Perihal Hati...

0216

01 Jun 2008



Sabtu. Salah satu hari hujung minggu.

Bersiar dengan teman. Tapi ada perkara mengganggu.

Plan macam tak smooth je. Dan bosan.

Idea muncul. Ke Klang kami berjumpa seorang lagi teman.



Di Klang.

Menghabiskan masa dengan aktiviti karaoke di KTV yang ala-ala je.

Sebab tak berapa best n tak gah macam Red Box.

Tapi yang penting, masa bersama tu lagi berharga.

Juga menggembirakan.



Awalnya sesi itu sudah hampir berakhir.

Namun, tiba satu sesi yang tak disangka munculnya.

Sesi diskusi...

Perihal hati...



Entah kenapa rakan yang baru ku kenal ketika itu, tiba-tiba secara diam-diam ’menyelam’ ke dalam diriku.

’Menyelam’ kepada hampir Yang Terdalam!

Apa kuasa dia pakai pun aku tak tahu.

Pengalaman mungkin.



Segala yang ditelah tepat mengena.

Segala yang diteka betul belaka.

Hingga buat aku sedikit tak selesa.

Terasa diri ’ditelanjangi’ pula.

Terasa diri dibaca bagai buku cerita.



Ketika itu, untuk aku memberikan respon di dalam proses itu amatlah payah.

Aku tak tahu ingin berkata apa.

Dan aku tak tahu apa aku nak luahkan.

Kerana meluah secara zahir begitu terasa amat payah.

Mungkin juga kerana itu, YT sering menjadi bahan luahan.



Aku punya cerita. Aku punya rahsia.

Aku punya pendirian. Aku punya cara aku sendiri.

Dalam yang tersurat, di tersirat amat berbeza.

Dalam sukanya aku, terselit duka di hujung.

Dalam aku dikelilingi, aku amat sunyi.



Keterbatasanku meluah secara zahir, menyebabkan YT wujud.

Inilah cara aku meluah.

Ini cara aku.



Setiap yang berlaku, aku sering mencari hikmah.

Sering mencari mengapa ia berlaku.

Mencari positif dalam lautan negatif.

Dan semalam, walau aku tak selesa, aku dapat mencari hikmah itu.



Hakikatnya, aku tak keseorangan. Itu yang mereka nyatakan.

Ada yang laluinya dengan cara begini begitu.

Aku mahu laluinya cara aku.



Kepada rakan itu, aku berterima kasih.

Kerana mampu membuatkan aku berfikir.

Di kala aku sendiri bagaikan melambat-lambatkan proses pemikiran itu.

Di kala aku sendiri malas untuk lebih banyak berfikir.

Jangan risau, anda tak salah.

Anda berjaya membuatkan aku berfikir.

Bukankah itu bagus?



Kepada yang membaca, maaf.

Mungkin anda tak faham dan tak tahu nak komen apa.

Mungkin anda secara sinis berfikir ’ek ellen, apa lah masalah mamat ni pulak’

Kerana anda sering melihat warna ceriaku.

Tapi aku juga manusia yang punyai warna hitam gelap yang mengejarku.



Maafkan entri ini.

Ia tidak bersalah.





tone YT kembali!


:::YTBACK!!!:::

7 comments:

Diya said...

huhu. memang ni lah tone yg kite biasa baca kat YT sblm ni. tone yg mcm ni. tone yg ala2 wat org tak paham gitu. dan mmg diya tak paham pun. ngeh3.

DeWi said...

mari la kiter menyelam.. biasa la tu.. kalo kite tgh tingtong2.. x slh kalo kiter mnulis.. biar la owg x paham pon.. asal ati rs puas.. kalo rs nk tmbh 2-5 entry 1 ari pon x pe.. x slh.. sbb ittew blog haaa... blog kite.. kalo pmbaca suka bc, sile bc... kalo x ske.. bole blah! hahaha.. aku yg berati kejam mulai 1 jun... hik3

Noushy Syah said...

Well, my bahasa would not be excellent, but hey, I do understand what's this posting all about....

Reading line by line, I think that's one good thing about your perspective, and I kinda like it and agree,the way you look on positive side of life,having positive attitude in negativity which not every one could do that..Ever notice that the people who are late are often much jollier
than the people who have to wait for them?

Chill out..it's your blog,you're free to colour it!Happy w/end.

NuRuL said...

sungguh saya tak faham...
err...ceria kembali yer encik kamal :)

Anonymous said...

Terima Kasih....Saya sangatlah memahami line by line because i was the one who was trying to dig out the story of the bloggers. Anyway i do apology because as a new friend i shouldn't be like that. Trust me, in future i will not do that digging stuff to get the story. Again, i m sorry. I did'nt do it purposely.

Hmr@Klang

Max J. Potter said...

wat's the digging all about anyway?

ahmadkamal said...

DIYA
oho.. selama nih memang tak paham la ek???
bagus la tak paham... sbb YT mmg bahasanya sukar difahami...
maknanya anda tak selam dalam2 lagi! huhuhu

DEWI
kejam mulai 1 jun??? apakah???
menyelam pakai goggle tak???
wah. suh update 1-5 entri sehari...
takde la sampai gitu nak nekkan nuffnang pown! huhuhu

NOUSH
thnks noush... somehow ur comments are really comforting... =)
mmg kena lihat yang positif kan.. tapi pada masa yang sama yang negatif takleh dilupakan... bila ada negatif baru kita hargai yang positif... kan...

NURUL
takperlu difahami... just a rambling...
beta depress sekajap... tulis, n smua hilang... so dah ok dah pown!

HMR@KLANG
huhu... datang gak ke mari ek...
no harm done.. don worry... as i said, i'm glad that u did that...
smua yang berlaku ada hikmah... maybe mmg masanya sorang yang baru kenal akan tegur beta... barulah teguran itu lebih dirasai kan?
don wori lah... takde pape!

HANNA
syhh!!! biarlah rahsia... hehe