lepas tuh beta pown terlupa pasal slot tuh.

Aish! Short term memory lost sungguh!

So, untuk tak mensiakan, kita cerita kisah aku tuh dalam slot tuh la ek!


English da Last Episode


Ha... inilah salah satu projek semester lepas yang aku bengang giler dan ’makan dalam’.

Aku rasa bukan aku je, budak-budak kelas aku pown sama.
Kitorang bukanlah bengang sesama kitowang, tapi kitowang bengang dengan lecturer kitowang!

Yeah, i know i know, tak baek kan bengang dengan lecturer yang mencurah ilmu, menabur bakti, mengajar kan...

(somehow aku rasa Cikgu Nurul nak berleter panjang marah aku sebab aku bengang dekat lecturer! Nyorok cepat! Eheh!)


Tapi perasaan bengang tuh tak boleh ditahan la.

Sampai aku dengar cerita, ada sowang budak kelas kitowang yang ’baik gila’ dan tak penah bengang lecturer pown mencarut-carut pasal lecturer nih... tatau betul tak...


Kisah dia camnih.
Dia ajar subjek English for Professional Communication.

Subjek nih kiranya subjek wajib U la kan. Mana2 U pun sama aku kira.
Macam jugak subjek TITAS dll.

Bagi kitowang yang core engineering nih, kitowang amatlah berharap, subjek2 teras begini tak lah mendatangkan kesusahan.

Kalau nak bagi assignment pun, bagi ala kadar je la, tak lah melampau sangat.


Ye la, kenalah fikir, subjek engineering bukan senang. Nak mengira tuh ,adeh, mau 3 4 muka surat. Blom lagi projek, presentation, kuiz, lab report n so on. So consideration from lecturers of other subjects is really needed!


Dan aku pernah gak dapat lecturer yang ajar subjek English masa sem lepas yang amat memahami, dia suruh kitowang buat assignment dalam waktu dia je.

Tanpa ambil waktu lain dari waktu kuliah dia.

So, senang la sikit, takde la menimbun assignment nak kena buat kan.


Tapi yang lecturer nih pulak dia bagi assignment yang berat la jugak.
Dia suh kitowang berlakon.!!!


Berlakon? Tak kesah!

Even budak kelas kitowang pown tak berat sangat nak berlakon.

Ala, just for fun kan.

Bagi aku lak, aku dah biasa berlakon-berlakon nih.

Kan aku dah shooting banyak kali seantero industri perfileman negara! Eheh!


Dia nak lakonan.

Tapi bukan itu sahaja...

Dia nak lakonan itu diadakan dengan gilang gemilang!
Satu UMP
patut tahu kitowang akan adakan lakonan, n satu UMP dijemput.

Eheh, ingat ini U seni lakon ke?

Still find with us…

Cos, dah tau sangat, dak UMP ni takkan datang ramai2 pown..

Diorang tak minat nak join2 program2 orang nih…

So tak risau lah…


But, ada lagi!

Dia nak lepas lakonan tuh ada makan2buffet ke, tapau ke, hidang ke, dia tak kira.

N sapa yang datang tuh kene diberi goodies bag.

Dan dia harapkan kitowang jemput dekan, lecturers n so on.


Aim dia, dia nak tunjukkan student engineering pown mampu berlakon.


Kitowang dah mula rasa berat.

Dah lah buat kat tempat yang besar, nak ada makan2 lagi!

Goodies bag lagi! Aish!


So, tanya la dia, kitowang boleh mintak sumber kewangan untuk makan n goodies bag tuh dari sapa2 ke?

Dari Pusat Bahasa ke?

”Tak, jangan libatkan saya.
Duit tu awak yang kena cari sendiri.
Awak sume kena buat satu committee untuk bentuk projek ni.
Duit saya tak leh support, dan Pusat Bahasa pun”


Kitowang dah bengang.


”tapi, takpe, nanti saya sumbangkanlah sebiji kek ke hapa...”


Eheh! Sebiji kek berapa kg?

Setengah kg?

Baik tak payah!


Bengang bukan hapa, dahlah kewangan tak dibantu, dah nak habis sem pown.

Kira-kira sowang kena kuarkan RM15 untuk semua tuh!

Bengang la kitowang.

Dan dari nada dia cakap pown, nampak sangat dia tak nak membantu.


”ok, i want this project will be done in 2 weeks time”


Apa?? 2 minggu???

Mana nak uruskan lagi, nak buat skrip, nak berlakon, dengan test2 subjek lain lagi!

Napa la tak bagitau awal2 semester dulu!


Kitowang dah bengang. Pening.

Kalo tak buat, akan efek dekat pointer subjek dia.

Kalo buat, menjerut leher sendiri.

So nak tak nak kena jugak buat.

Dan mulalah bentuknya commitee. Selamat masing2 tak kisah, dan ingin bekerjasama.
Aku diletakkan di bahagian PC (memang tak lari dari Expoconvo lagi! Ish)


Mulalah kitowang bincangkan bila nak buat, di mana, n so on.

Untuk merealisasikan ’harapan’ lecturer tuh untuk satu UMP datang, kitowang cadang la nak buat malam weekdays, atau waktu weekends kan.

Dengan tuh baru la, ramai boleh datang!

”No. No.
Saya ada masa waktu kelas awak je.
Awak semua kena buat benda nih dalam masa 2 jam.
Waktu kelas kita hari selasa dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi.
Lebih dari tuh saya tak senang!”


Dush! Ngok ngek ngok ngek!


Aku yang masalahnya.

Sebagai PC kenalah wat tentatif kasar kan.
So aku bajek2 la untuk setiap grup sebanyak 7 grup untuk buat presentation selama 20 minit, dah 140 minit!

Lebih dah tuh!

Mana masa kecederaan, ucapan, gimik ketibaan VIP lagi!

Mulalah bengang aku.


Bincang ngan kawan sekelas.

Alih2 dia letakkan kitowang punya presentation 10 minit je.

Kitowang bengang lagi, sebab masing-masing dah buat skrip untuk 20 minit!

Semua terpaksa tukar balik.


Untuk event nih kitowang dah tempah satu DKU.

Maknanya besar dan luas lah.

Walaupun kitowang tahu, pagi2 pukul 8 pagi sapa yang nak datang!
Semua ada kelas masing2 n tido lagi!


Satu hari sebelum kejadian...

Tiba2 diberitahu DKU itu telah ‘dirampas’ oleh satu lagi event U yang lagi besar…


Event pe?

Dr Sheikh Muszaphar Shukor datang UMP!














Dr SMS... aku duk atas je.. malas nak heboh2...

Ye… dia datang, aku tak penah bagitau?
Ye la, aku bukannya excited sangat pun dengan dia macam budak ini!


So, DKU tuh dah dirampas.

Dan mengikut kapasiti tarikan, memang takkan ada orang datang ke persembahan kami la!

Syukur sangat. Sebab tak delah tekanan sangat! Hehe


Alih2, kitowang tukar dekat tempat yang lebih kecil.

Mini Theater yang sebesar bilik darjah je.
S
o, tak kisah la. Kitowang buat je!


Presentation berjalan lancar.

Biasala buat program, masing2 ada kelemahan.

Tapi kira ok la, kitowang satu kelas mampu buat semuanya.

Semua beri kerjasama.




































Team 'Hostility' Rawks!

Team aku diberi tajuk Hostility.

Aku diberi watak sebagai boss gatal yang menganaktirikan staf antara yang cantik dan yang hodoh.

Huhu
















































Kesengalan team 'Hostility'.. aish!

Aku best keje grup ngan dak2 nih, masing2 sengal!
Macam2 ditambahkan kepada persembahan, siap ada lagu latar, ada lawak, ada visual aid semua.















Muna sebagai 'Lucky'...
Best actress! huhu

Tapi serius, aku tak sangka kawan aku tuh sanggup giler pegang watak staff huduh itu.

Siap pakai mekap tebal, dengan bunga sejambak lagi!
Kudos!


Overall puas hati la..


Tapi, along the way, memang tak boleh nak tutup kisah lecturer yang tak membantu ni.

Nak gempak! Tapi tak nak tolong.

Tempahkan tempat masalah, makanan masalah, masa pown masalah!
Susah la camtuh kan...


Kalau nak buat yang gempak, lecturer pown kene berkorban gak.

Baru lah anak murid semua nak buat benda tuh dengan rela hati.


Ni, masing2 buat macam kena paksa je. Sebab pointer dia pegang. Ish!
*Last2 x dapat A pown*


Masa last day ngn dia, dia wat la sikit ucapan.

Dia akhiri dengan “I Love You All!”

Aku terus buat2 jatuh kerusi!

Huhu, kejam tak…


Ok, dah lah. Tuh je.

Dah panjang sangat dah.
Macam baca je kowang.

Tulah suh lagi aku ingat2 benda, kan dah membebel tak tentu pasal...


Pape pown jom tengok gambar2...





















































Get into the emotions... huhu

(gambar atas sekali paling poyo kan???)














Sengal semasa menunggu giliran














'Boss gatal'
(ada orang kata saya hensem hari itu! hahahaha!)














"Ha... ni ko punya tugas... nih ko punya..."
Boss bagi kerja kat staffnya..














Boss layan 'Lucky'








































Boss layan 'Maya'
(Tengok Muka Lucky tak puas hati tuh!)









































Visual aid...














The Narrator



























"It Should Be This Way"














TQ!!!














Persembahan selingan














Para penonton

Bye sume!
Take care!


:::YTBACK!!!:::

14 comments:

NuRuL said...

syabasss!!!
marah2 lecturer pon success juga keje korang..
tapi..gambo2 tuh memang sengal habis larr..hahaha

zura lias said...

lecturer sengal..korg pun sengal..hehhehehe..ala,lecturer tu nk beramah mesra sambil2 mkn dgn korg..pastu kot2 ade dekan ke..org2 penting yg leh nampak die kerja kuat nk baguskan student..nnti bile time isi appraisal form..cemerlang le..:D

Princess Liyana said...

huhu. budak engineering pun nak kena berlakon ke?ehehe. by the way,jemputla dtg. nanti 19hb 7 ni DSI,UTM..tesl student wat drama performance:)ehehe. princess minor role je:p

:: cheezzy cheese :: said...

percaya laa.. ape yg korg belajar tu tak sama bila time keje nanti, time tu la kan kamal, segala sumpah seranah ko akan sebut kat lecturer ko tu.. hihihihi.. xde maknanya belajar english ni ada for pro-communication.. taik kucin! smp masa ko automatik terer berckp dlm english sok bila mula keje..

mana muka Dr. SMS tu? x nmpak pown???
apsal awk sorg jer lelaki dlm group tu..
eeee tak malu =P

victoire said...

uhuk, uhuk(batuk mcm baru terkene debu habuk)..
upenye ade orang ngumpat aku..
best ape dengar nada gedik 'kite enjoy' tu. hahahaha
aku berjute kali duk ulang klip tu kat you tube.

aku sentiase atas ko..
name aku semulajadi automatik akan ade yang mulia. hahahaha

ehemm.. mode belagak =p

incik kamal.. buang laa word verification ni.. serabut aku nak type..
uwaaaa!

Noushy Syah said...

hehhehhe...ok, ok,you did held that signboard of 'SAD' and 'FRUSTRATED' but with a SMILE..thus will deduct your pointer on this subject..lolz! Or you have to do it all over again...nghe ngeh,the choice is yours!!!

ahmadkamal said...

NURUL
btol ni chekgu nurul tak nak ngamuk sbb kita tak ske lecturer??? huhu
mmg sengal kan kitowang...

KAK ZURA
eheh! pandainya wat spekulasi ek...
ye kowt... tapi takde dekan pown.. yang ada lecturer2 biasa je...
kak zura nak ckp lecturer tuh gila glamer ke???
YE KOWT!!
huhu

PRINCESS LIYANA
tu lah... budak engine pown kene belakon... adeh!
haha siap jemput lagi... jauh la UTM tu... len la kalo ada owg leh support minyak.. makan.. expenses... huhuhu

KAK YANZ
tu lah kan... dah tau dah... bila keje masing2 kena adapt cara sendrii... yang dia ajar bukan guna sgt pown... ops!
Dr SMS tuh amik dr jauh je... tak nampak ke gambar dia kat slide besar2 blakang tuh? huaha
mmg sah dah tua n rabun kak yanz nih... kan de lagi sowang laki! aish!
kitowang satu kelas 14 laki 24 pompuan... so terpaksa la wat grup gitu...

KRIEY
hahaha terbatuk ek? napa tak batuk2 sampai 'kiok' terus? huhu
aku takleh bayang ko yang wat gaya gedik macam puteri je! rosakkan imej puteri je! haha
ala... sbb ko de 'tg' je nak kecoh... yang penting aku tau aku lebeh tinggi dr ko! hahaha
word verification tuh??? urm... sush sngt ke..
nanti la aku pk nak buang ke tak... huhu

NOUSHY SYAH
eheh! saja je tak nak jiwa2 watak lebeh2... huhu
kang ramai peminat lak... mintak2 sign sume...
hahahha

Princess Liyana said...

amboi!huhu.nak bersupport bagai,mesti dapat scholar kan?hihi..datangla.jgn tak dtg:)

Max J. Potter said...

woot~! entry pnjg. tp interesting. heh, jgnlah tak suka lecturer pula..mereka pun pendidik yg bukan lilin tau. *^^* heh. nice pics. kak nani dh reply kt komen kamal tu..come by, yea?

ahmadkamal said...

PRINCESS
mmg la dapat scolar... tapi nak simpan... nak kawen! huhuhu
err.. tgk la ek... tak janji...

HANNA
haha tapi lecturer ni mmg akan dibuang macam lilin kowt.. menyeksa tanpa consider... kita sbgai manusia leh beza mana baik, mana tak baik kan...
saya tau kak nani dah reply... saya suka subscribe komen lepas saya komen utk tgk respon blogger... pastuh saya unsubscribe la... dah baca dah pown! huhu

Adzrul Ariff said...

Haha. COngrats sb dapat buat lakonan tu. Heheh. Tp kesianla pulak dengar lecturer tak cooperative tp dia yg beriya nak suruh korng buat. Ingatkan dia nak sponsor budget ke pape hahaha....but at least ada pengalaman berlakon kan. Bila lagi nak buat.

ahmadkamal said...

ADZ
tu lah kan... lecturer yang tak membantu... susah la...
kita tau kita nih student... tanggungjawab kita untuk wat smue tuh... but still, kalo kita buat saket hati buat apa kan...
slamat kwn sekelas ok... kiranya hadapi sama2 la...
pengalaman tuh mmg takkan lupa...

Princess Liyana said...

bgusnya nak menyimpan nak kawen:)chayo3..huhu

ahmadkamal said...

PRINCESS
ye la.. kene la nyimpan...
kowang pompuan bukan gheti letak murah2... tambah lagi myk nek nih...
takde jualan murah ke??? huhuhu